Keesokan malamnya,
2.30 pagi.....
Mereka bersiap-sedia dengan uniform dan senjata masing-masing.
"Walau apa pun yang berlaku nanti,pastikan dua target kita dibawa keluar hidup-hidup"
"How about the group?"Soal si penembak tepat.
"Kita tak perlu bawa balik banyak,cukup Roy sahaja!"
🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔
"Okay,semua bersiap sedia!"kedengaran suara ketua pasukan keluar dari corong alat walkie-talkie yang digunakan sebagai alat perhubungan ketika berada di dalam operasi.
Kesemua anggota polis yang terlibat dalam misi terbesar penumpasan kumpulan penyeludup dadah ke negara ini menayangkan ibu jari masing-masing tanda sudah bersiap sedia.Setiap orang anggota polis tersebut menghalakan senjata api masing-masing ke arah kawasan yang sudah dikepung.
Ketua unit tindakan khas sudah merapatkan bibirnya ke corong pembesar suara.
Bismillahirohmanirohim.
"Perhatian!kawasan anda telah dikepung!Sila jangan bergerak!Angkat tangan dan letakkan senjata masing-masing!"
Jeda beberapa minit setelah arahan diberikan melalui pembesar suara yang mampu memenuhi seluruh ruang kawasan markas pemprosesan dadah itu.Diam dan masih tidak ada sebarang tindak balas dari pihak musuh.Anggota polis yang sudah pun bersiap sedia dengan senjata masing-masing di tangan mula berpandangan sesama sendiri.
"Saya ulang suara!kawasan anda telah pun kami kepung!letakkan senjata masing-masing!Anda diberi masa untuk menyerah diri kepada kami sekarang juga"
Tiga minit berlalu dengan senyap.Masih belum nampak tanda-tanda kawasan markas pemprosesan dan penyeludupan dadah itu dihuni oleh Roy dan orang-orang suruhannya.
"Dengar sini!!kawasan anda sudah dikepung!sila menyerah diri dengan kadar segera!!"
Sekali lagi arahan diberikan oleh ketua pasukan itu dengan keras.Dan tanpa diduga....
Pang!!!
Bunyi satu tembakan kuat dari arah markas Roy sudah konco-konconya dihalakan ke arah pasukan polis.Dengan itu menandakan pihak musuh tidak akan menyerah diri dengan sewenang-wenangnya kepada pihak polis.
"Gerak!"
Pihak musuh juga tidak kurang hebatnya.konco-konco Roy berpusu-pusu keluar dari bangunan markas mereka untuk berlawan senjata dengan pihak berkuasa.Bunyi tembakan pistol dan senapang bertubi-tubi ditunjukkan kedua-dua arah.Masing-masing tidak mahu mengalah.orang-orang suruhan Roy mati ditembak anggota polis akibat tidak mahu menyerah diri dan cuba membunuh dengan senjata api.
Usai mendapat arahan untuk menyerbu markas penyeludupan bahan terlarang itu dari ketua mereka,masing-masing mula memajukan langkah ke hadapan dengan penuh semangat dan keberanian yang sudah diterapkan dalam setiap anggota Polis Diraja Malaysia.
Ammar masih lagi berlawan dengan senjatanya sambil memberanikan diri untuk memasuki premis yang salah disisi undang-undang itu.Targetnya hanya satu,Roy!Habis semua orang-orang Roy yang cuba menghalang langkahnya ditembak mati.manakala anggota polis yang lain masih lagi tidak berputus asa berlawan dengan penjenayah yang menjadi perosak negara itu.
Ammar memajukan langkahnya lagi sebaik sahaja dapat masuk ke dalam markas pemprosesan dan penyeludupan dadah terbesar di Malaysia itu.Kelibat Roy belum terlihat,melilau biji mata mencari kelibat musuh lama yang dinantikan saatnya ini.
"Roy!!! Aku tau kau ada kat sini.keluar sekarang!!" Teriak Ammr kuat.Dia yakin Roy tahu akan kehadiranya disitu.
"Bodoh!macam mana dia boleh sampai sini!Kau!ikut aku.Kau,jaga perempuan ni jangan sampai lepas pulak.Faham!"Arahnya Fakrul keras.
YOU ARE READING
MR OPERASI ITU MILIK AKU(Completed )
Romansacover by:@Atyrah05 Mengisahkan hidup seorang inspekter yang digelar Mrs Operasi.Mrs Operasi telah dipindahkan ke tempat baru dan bertemu dengan seorang inspekter yang juga digelar Mr Operasi. Pertemuan yang tidak disangkakan telah merubah hidup Mrs...