TSL 1

99 10 1
                                    

Hari ni hari pertama aku menjejakkan kaki ke alam persekolahan bagi peringkat menengah. Sebelum tu, aku nak perkenalkan diri aku.

Nama aku Tengku Izzahlia Qhalisha, aku berumur 13 tahun. Aku mempunyai 3 orang abang yang sangat protective. Biasalah aku sorang jer anak perempuan dalam keluarga tu. Abang sulong aku bernama, Tengku Izham Qhalish. Abang kedua pula Tengku Irash Qayyum dan abang kembar aku pula, Tengku Izlan Qhalish. Ayah aku bernama Tengku Irham manakala ibuku pula bernama Tengku Ireen Aisyah.
Ok sambung.

"Mama!",jerit Iz memanggil ibunya.
Tengku Ireen yang sedang menolong pembantu rumah menyiapkan sarapan terkejut dengan suara nyaring anak daranya.

"Ye sayang! Ada apa-apa masalah ke?",kata Tengku Ireen lalu bergegas pergi ke arah bilik anak perempuannya.

"Mama, tengok lah apa yang abang buat dekat muka baby! Habis barang makeup baby rosak.",adu Iz kepada mamanya.

"Alololo kita beli makeup baru eh, nanti mama panggil abang-abang kamu yang nakal tu. Izham, Irash, Izlan!."

Terkejut dengan suara lantang ibunya, Izham bersama dua orang adiknya Irash dan Izlan berhenti ketawa.

"Korang dengar tak mama panggil ni! Datang sini cepat!"

"Err... ba baik ma.", kata mereka serentak

"Kau lah punya pasal ni abang! Tak pasal-pasal aku dengan Izlan yang kena.",kata Irash sambil menyiku lengan abang sulongnya.

"Asal kau salahkan aku pula? Bukan ke kau yang bagi idea dekat aku untuk ngusik baby.",nafi Izham.

"Ish korang ni, dah-dah lah bergaduh. Korang nak mama bising ke?", kata Izlan meleraikan pergaduhan abang-abangnya sambil menggeleng kepala.

Mereka datang menghampiri kamar adiknya dengan kepala menunduk.

"Apa yang korang buat dekat baby ha?! Korang tahu kan yang hari ni hari first day baby sek menengah. Nak hilangkan contengan makeup ni lama tau! Jujur dengan mama siapa punya kerja ni?"

Izham menunding jarinya kepada Irash manakalah Irash menunding jarinya kepada Izham dan Izlan.

"Apa kau ni bang! Bila masa aku conteng muka baby! Kau yang start dulu.", kata Irash.

"Apasal lak aku yang buat! Kau yang bagi idea suruh makeupkan muka baby.Aku buatlah.", kata Izham pula dengan riak wajah yang tk berpuas hati.

"Dua-dua salah ma! Izlan just join diorang ketawa je.",kata Izlan jujur lalu mengangkat kening ke arah abang-abangnya.

"Izham dan Irash! Sebagai denda mama nak korang guna duit bulanan yang mama dan papa bagi untuk gantikan barang makeup baby! No excuses, berani buat berani tanggung."

Izzahlia memandang kedua-dua abangnya dengan pandangan mengejek.

"Dah-dah Iz dengan Lan pergi bersiap. Lepasni Pak Mat hantar korang. Bersiap cepat."

Di Sekolah SM Sains Alam Shah..

"Lan! Kau tahu tak pejabat kat mana?",tanya Iz sambil matanya melilau mencari pejabat.

"Ish kau ni dik! Apasal kau tanya abang? Kau ingat abang dah lama belajar kat sini?."

"Hehehe sorry bang! Adik just gelabah jer."

Tiba-tiba datang seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan 20-an menghampiri pasangan kembar tersebut.

"Assalamualaikum, korang ni pelajar tingkatan satu kan? Sila ikut cikgu ke dewan untuk pendaftaran dan senarai nama kelas."

"Waalaikumusaalam.Baik cikgu.",kata Izlan dan Iz serentak lalu mengekori langkah cikgu perempuan tersebut.

"Woi dik! Kau boleh kelas apa?"

The Silent LoveWhere stories live. Discover now