TSL 8

27 2 0
                                    

Pada pukul 6 pagi, Izzahlia dan Izlan masing-masing menyiapkan diri untuk ke sekolah. Hari ini, Abang Irash akan menghantar mereka ke sekolah memandangkan pak mat pulang ke kampung. Lagipun, laluan Irash ke universiti adalah sehaluan.

"Izlan, Baby... abang tak boleh nak ambil korang  sebab abang kena siapkan assigment!. Korang balik dengan abang long ok.", kata abang Irash sambil matanya ralik memandang telefon kesayangannya sambil tersenyum-senyum. Chat dengan makwe lah tuh!

"Baiklah abang! Tak apelah kitaorang dah lambat ni, bye abang.",kata pasangan kembar tersebut secara serentak. Wow sehati sejiwa nampaknya!

Irash mengusap kedua-dua kepala adik kembarnya dan dahi Izzahlia menjadi mangsa ciuman pada pagi yang indah itu.

"Euwww abang ngah! Kotor lah, habis air liur melekat dekat dahi baby...",kata Izzahlia sambil mengelap dahinya. Izlan mengekek ketawa melihat muka cemberut adiknya itu.

Dari jauh ada mata yang memandang telatah Izzahlia dari jauh sambil tersenyum.

"Izzahlia kenapa kau asyik buat aku angau sepanjang masa dari dulu lagi! Aku rindukan kau. Aku akan lindungi kau dari jauh dan aku akan jadikan kau hak aku sepenuhnya.",omel Iman sendirian. Tiba-tiba deringan telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Dia terus bergegas menaiki kereta dan pergi ke tempat yang ingin dituju.

Selepas pulang dari sekolah, Izzahlia tergopoh gapah mencari kelibat Iman di seluruh kawasan sekolah. Tapi hampa, bayangan Iman langsung tidak kelihatan dari pagi tadi. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Mana awak senior Iman!.",omel Izzahlia sendirian.
Akhirnya Izz mengalah. Dia meneruskan langkahnya menuju ke kelas untuk mengemas apa yang patut.

Dia sanggup biarkan barang-barangnya di atas meja semata-mata ingin mencari Iman. Izz tahu yang Iman selalu keluar awal sebelum waktu pembelajaran tamat.

"Aku cari dia esok je lah. Lagipun dah lambat ni, mesti lama abang long dan Izlan tunggu.",desis hati Izzahlia.

Kerana bloknya jauh dengan tempat letak kereta, Izz mengeluarkan iphone XS dan headphone miliknya lalu memasang aplikasi joox. Lagu Teman Cintaku menjadi pilihan.

Ketika dia asyik mendengar lagu, ada seseorang terlanggarnya sehingga jatuh. Nasib Izzahlia baik kerana handphone kesayangannya sempat ditangkap kalau tak lama dah manusia di depannya menjadi mangsa.

Dia berdiri dan mendongak untuk melihat siapakah gerangan itu dan ternyata Izzahlia menunjukkan riaksi yang sukar ditafsir.

"Awak maaf saya tak perasan tadi, maafkan saya. Hmm btw awak Izzahlia kan?.",soal lelaki tersebut. Izzahlia mengangguk mengiyakan soalan yang diajukan.

"Awak tak kenal ke saya? Ni saya lah Tengku Ian Qhalid. Adik angkat kak Ilya."

Izzahlia cuba mencerna setiap butir bicara lelaki di hadapannya. Fikirannya makin bercelaru. Riak wajah tersebut sama seakan Iman tetapi mempunyai sifat yang amat berbeza.

"Saya nak tanya awak satu perkara boleh?",tutur Izzahlia lembut.

"Tanyalah.",balas Ian pendek. Tapi sebelum itu dia mengajak Izzahlia untuk duduk di pondok berdekatan.

"Awak kenal tak Tengku Iman Qhalid?". Izzahlia pelik melihat riaksi muka Ian yang berubah.

"Saya tak kenal pun dia. Tapi kenapa nama dia sama dengan saya? Muka dia sama dengan saya juga ke?",tanya Ian.

"Yup 100% serupa cuma yang berbeza adalah sifat antara awak dan dia."

"Umi! Ian dah jumpa siapa kembar Ian. Alhamdulillah umi, tak sia-sia Ian kenal perempuan yang cantik depan Ian ni!.",desis hati Ian.

"Err awak maaf! Saya dah lambat, kalau ada masa kita borak lagi eyh". Belum sempat Izzahlia membalas, Ian sudah pergi meninggalkannya keseorang. Dia membalas lambaian Ian beserta senyuman.

"Ya Allah aku dah lambat ni! Corfirm kena bebel dengan abang long. Haduii kau ni Izz."

Izz terus berlari menuju ke tempat letak kereta. Setelah selamat masuk ke dalam kereta, dia mendapat jelingan percuma dari Abang Long dan Izlan.

"Izzahlia kenapa lambat? Izz tahu kan yang abang long kena jemput kak long pergi fitting baju nikah? Haishh nasib sayang.",bebel Izham.

"Entah kau ni dik! Nasib baik lah kak Ilya ok. Kalau tak memang cancel lah plan abang long hari ni. Kenapa kau lambat?",bebel Izlan kepada Izzahlia pula.

Izzahlia hanya menunduk. Dia tahu pasti abang-abangnya berasa bersalah. Tak mungkin dia akan menceritakan hal itu kepada abang-abangnya.

Izham dan Izlan memandang adik mereka yang menunduk. Perasaan bersalah muncul di sanubari mereka.

"Adik.. maafkan abang long. Abang long tak sengaja marahkan adik! Abang janji, abang long akan belikan berapa banyak novel yang adik nak",pujuk Izham. Membuntang mata Izzahlia mendengarkan kalimat yang diucapkan oleh abang sulungnya.

"Abang Lan pun nak minta maaf juga. Abang long, aku tumpang sekali eyh? Nak juga beli novel",kata Izlan sambil tersenyum.

"Ha ye lah-ye lah. Dah-dah jom kita dah lambat ni, kesian kat Kak long. Mesti lama dia tunggu. Korang tak payah ikut ok? Nanti abang long hantar korang ke rumah. Mandi dan terus buat homework."

Mereka berdua hanya menjawab dengan anggukan.

🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

The Silent LoveWhere stories live. Discover now