TSL 5

39 4 2
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar dan guru-guru sudah tiba. Semua pelajar gigih berlatih untuk persembahan yang akan memeriahkan majlis tersebut.

Izzahlia amat cantik apabila dipadankan bersama dress Emerald yang ditempah khas oleh mummynya besertakan tudung bawal.Tidak kurang juga Iman yang memakai tuxedo Emerald yang sendondon dengan Izzahlia.

Izzahlia berasa gementar menanti saat-saat yang semakin dekat untuk dia dan Iman membuat persembahan. Menyesal dia suruh Iman cabut undian nombor tadi.

Flashback..
"Semua pelajar harus menghantar salah seorang wakil untuk mencabut undi bagi mengetahui giliran persembahan masing-masing.",terang Cikgu Razak. Semua wakil pelajar berpusu-pusu mengambil undian.

Sebelum itu,

"Ok, sekarang ni aku nak tanya kau. Aku ke kau yang nak jadi wakil cabutkan undi?.",tnya Izzahlia kepada Iman.

"Aku jer lah yang cabut undi. Lagipun kau tahu kan yang aku ni budak bertuah."

"Sorry to say eh Engku Iman Qhalid! Aku tak nak tahu pun yang kau bertuah atau tidak. Kalau betul kau bertuah, aku akan belanja kau makan dekat mana-mana tempat yang kau nak.Tapi kalau tak, aku nak kau yang belanja aku. Deal?",kata Izzahlia  sambil meruncingkan jari kelingkingnya.

"Ok deal! Aku setuju."

Iman memasukkan tangannya ke dalam bekas berisi kertas undian.

Sebelum membuka kertas tersebut, dia membaca  bismillah dan berharap bahawa dia bertuah kali ini. Senyuman yang mekar berubah. Sangkaannya meleset apabila melihat kertas yang tertulis angka 2 di tangannya.

"Habis lah aku! Corfirm-corfirm kena bebel."

Izzahlia mengangkat keningnya apabila melihat Iman mendekatinya dengan memegang kertas tersebut.

"Nah!". Dengan selamba Iman memberi kertas itu kepada Izzahlia. Izzahlia berasa geram apabila melihat angka yang ditulis tersebut.

"2?! Apa ni Im, kau kata kau bertuah. Tengok apa dah jadi. Dah lah aku tak bersedia lagi nak menyanyi."

"Sorry lah weyh! Lagipun kau kan dah deal dengan aku. Disebabkan itu, aku belanja kau."

"Ok lah kalau macam tu. Ingat tau, esok kau belanja aku!"

"Im promise Izz."

End Flasbackk...

Persembahan yang pertama di akhiri dengan tepukan gemuruh dan membuatkan Izzahlia gementar. Dia memandang ke arah wajah Iman yang nampak tenang dari tadi.

"Mamat ni tak ada perasaan eh? Aku punya lah gementar, dia pula boleh buat selamba je."

"Ok terima kasih kepada ahli kumpulan yang pertama kerana berjaya membuat persembahan yang begitu menarik. Sekarang ini, kita akan memanggil kumpulan 2 untuk membuat persembahan. Di persilakan.",kata MC.

Iman sempat membisikkan kata-kata keramat yang membuatkan Izzahlia bersemangat.

"Kau jangan lah risau. Selagi aku ada, persembahan kita akan berjaya. Kalau kau rasa gagap, aku akan back up kau. I'm promise. Aku akan ada sentiasa dengan kau."

"Hingga seumur hidup aku.",sambung Iman di dalam hati.

Izzahlia tidak tahu mengapa hatinya berbunga-bunga mendengar ucapan Iman itu. Mungkin kah dia sudah jatuh cinta?. Dia pun buntu dengan perasaannya sendiri.

"Assalamualaikum, saya Engku Iman Qhalid dan Tengku Izzahlia Qhalisha dari kumpulan 2 akan mempersembahkan persembahan nyanyian duet. Lagu yang akan dipersembahakan oleh kami bertajuk Teman Cintaku. Semoga kalian semua terhibur."

The Silent LoveWhere stories live. Discover now