TSL 9

35 2 0
                                    

Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba, iaitu hari penyatuan Abang Izham dan kak Ilya. Memandangkan Izzahlia mempunyai bakat dalam solekan,dia ditugaskan untuk menjadi makeup artist kepada bakal kakak iparnya.

"Akak, comelnye akak. Corfirm abang long takkan lepas punya",puji Izzahlia. Memang betul kak Ilya sangat cantik dengan pipi yang gebu, putih,badan yang langsing dan bibir yang pink. Patut lah abang sulungnya tergoda.

"Ada-ada je Izz ni! Akak tengah nervous sekarang ni. Maklumlah Izz pun tahu kalau abang Izham nervous,mulalah dia lupa",kata kak Ilya. Riak wajah yang polos gadis itu jelas kelihatan risau.

"Alah kak janganlah nervous macam ni. Insyaallah semua akan berjalan dengan lancar. Sekarang ni, akak kena ready sebab tok kadi dah sampai. Jom kak."

Izzahlia mengambil tempatnya di sebelah kak Ilya. Dia berdoa agar semuanya dipermudahkan. Dalam pada masa yang sama, dia terasa sebak kerana abang Izham dah ada keluarga baru dan tanggungjawab yang besar.

Tangan Abang Izham sudah berada pada genggaman tok kadi.

"Tengku Izham Qhalish bin Tengku Irham."

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ilya Maisarah binti Tengku dengan mas kahwin sebanyak RM 300 tunai."

Abang Izham menarik nafas yang dalam.
"Aku terima nikahnya Tengku Ilya Maisarah dengan mas kahwin yang berikut."

"Sah"
"Sah"
"Sah"

Setelah selesai akad nikah, abang Izham menunaikan solat sunat sujud syukur dan majlis pembatalan air wudhuk dimulakan.

Izzahlia pula sibuk menghidang makanan untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Manakala abang Izham dan Kak Ilya sudah naik ke bilik untuk menukar pakaian mereka. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada hari yang sama.

Ketika Izzahlia membawa sedulang makanan yang diisi dengan ayam goreng, tiba-tiba dia ternampak kelibat Iman.

"Aikk tu bukan Iman! Yer aq cam dia. Tapi kenapa dia datang? Rasanya abang long tak jemput pun and dia tak ada kena mengena dengan keluarga aku."

Izzahlia terlalu fokus memerhati kelibat Iman yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggan. Tiba-tiba pandangan mata mereka bertemu.

Iman menghadiahkan senyuman manis kepada Izzahlia dan untuk pertama kalinya Izzahlia terpaku. Kali pertama dia melihat Iman senyum kepadanya, selalunya muka Iman dihiasi dengan wajah yang tegang dan beku.

Izzahlia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak sanggup melihat wajah Iman yang kian hari membuat dia jatuh cinta.

Izz menuangkan lauk tersebut ke dalam bekas yang disediakan. Tiba-tiba ada satu tangan menolongnya. Siapa lagi kalau bukan Iman.

"Biar aku yang tolong kau!",kata Iman dengan riak selamba. Izzahlia hanya membenarkan tanpa membantah.

Izzahlia hanya memerhatikan gerak geri Iman. Dia ingin bertanya tentang kewujudan Iman di sini. Tapi niatnya itu terpaksa ditangguhkan.

"Eyhh Izzahlia, kenapa awak asyik pandang wajah abang saya?". Izzahlia terkejut melihat gerangan tersebut. Begitu juga Iman.

"Ian, kau kenal ke Izzahlia ni?",tanya Iman.

"Corfirm lah aku kenal dan untuk pengetahuan kau, dia lah yang tolong aku carikan kau",terang Ian kepada Iman. Manakala Izzahlia masih keliru dengan apa yang diperkatakan oleh Ian.

"J...jadi korang ni kembar?",tanya Izzahlia gagap. Iman dan Ian ketawa melihat gelagat Izzahlia yang mencuit hati.

Mereka hanya mengangguk.
"Patutlah nama, muka pun nak sama. Yes,akhirnya aku dah dapat jawapan yang aku cari selama ni. Tapi, kenapa diorang dipisahkan?.",desis hati Izzahlia.

❤️💜💛💙💚🧡🖤❤️💜💛💙💚🧡🖤❤️
Sorry sebab bab ni pendek. Author tak ada idea sebab dan lama tak menulis. Memandangkan sekarang nih musim covid-19, author nak cakap.

Semoga readers selalu dilindungi. Selalu cuci tangan dan pakai mask.

#stayathome

The Silent LoveWhere stories live. Discover now