_ACMPBM 22_

1.2K 31 4
                                    

Bashasha Mikayla POV

"Letihnya my. Urm..my, boleh tak malam ni Cha nak tidur dengan mummy n daddy?"
Aku menyoal mummy yang duduk disebelah menikmati puding strawberry. Aku kemudian merebahkan kepala di atas paha mummy di atas sofa rona light gray di ruang menonton.

Majlis doa selamat tadi berakhir pada jam 10 malam. Boleh tahan ramai yang datang ke majlis. Entah bila la mummy dengan daddy ni undang dorang aku pun tak tahu. Jiran jiran semua mereka jemput sama. Majlis tadi serba serbi ringkas. Cukup ada alunan zikir yang merdu dari kumpulan zikir dan marhaban serta kanak kanak sekolah tahfiz yang daddy undang khas. Selepas membaca doa, kitorang pun makan secara buffet. Pelbagai jenis lauk yang disediakan para katering yang mummy upah. Semuanya ada sebelas jenis lauk dan empat jenis pencuci mulut. Majlis diadakan di dalam rumah. Tak nak ada sebarang sidang media. Biarlah ia menjadi privacy buat kami kalau itu yang terbaik.

Plan aku malam ini yang dah tergendala untuk mengenakan budak pendek tu terpaksa aku lupakan. Meskipun sedikit sebanyak mengundang geram di hati ku. Tak pe ada lagi masa. Minggu depan kan ada. Entah mengapa sejak kebelakangan ni bayangan wajah dia selalu memasuki ruang fikiran, sedangkan aku rasa meluat bila tengok muka dia. Rasa macam nak cekik cekik pun ye. Nasib aku waras lagi. Tahu undang undang negara. Kalau aku dah tak waras alamatnya mummy dan daddy pun tak sanggup nak bela aku. Hish apa aku merepek ni.
Cha oh Cha mengucap Cha.

"Haishh. Cha kan dah besar. Mana boleh tidur dengan mummy n daddy lagi sayang oi. Merepek je keje dia."
Omel mummy selamba.
Dibelai nya manja rambutku.

"Kalau macamtu mummy la tidur dengan Cha kat bilik. Please myyyyyyy. Esok kan Cha dah nak berangkat. Nanti Cha rindu mummy macam mana. Kalau mummy tak nak, Cha pun tak nak la pergi esok. " ugutku membuatkan mummy menarik kuat hidung mancungku.

"Adoiiii!“ jeritku. Aku gosok gosok hidungku. Sakit betul mummy tarik. Tahu lah hidung aku ni mancung. Janganlah jeles sangat. Yela aku ambik hidung daddy. Mancung. Mummy lak tak berapa nak mancung. Suam suam je.

" Padan muka. Ngade Cha ni kan. Yela mummy tidur dengan Cha malam ni. Suka sangat main ugut ugut. Mata mummy ni dah start rasa ngantuk sikit. Kak Bai dengan anak anak mesti dah tidur kat atas. Kak Dina pun mummy rasa dah tidur kot. " Entah apa lah mummy ni bebel. Tapi betul la tu. Mata aku ni pun boleh tahan ngantuk nya. Masa majlis tadi pun berkali kali aku menguap.

" My jom kita masuk tidur. Esok kan Cha nak gerak awal." Ajak ku sambil menggeliat manja. Aku sudah pun dalam posisi duduk. Mummy pula sudah siap sedia nak berdiri.

Usai memastikan semua dalam keadaan baik, lampu ditutup, pintu diperiksa, dan segalanya dipastikan dalam keadaan yang selamat, aku dan mummy melangkah naik ke tingkat atas. Itu lah mummy, daddy nak upah maid dia tak nak.
Kalau tak kan senang. Tinggal goyang kaki je lagi. Nak itu ini maid buat. Kalau boleh kencing pun maid yang basuhkan. Eh itu dah melampau ok Cha! Haha. Aku tak dapat nak bayangkan itu.

Aku memaut manja lengan mummy, kalau boleh aku tak nak lepas walau sesaat. Tiba di hadapan pintu bilik mereka, mummy pun menguak daun pintu dan masuk ke dalam. Aku terus berlalu ke kamar beradu ku. Saja nak bagi ruang untuk mummy minta izin dekat daddy tidur dengan aku malam ni. Aku, kak Dina serta kak Bai memang dah diajar dan dididik dari kecil lagi supaya jangan memandai masuk ke dalam kamar mummy dan daddy tanpa kebenaran melainkan ada hal yang mustahak. Kerana itu sehingga kini, kami faham dan akur.

Aku berjalan melewati kamar kak Bai. Aku lihat pintu kamarnya tertutup rapat. Mungkin kak Bai dah penat. Sampai ketiduran kepenatan. Itu lah kak Bai, rajin sangat. Ke sana ke mari mengalahkan pekerja pekerja katering yang mummy dah gajikan. Sampaikan tak ingat nak makan. Kak Bai ni memang rajin orangnya. Tak berat tulang. Kalah kak Dina. Aku lagi lah kalah.
.

AUCH! cik milo, PLEASE BE MINE. Where stories live. Discover now