_ACMPBM 07_

1.8K 45 7
                                    




" Er.. er.. nape ngah?" Soalku pelik memandang wajah angah yang juga pelik memandang ku.

" Along tu mimpi ke ngigau ntah. Dok sebut cium cium." Jawab angah seraya ketawa kecil. Sambil mengunyah isi ayam bersama tulang ayam di dalam pinggan. selagi tak licin, selagi tu la angah hisap tulang sampai benar benar licin.

" hah! yeke. " Soalku turut tertawa lucu. Terus saja aku bamgkit untuk fuduk dan mengosok gosok mataku.

" yela Long oi. " jawab angah ringkas meneruskan projeknya. Projek membedal ayam goreng.

Aku terdiam sejenak. Cuma untuk mengingatkan kembali mimpi tadi.
seorang gadis yang samar samar itu seolah membuatkan otak ku ligat memikirkan tentang siapa gadis itu. kucupan hangat di pipi ku terasa seolah bena benar ada. Terasa real sehinggakan aku mengusap pipi ku. entah mengapa aku tersenyum sendiri.

" Long, dah kenapa senyum senyum?"

" Eh along senyum ke tadi?

" Aah. Along semyum. senyum sorang sorang pulak tu."

" Ohhh tak delah. hihi. Adik tak bangun lagi ke ngah?” soalku hairan. Jam didinding ku pandang menunjukkan ke angka 5.18 minit petang.

Angah hanya menggeleng kepala.

"Tak pela. along jenguk adik dulu."
Aku bingkas berdiri dan menggeliat kecil. Lalu mengorak langkah ke dalam bilik tidur yang terletak bersebelahan dengan ruang dapur. Flat empat tingkat itu hanya memuatkan 2 buah bilik. Di bilik pertama, Aku yang guna. manakalah di bilik kedua iaitu di sebelah dapur, Angah dan adik yang guna.

" Dik, Dik, bangun sayang. dah lepas asar dah ni. Bangun cepat. gi mandi ,lepastu solat, buat homework, belum buat lagi kan. " Ujarku sambil menggoncang lembut tubuh adik bongsu ku.

Rambutnya yang menutupi dahi aku sisipkan dan selit di belakang telinganya. Saat itu, aku merasa  dahi adik panas. aku melekapkan tapak tangan ku di dahi nya. Aku mulai cemas. Lantas aku berlari ke dapur mencari baldi kecil dan aku letakkan air ke dalam baldi itu, lalu aku masuk semula ke dalam bilik. Aku buka almari plastik kartun frozen adik, aku buka laci di bahagian bawah, aku ambil kain perca dan satu lagi kain tuala sedikit panjang. Aku kibaskan dulu sebelum aku letakkan ke dalam baldi yang berisi air tadi. Aku kemudian berjalan menghampiri adik yang tidur pulas. Aku melabuhkan punggung di atas tikar, lalu aku perahkan tuala dan perca tadi sehingga sedikit kering. Lalu aku letakkan perca tadi ke atas dahi adik.

Aku meraba tubuh adik, belakang tubuhnya juga panas, begitu juga dengan paha, betis serta kakinya. Aku buka baju adik, serta seluar panjangnya.Aku letakkan di tepi. Lalu aku ambil kain tuala yang sedikit panjang tadi lalu aku lapkan di seluruh badan adik. Aku kemaskan tuala tadi di antara kedua bawah ketiak adik. Itu lah cara yang aku selalu gunakan apabila adik adikku demam.

setelah itu, aku selimutkan adik hingga ke atas perut. Dadanya berbungkus dengan tuala basah. Aku kucup pipi comel itu. Sempat aku menadahkan tangan, berdoa agar adik diberikan kesembuhan dengan cepat. Esok aku kerja. kalau adik demam. siapa nak jaga adik? kalau aku tak kerja, macam mana aku nak beli makanan. Aku menghela nafas lelah. Aku lelah, aku penat dengan kehidupan ini yang kadangkala membuatkan aku terasa putus harapan. Tetapi, bila memandang wajah angah dan adik. Aku kembali bersemangat.

Aku merebahkan kepalaku di sebelah adik, badan dan kakiku aku biarkan terdampar di atas tikar. mata yang masih terpejam itu, aku renung lama. Tidak semena airmata hangat ku mula mengalir dari tubir mata.


'kalau lah ibu dengan ayah masih ada. mesti kita semua tak jadi macamni. Yaallah, kuatkanlah hati hambamu ini. berikan aku kekuatan untuk menempuhi segala ujianmu. Sesungguhnya aku insan yang lemah.'


AUCH! cik milo, PLEASE BE MINE. Where stories live. Discover now