Seperti yang di janjikan, Iz menunggu abang kembarnya di hadapan kelas."Mana abang aku ni! Haishh lambat betul lah,"omel Izzahlia kerana kelibat abangnya masih belum kelihatan dari tadi.
Tiba-tiba Iz terlihat salah satu kumpulan lelaki tidak jauh daripadanya. Yang pasti salah seorang daripadanya adalah Engku Iman Qhalid.
"Aikk kenapa semua pelajar macam takut dan tunduk hormat dekat mamat sewel tu? Pelik betul aku!"
Iz asyik memandang wajah polos milik Engku Iman Qhalid tanpa menyedari kelibat abang kembarnya.
Izlan geram apabila panggilannya tidak disahut oleh Iz.
"Woii dik! Kau termenung apa lagi tu? Aku dh lapar ni! Kau usha abang senior yang hensem tu eh? Cakap lah yang kau suka kat dia.", kata Izlan menyedarkan Iz dari lamunannya.
"Oii kau ni main sergah camtu jer! Nasib baik aku tak kena serangan jantung. Mana ada aku usha senior tu. Tapi aku pelik lah abang."
"Aku sergah kau sebab kau asyik termenung jer! Kau pelik kenapa dik?"
"Kenapa semua orang tunduk hormat dekat ahli kumpulan badboy tu?"
"Ooh kalau kau nak tahu cerita, kita pergi kantin dulu sebab kawan-kawan sekelas aku dah tunggu kat sana. Aku pun pelik juga sebabtu aku tanya kawan aku dan diorang cakap nanti diorang akan cerita."
"Ok bang!."
Di kantin....
"Woi budak! Kau dah pandai lawan aku sekarang ni eh? Kau kenal ke tak aku ni siapa?!",tengking Engku Iman bernada keras dengan menayangkan mukanya yang tegang.
"Maafkan saya abang! Saya betul-betul tak sengaja. Lagipun bukan saya yang langgar abang. Saya just nak terangkan perkara yang sebenar je. Bukan saya nak lawan cakap abang.",terang seorang pelajar form 2 yang hampir ditumbuk oleh Iman.
"Kau.....", kata-kata Engku Iman dipotong sebaik saja terasa ada orang cuba menghalangnya daripada memukul pelajar form 2 tersebut.
Engku Iman memalingkan wajahnya berhadapan orang yang cuba mencari nahas dengannya.
"Kau apehal eh? Dah terang lagi bersuluh yang abang form 2 tu tak salah! Kau yang langgar dia, lepastu suka suki kau je nak tumbuk dia. Kau kenapa?!,"tengking Iz.
Dia tidak menghiraukan kata-kata dan pandangan maut daripada pelajar di kantin. Asalkan dia dapat selamatkan abang form 2 yang hampir dibuli oleh lelaki yang tidak berperikemanusiaan seperti Engku Iman.
Engku Iman menginjutkan bahunya kerana terkejut melihat satu-satunya orang yang berani menengkingnya sebegitu.
Engku Iman melepaskan genggaman tangannya dan berlalu pergi meninggalkan Iz dan budak tersebut.
Semua pelajar terpaku melihat adegan tersebut termasuklah Izlan dan kawan-kawannya yang turut serta melihat aksi pergaduhan itu.
"Kau tak apa-apa?"
"Ye I'm ok. Terima kasih kerana selamatkan abang tadi."
"Takpe-takpe. Lain kali, abang kena lebih berani."
"Insyaallah, tapi tiada siapa yang berani lawan kumpulan badboy tu."
"Erkk kenapa eh?."
"Ok tak apa lah abang nak pergi tandas. Semoga jumpa lagi. Terima kasih tau.",kata lelaki tersebut seakan mengelak daripada soalan yang ditanya oleh Iz.
"Eh kejap.... haishhh kenapa dia mengelak. Lupakan jer lah. Baik aku makan, perut ni pun dah mendendangkan lagu Dance Monkey." Ada ke bunyi perut camtu? Hahaha. Tak senonoh betul Izzahlia ni.
Ketika Izzahlia duduk di atas kerusi berhadapan abang kembarnya, dia melihat kawan-kawan sekelas Izlan memandangnya dengan pandangan pelik dan cuak.
"Abang kenapa kawan-kawan abang pandang adik macam tu? Seram pulak tengok diorang",bisik Izzahliah di telinga Izlan.
"Weyh korang! Asal pandang adik aku macam tu?",tanya Izlan kepada sahabat-sahabatnya yang masih memandang Izzahlia dengan pandangan aneh.
"Kau tahu tak adik kau lah salah seorang yang berani lawan Engku Iman tu? Guru besar dan semua orang dekat sekolah ni pun tak berani nak tegur Engku Iman.",jelas salah seorang kawan Izlan yang bernama Aiman.
