"...So, kau kena kuat semangat... Jangan mengalah, kumbang bukan seekor". Ujar ku dengan penuh bersemangat. Air Milo panas didalam Mug kaca itu aku hirup perlahan.
Emy, si gadis tinggi lampai itu memasuki ruangan pantri dan menepuk lembut bahu aku.
"Zaff... Bos panggil". Aku yang sedang bersenang lenang di pantry mengeluh perlahan.
"Tak baik mengeluh Zaff... Kau juga yang cakap"
Selamba sahaja Si Sarah ni memerli aku. Tahulah tengah broken."Tak... Tak... Tak... Aku tak mengeluh... I'm a positive person... So let's go Emy... Ada naga yang perlu di jinakkan". Sarah dan Emy ketawa. Aku segera bangun dan berjalan kearah bilik boss yang paling, paling aku sayang.
Tok! Tok! Tok! Tok!
Tok! Tok!Sempat lagi aku membuat bunyi irama menggunakan pintu bilik si naga beku itu.
"Ada apa boss nak jumpa saya?" Soal aku sebaik sahaja berdiri di hadapan meja kerjanya. Ali mengangkat wajah merenung aku dengan mata helangnya.
"Do you forget something miss Firah?" Soalnya dingin. Aku jongket kening.
"Em... First, stop call me Firah, just Zaff or my full name Zafirah and second... saya rasa saya dah kemas bilik encik pagi ni, siap ada Nescafe lagi tu". Dia turut memandang kearah mug kaca di sebelah kirinya. Aku buat muka seposen apabila lelaki itu mengecilkan matanya.
"What i tell you? Kemas bilik ni bila I dah masuk bilik? Why you kemas awal?" Soalnya dengan suara yang semakin meninggi.
"Because, saya nak kurangkan dosa encik bila membebel pagi-pagi dekat saya... Telinga saya pun tak sakit bila kena perli dengan encik. Ini tak kena itu tak kena... Semua yang saya buat tak kena dekat mata encik. Kejap sinilah kejap sanalah. Rimas saya padahal tempat tu dah bersih berkilat". Opss! Kan sudah membebel aku dibuatnya.
"Siapa yang bos sekarang ni? You or me?" Soalnya membuatkan aku tersengih macam kerang busuk.
"Of course you. Takkanlah saya kut". Aku tertawa mengejek. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Now, dengar arahan, jangan nak membantah. Kemas bilik ni sekarang". Terbuntang mata aku.
What! Aku dah kemas kot. Dah tak ada apa yang harus dikemaskan. Wajah bosan aku tayangkan.
"Saya pergi ambil barang kejap". Terus aku melangkah longlai keluar dari bilik itu.
----------
"Kenapa Emy panggil kita?" Soal aku malas padahal aku sudah tahu kenapa PA mr boss naga aku tu panggil.
"Encik Ali nak jumpa". Ujar Emy bersahaja. Aku menjongket kening. Sudah lewat begini pun dia masih nak panggil aku. Lagi 10 minit waktu bekerja tamat.
Mereka yang lain kulihat sudah berkemas-kemas untuk pulang. Emy turut tidak ketinggalan.
"Huh! Untuk apa ya? Dah nak balik kot... Tak habis-habis nak kacau aku... Jangan dia suruh aku kemas bilik dia lagi sudahlah... Kalau naga tu naga juga ya". Bebel aku. Emy mengangkat bahu lalu mengoleskan lips gloss ke bibir nipisnya.
Tok! Tok! Tok! Tok!
Tok! Tok!Tanpa menunggu bicaranya aku terus menerjah masuk dan berdiri di hadapan meja kerjanya.
"Tak tahu adab ke? Keluar balik. Tunggu sampai saya panggil masuk". Dingin dan tegas suaranya. Aku menjulingkan mata ke atas tanda protes dalam diam.
"Assalamualaikum encik Muhammad Ali Saifuddin... Boleh saya masuk". Ujar ku sambil mengetuk pintu dari luar.
"Masuk". Fuh! Suaranya macam bayu malam di kutub utara. Dingin tak ingat.
"Ada apa encik panggil saya". Ujarku pura-pura sopan. Padahal dalam hati dah geram tengok muka takde perasaan lelaki itu.
YOU ARE READING
jejaka sejuk beku
Short Storyhello! aku perkenalkan diri aku nama aku Nurul Zafirah dan ini kisah ku bersama jejaka sejuk beku. aku seorang gadis biasa lepasan STPM yang bekerja sementara menjadi cleaner di sebuah syarikat swasta bagi mengumpul duit untuk menyambung pelajaran...