23

760 31 0
                                    

"love... Love". Dari dapur aku sudah dengar suara Ali yang terjerit memanggil aku. Susah dengar suara dia macam ni. Happy sangat ni.

"Saya kat dapur bie". Terus aku rasa tubuh aku dipeluk dari belakang. Aku tersenyum sambil membasuh tangan yang penuh dengan buih sabun.

"Bie happy sangat... Tadi syarikat inspirasi holding call cakap bie dipanggil semula untuk bekerja di situ... Bie dapat balik jawatan bie". Aku pusingkan tubuh aku menghadap Ali.

"Saya tahu". Ujar aku bersahaja menimbulkan tanda tanya pada wajah Ali.

"Apa maksud love. Mana love tahu". Aku lepaskan rangkulan Ali dan berjalan ke peti ais.

"Emy kan kawan saya". Ikan dalam freezer aku keluar kan.

"Mesti tuah baby kan... Sayang papa cepat keluar ya". Perut aku dia usap lembut. Aku tersenyum gembira.

"Umi dengan papa? Mana kena".

"Biarlah tak kena pun... Comel je panggilan tu".

"Bie. Kita jumpa mummy nak? Mummy je belum tahu saya mengandung". Wajah Ali berubah keruh.

"Tapi..." Jari telunjuk aku bawa rapat ke bibir Ali.

"Please, mungkin dengan kehadiran baby ni mummy lembut hati".

"Ya... Mummy pun pasti gembira sebab saya tak bersalah dalam syarikat tu".

Aku mengangguk setuju. Entah kenapa aku mahu sekali berjumpa mummy walaupun baru semalam kami bertentangan mata.

------------

Aku pandang Ali selepas itu aku usap perut aku. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pula.

"Kalau bie belum bersedia kita  baliklah". Ali pandang aku sebelum menggeleng.

"Kita jumpa mummy... Mungkin mummy boleh sayang saya bila saya bagi tahu awak kandungan zuriat saya, cucu dia". Ali tersenyum tawar. Aku angguk kepala dan kami sama-sama melangkah keluar.

"Assalamualaikum". Pintu rumah agam itu terbuka.

"Tuan muda, puan muda... Masuklah". Ujar bibik mesra. Tangan itu aku salam dan kucup.

"Mummy ada?" Soal Ali dan bibik mengangguk.

"Dekat ruang tamu. Pergilah". Kami mengangguk.

Tiba-tiba telefon aku berdering menandakan ada panggilan masuk. Mama call.

Kami tidak jadi melangkah. Aku pandang Ali, Ali pandang aku.

"Hello... Assalamualaikum". Aku jawab panggilan itu sambil mata tak lepas dari memandang Ali.

"Kami dekat rumah mummy ni... Nanti kami nak balik kami singgah sana". Kata ku sebaik mama bersuara.

"Ha? Boleh kot... Datang sahajalah". Ali sudah kerut dahi bila suara terkejut aku keluar.

"Okey... Kami dah nak masuk ni... Cakap dekat daddy jangan fikir sangat... Perasaan dia sahaja tu".

"Okey. Assalamualaikum". Panggilnya aku matikan selepas mama menjawab salam aku.

"Kenapa?" Aku simpan telefon dalam beg tangan.

"Mama call... Daddy rasa tak sedap  hati lepas mimpi kita". Ali mengangguk.

"Mainan tidur sahaja tu". Aku angkat bahu.

"Jomlah".

Kami jalan beriringan memasuki kawasan ruang tamu. Mummy yang sedang fokus dengan telefon bimbit mengangkat wajah menatap kami.

jejaka sejuk bekuWhere stories live. Discover now