TSL 7

27 2 0
                                    

Keesokkan harinya, Izzahlia menolong Tengku Ireen di dapur. Memandangkan hujung minggu ni tiada apa-apa tugasan yang diberikan. Lagipun Izlan ada latihan bola. Manakala dua orang abangnya lagi sudah hilang entah ke mana. Mungkin keluar dengan pasangan masing-masing.

"Mama, ada apa yang boleh baby tolong tak? Bosan lah asyik berkurung dalam bilik."

"Haaa lupa mama nak bagitahu! Hari ini abang long nak bawa balik bakal kakak ipar kamu.Mama kena masak lebih hari ni. Apa kata baby tolong mama potongkan sayur lepastu rendam dengan air garam."

"Serius lah ma! Along nak bawa kak long datang sini? Hihihi excited nya nak jumpa kak long."

Sejak kak long iaitu Tengku Maisarah Ilya menyambung pelajarannya di Australia, Izz dan kak long kurang meluangkan masa bersama.

Baru dia teringat akan kata-kata abang sulongnya beberapa hari yang lepas.

Flashback...

"Izz duduk dekat abang sekejap.",kata abang sulongnya sambil menepuk sofa.

"Ye ade ape abang?."

"Nanti beberapa hari lagi, kak Ilya balik malaysia. Abang dah dicide nak minangkan kak Ilya dan mungkin terus nikah. Tak payah majlis bertunang."

"Abang! Serius lah. Mama dah tahu hal ni?Yeay akhirnya adik akan dapat kakak ipar baru."

"Mama dan semua orang dalam rumah ni dah tahu lama dah. Cuma adik jer yang tak tahu lagi. Maklumlah abang busy uruskan syarikat papa."

"Sampai hati along! Tapi tak apa adik tak kesah. Asalkan abang bahagia dengan kak Ilya.

Alongnya hanya menggelengkan kepala melihat adiknya yang tak ubah seperti kanak-kanak.

End flashback..

Izz hanya mengangguk dan mengambil sayur-sayuran yang sudah disediakan di atas meja untuk di potong. Setelah beberapa jam bertarung di dapur, Izz naik ke biliknya untuk mandi. Badan dah melekit sangat dah ni.

Sejurus selesai mandi dan menunaikan solat, Izzahlia menuju ke almari biliknya untuk mencari pakaian mana yang sesuai untuk malam ni. Iya lah kan, kena lah cantik-cantik. Kan nak jumpa bakal kakak ipar kesayangannya.

"Haishh baju mana yang aku nak pakai ni! Nak pakai seluar palazo dan baju blouse, macam tak sesuai pulak."

Sedang asyik leka dia memilih baju, pintu biliknya diketuk dengan kuat. Dia sudah tahu siapa gerangan itu! Mesti lah Izlan abang kembarnya. Hanya Izlan seorang yang berani ketuk pintu biliknya. Macam nak tercabut.

"Ape nih abang! Rosak pintu bilik adik nanti."
Dia menuju ke arah pintu biliknya. Setelah membuka pintu, wajah Izlan yang kacak digayakan dengan baju melayu terpampang di hadapannya.

"Haa lama sangat kau kat dalam tu dah kenapa? Kak Ilya dah sampai!."

"Aku tak tahu nak pakai baju apa lah abang!."
Tiba-tiba Izlan menghulurkan sepasang baju kurung yang bewarna sky blue beserta tudung shawl yang bewarna cream kepada adiknya.

"Terima kasih abang! Patut aku cari baju ni tak jumpa pun. Rupanya dekat dalam bilik kau. Hihihi."

"Dah cepat! Kak Ilya dah tak sabar nak tunggu adik ipar cengeng dia ni."

"Abang!!". Belum sempat Izz ingin mencubit abangnya, Izlan mengambil peluang untuk melarikan diri terlebih dahulu. Izz merengus kegeraman.

Setelah siap berdandan, Izz terpandang wajahnya di pantulan cermin. Dia hanya memakai bedak dan mencalitkan sedikit lipbalm. Izz seorang yang simple dan lebih menyukai solekan natural.

The Silent LoveWhere stories live. Discover now