"seorang demi seorang anak buah kau kena tangkap,kan Roy?"Tuan besar merangkap bapa saudara kepada lelaki itu pandang tepat ke wajah anak saudaranya.
Roy hanya mengangguk lambat-lambat.Hendak dijawab dengan kata-kata pun risau pula barang-barang di atas meja itu dihumban ke mukanya.bukannya dia tidak kenal dengan peragai panas baran bapa saudaranya itu.Zalim mengalahkan firaun.keji mengalahkan syaitonirrojim.
"Elok sangatlah tu.Bagi habis semua orang-orang kau kena tangkap,lepas tu giliran kau pula meringkuk dalam 'binatang besi' tu "perli bapa saudaranya
"Benda ni berlaku diluar kawalan Roy,uncle.Lagipun dalam masa terdekat ni businnes kita dah mula okey,kan?orang-orang yang tertangkap tu semuanya bodoh.Buat kerja tak ada otak.Memang kena berkaslah dengan macai polis tu"
"Kau pun sama tak ada otak.sebab tu orang-orang kau semua sama bebal macam kau.kalau bukan aku yang jaga kau selama ni,memang lingkuplah businnes aku.nak harapkan kau seratus-peratus lagi lah aku tak yakin"
"Uncle tak patut cakap macam tu dekat Roy"Nada pemuda itu direndahkan sedikit.
"Habis tu,kau boleh buktikan yang kau mampu berdiri diatas kaki kau sendiri tanpa bantuan aku?"
"Uncle bagi Roy satu peluang lagi dan Roy akan buktikan.Roy janji!"
Lelaki itu sengih sinis sejenak.
"Last!kau gagal lagi,aku terpaksa tarik semua yang kau ada,ingat tu!!"Terus sahaja dia melangkah pergi.
Gambar yang sudah seperti belacan itu ditatap teruja.
"Tak lama lagi sayang,You will be mine soon.Bodohnya lahai kau ni Ammar"
Roy senyum sinis,rambunya diusap macho.
........................
Suasana hanya sepi bertemankan bunyi sudu dan garpu yang sedang digunakan oleh sepasang suami isteri ini menjamu makan malam."Sayang,abang nak cakap something boleh?"Mata tertumpu pada sang isteri yang masih menjamu selera.
"Apa dia?"mata masih melekat pada pinggan yang diisi nasi putih bersama ayam masak lemak dan sayur kangkung itu.
"Sayang..boleh tak berhenti jadi pegawai polis dan tolong uruskan gym atau sayang tolong abah dengan syarikat?"Serta merta sudu dan garfu diletakkan ke atas pinggan
"Kenapa tiba-tiba?Anything happen?"Soalnya berang.
"Nope.bila abang fikir-fikirkan balik,lebih baik sayang uruskan gym atau syarikat daripada sayang bahayakan nyawa sayang kan?"ujar Ammar dengan nada suara ragu-ragu.
"No!"Ujarnya tegas
"Abang sendiri tahu macam mana susahnya nak jadi pegawai polis kan?"sambungnya lagi
"Sayang,dengar dulu.abang buat semua ni sebab abang sayangkan sayang.sayang tahu tu kan?abang tak nak sayang tinggalkan abang sebab kerja ni.So please"
" No.Kenapa abang nak suruh sayang berhenti?Even umi dengan abah sendiri pun tak pernah suruh sayang berhenti.Kenapa sayang nak susah kan diri sayang jadi polis sedangkan Sayang boleh ja ganti tempat abah dekat syarikat tu.abang tolonglah faham."
"abang just nak make sure keselamatan sayang terjamin tu ja"
"kalau abang tak boleh terima kerjaya sayang as a police officer,ceraikan sayang"langkah dibuka menuju ke tingkat atas.
"Sayang..sayang...Hana"Panggilnya namun Hana hanya terus pergi dari makan.
Ya allah,tenteramkan lah jiwaku ini,jangan pernah biarkan perasaan memgusai fikiranku.Dan jangan sesekali biarkan perasaan ku mengusai akal,nanti kelak diriku sendiri yang merana.
..........................
"Kau dah fikir sebelum kau cakap macam tu dekat dia?Ini soal perasaan dia Am"Ahmad sebaik sahaja Ammar menceritakan masalah yang dihadapinya.
YOU ARE READING
MR OPERASI ITU MILIK AKU(Completed )
Romancecover by:@Atyrah05 Mengisahkan hidup seorang inspekter yang digelar Mrs Operasi.Mrs Operasi telah dipindahkan ke tempat baru dan bertemu dengan seorang inspekter yang juga digelar Mr Operasi. Pertemuan yang tidak disangkakan telah merubah hidup Mrs...