"Tch! Kenapa korang takut sangat dengan mamat tuh? Dia anak raja ke? Hahaha. Kau ingat aku takut dengan orang yang berpangkat Engku lagi-lagi orang yang macam dia.",sinis kata-kata yang keluar dari bibir Izzahlia.
"Ish kau ni Izzahlia! Kau tak kenal lagi siapa dia. Kalau kau nak tahu Engku Iman dan ahli kumpulan dia adalah badboy terkejam dekat sekolah ni sampai melibatkan kes pembunuhan kau tahu tak!",jelas Qistina merangkap kawan baik Izzahlia.
"Serius aah kau! Jangan gurau macam tu, tak lawak lah! Hahahahaha."
Izzahlia memegang perutnya kerana leka menahan tawa sehingga ramai pelajar di kantin melihatnya dengan pandangan tajam begitu juga Engku Iman.
"Ish kau ni dik! Cover lah sikit ketawa tu. Habis semua pelajar tengok kau!",tegur Izlan.
"Ok kalau kau tak percaya. Aku akan terangkan dengan lebih terperinci."
"Go ahead.", kata Izzahlia bersama sisa-sisa ketawa yang masih belum hilang.
"Kau nampak tak dalam salah satu ahli diorang yang pakai topi biru tu?.", tanya Aiman kepada Izzahlia.
"Nampak! Apasal dengan dia?."
"Dia adalah kawan rapat Engku Iman dari tadika. Nama dia Engku Hael dan kalau kau nak tahu dia mahir dlm teknik menggunakan benda tajam macam pisau, pedang dan banyak lagi lah. Kalau kau cari hal dengan dia walaupun dia yang salah, berkemungkinan kau kena bunuh!.",jelas Aiman dengan nada yang serius.
Izzahlia masih setia mendengar penjelasan kawan-kawan abangnya merangkap sahabatnya juga.
"Ok yang di sebelah Engku Hael pula adalah kembar kepada Engku Hael iaitu Engku Haris. Dia mahir dalam menghack mana-mana maklumat. Kalau kau nak tahu, dia menghafal semua maklumat peribadi setiap orang di dalam sekolah ni dan tiada satu pun yang akan terlepas kalau kau ataupun pelajar cari hal dengan diorang.",terang Qistina pula.
Izzahlia meneguk air liurnya. "Berani betul aku ni! Kau cari nahas lah Iz.",desis hati Izzahlia.
"Yang duduk di sebelah Engku Iman pula adalah sepupu rapat dia, Engku Rayyan. Dia mahir dalam segi mempertahankan diri dan semua aktiviti sukan dia akan sertai. Nampak jer muka dia macam lelaki baik, tapi kalau kau cari hal dengan dia, berkemungkinan kau juga akan mati.", sambung Khalil pula.
Izzahlia dan Izlan mengangguk tanda faham.
"Ok ni yang terakhir iaitu Engku Iman Qhalid. Dia adalah ketua kumpulan tu. Dia adalah lelaki paling kejam tersenarai dalam rekod negara ni! Engku Iman juga mempunyai segala kebolehan mengguna bahan tajam, seni mempertahankan diri dan menghack maklumat peribadi. Semuanya ada dalam diri Engku Iman. Kalau kau cari pasal dengan dia, lagi teruk dia kerjakan. Kau dah cari pasal dengan dia Iz dan berkemungkinan kau akan dibunuh.",kata Aliya.
"Kurang ajar betul diorang ni! Tak perlu pun sampai nak membunuh orang.",kata Izzahlia dan terus bangun daripada tempat duduknya.
"Eh adik! Kau nk pergi mana ha? Kau jangan cari pasal!.",kata Izlan kerana bimbang akan Izzahlia.
"Adik nak ajar sikit diorang ni. Memang tak tahu malu betul. Kita dapat peluang bernafas pun dah bersyukur tapi dia dah dapat peluang bernafas tapi suka hati jer bunuh orang lain."
"Eh adikk..... kau buat apa tu?",kata Izlan.
Izzahlia tidak menghiraukan panggilan abangnya. Dia kena ajar sikit si Engku Iman yang kurang adab tu.
Izzahlia menghampiri kumpulan Engku Iman dengan perasaan yang marah.Engku Iman mengangkat kening tanda "kau nak apa?". Terkejut Iman kerana....
Splashhh!!!
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
Ok kalau korang nak tahu what happen next. Jangan lupa vote dulu tau🥰. Jumpa lagi🤗
YOU ARE READING
The Silent Love
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang panas baran bernama Tengku Izzahlia Qhalisha dan seorang jejaka badboy bernama Engku Iman Qhalid. Mereka selalu melancarkan perang dingin setiap kali berjumpa. Tanpa mereka sedar, perasaan cinta mulai hadir dia...