Langkah dilajukan untuk mendapatkan lelaki yang disyaki telah memukul Hana di dalam rumah mereka tempoh hari.tiba sahaja di hadapan pintu lokap,Ammar segera membawa suspek keluar menuju ke bilik siasatan.Diikuti juga dengan Ahmad dan beberapa anggota lain.
Suspek yang masih digari kedua-dua tangannya diberikan tempat duduk untuk menghadap anggota² polis di dalam bilik siasatan.Ammar mengambil tempat duduk di hadapan suspek.Begitu juga dengan Ahmad yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Ammar.
"sekarang bagi tahu kami apa tujuan kau memukul kepala mangsa?sama ada kau hendak memecah masuk rumah tu atau ingin mencederakan mangsa dengan sengaja?jawab!
Ahmad bersuara terlebih dahulu manakala Ammar masih diam memandang setiap inci wajah suspek.Lelaki itu hanya senyap.seperti tidak berkeinginan untuk menjawab soalan yang diajukkan kepada mereka.
"Jawablah!kau memang nak pecah masuk rumah orang atau sengaja nak mencederakan mangsa?!
Giliran Ammar ulang soalan dengan nada keras.
"pecah masuk rumah orang" jawab lelaki itu pendek.
"Benda apa yang kau curi dalam rumah tu?"soalan masih diteruskan.
sekali lagi suspek diam.Ammar sudah menghela nafas berat.
"kau cakap kai ada curi barang dalam rumah tu,kan?so,barang apa yang kau curi?
"Duit"jawab lelaki itu sepatah pula.
"macam inilah.lebih baik kau berterus-terang saja dengan kami.Kami pun tak banyak masa nak layan kau seorang.Banyak lagi kerja yang kami nak buat.siapa yabg upah kau buat semua ni?"Ahmad terus ke agenda utama.
"Tak ada sesiapa yang upah pun.Memang saya nak mencari duit dalam rumah tu,tuan"
"Kau ni dahlah disyaki menjadi pembunuh.Aku nasihatkan taj payahlah kau jadi penipu sekali.Buat pengetahuan kau,tak ada satu sen pun duit dalam rumah tu yang hilang.sedangkan handphone mangsa yang kau hentak kepala dia dengan kayu hari tu ada lagi kat tangan dia.kenapa kau tak curi handphone tu?boleh buat duit juga,betul tak?"
Ammar tikam tepat biji mata suspek satu per satu dia huraikan hasil siasatan di lokasi kejadian tempoh hari.
Lelaki itu diam lagi.Kepala ditundukkan sedikit bila penipuannya sudah dikenalpasti.
"kenapa kau nak bunuh mangsa?atas arahan siapa kau buat kerja ni semua?
Ahmad mengulang soalan.
"kau bagi tau saja siapa yang merancang semua ni?kau sanggup meringkuk seorang diri dalam penjara tapi orang yang kau suruh kau jadi macam ni hidup bahagia dan senang-lenang dekat luar sana?
wajah Ammar dan Ahmad dipandang silih berganti.Bibir masih lagi berat untuk menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh inspekter polis itu.
"Roy!Roy yang upag saya untuk cederakan perempuan tu
Air muka Inspekter Ammar spontan berubah hebat.Inspekter Ahmad segera toleh pandang wajah teman sejawatnya itu.Dia juga turut sama terperanjat dengan pengakuan yang baru sahaja dibuat oleh lelaki yang disyaki ingin membunuh Nur Hana Natasha tempoh hari.
"Roy lagi?!" tanya Ahmad sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Aku dah agak semua ni kerja Roy!
jari-jemari mula dikepal geram.Marah yang begitu sukar untuk dibendung lagi.Tak semena-mena meja yang dia hadapan mata mereka itu ditumbuk kasar.inspekter Ahmah segera menepuk lembut bahu inspekter Ammar cuba menenangkan suasana yang kian panas di dalam ruang itu.
YOU ARE READING
MR OPERASI ITU MILIK AKU(Completed )
Romancecover by:@Atyrah05 Mengisahkan hidup seorang inspekter yang digelar Mrs Operasi.Mrs Operasi telah dipindahkan ke tempat baru dan bertemu dengan seorang inspekter yang juga digelar Mr Operasi. Pertemuan yang tidak disangkakan telah merubah hidup Mrs...