Majlis persandingan abang Izham dan kak Ilya diadakan di hotel tiga bintang yang berdekatan dengan rumah mereka.
Selepas selesai makan bersama Iman dan Ian, Izzahlia meminta diri untuk naik ke bilik dan menukar pakaiannya.
Izzahlia ditugaskan untuk menjadi pengapit bagi kak Ilya. Sejurus selesai mandi, Izzahlia mencapai baju yang siap digantung di depan almari.
"Wahhh, bapak cantikk siaa baju yang kak Ilya tempah untuk aq. Agak-agak, siapa eyh jadi pengapit along. Kesah ape aku, baik aku bersiap cepat. Tak pasal-pasal kak Ilya tak ada pengapit yang comel lagi bergaya macam aku ni".
"Perasan siaa kau ni! Kau ingat kau sorang ke yang cantik ha?!"
"Eyh suka hati aku lah! Dah-dah kau pergi sambung buat cerita aku ni, aku nak bersiap."
(Author menggila😂)
Izzahlia memakai baju kurung warna putih yang dihiasi manik-manik yang cantik, sesuai dengan tema majlis persandingan kak long dan abang long.
Dia mencalitkan makeup natural di wajahnya. Bukan dia tak mahu cantik-cantik di majlis abang long, cuma dia tidak mahu berlebihan. Nanti kalah pulak kak long. Kalau kak long tahu, mampus.
"Baby, Izlan dan Irash! Cepat sikit, papa kamu dah tunggu dalam kereta tu. Nanti kita lambat! Abang long dah bertolak dari tadi lagi",jerit Tengku Ireen.
"Baik mama!",sahut mereka bertiga.
Ketika Izzahlia mahu turun tangga, Irash dan Izlan tidak sengaja menempuh bahu Izzahlia.
"Aaaaahhhhhhhh",jerit Izzahlia sambil memejamkan matanya. Tiba-tiba dia rasa seperti berada di awangan. Dia membuka matanya sedikit demi sedikit.
Terkejut dia apabila melihat Iman sedang menggendongnya.
"Awak lepaskan saya lah! Jangan buat perkara tak elok",kata Izzahlia kepada Iman. Seperti biasa wajah Iman tetap ditayangkan riak beku.
"Kalau kau tak reti nak turun tangga, boleh aku ajarkan! Kalau aku tak sambut kau tadi macam mana? Aku rasa dah mati tergolek dah kau ni. Dah lah kurus macam ikan bilis. Kau ingat aku nak sangat ke buat apa-apa dekat kau? Lain kali berterima kasih sikit dekat aku.",kata Iman mendatar. Perasaan serba salah menyinggah di hati Izzahlia.
"Kau ni pun satu Izzahlia! Iman dah tolong kau, kau tuduh dia macam-macam pula",desis hati Izzahlia.
Iman meletakkan Izzahlia kembali selepas menaiki tangga.
"Awak saya mint..a", belum sempat Izzahlia menghabiskan ayatnya,Iman terus keluar tanpa menghiraukan apa yang mahu di katakan Izzahlia. Dia tahu yang Izzahlia ingin meminta maaf kepadanya.
"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh pujuk aku Izz. Jantung aku tak berhenti berdegup time angkat kau tadi! Aku cintakan kau Izz. One day, kalau aku tak ada aku harap kau sedar yang aku cintakan kau sepenuh hati dan jiwa raga aku.",desis hati Iman.
Iman terus menaiki kereta BMW miliknya dan terus menuju ke hotel.
Ketika Izzahlia berada di dalam kereta, dia hanya mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Dia rasa bersalah sangat atas apa yang dia katakan kepada Iman tadi. Niat Iman baik. Kalau Iman tak ada tadi, mungkin dia dah masuk hospital.
Dia asyik termenung tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tiba-tiba ada suara menegurnya.
"Woii adik! Kau kenapa? Selalunya kalau aku dengan angah buat lawak, kau ketawa tak ingat dunia. Tapi kenapa senyap jer ni? Kalau kau ada masalah bagitahu jer acik",tegur Izlan kepada adik kembarnya itu.Angguk Irash tanda setuju atas pernyataan adik lelaki kembarnya.
"Betul lah apa yang acik cakap. Kenapa dengan anak papa yang comel ni. Ada problem eyh?",tanya papa pula.
"Tak ada apa lah pa, Izzahlia letih sikit hari ni",jawab Izzahlia.
YOU ARE READING
The Silent Love
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang panas baran bernama Tengku Izzahlia Qhalisha dan seorang jejaka badboy bernama Engku Iman Qhalid. Mereka selalu melancarkan perang dingin setiap kali berjumpa. Tanpa mereka sedar, perasaan cinta mulai hadir dia...