Kulihat Ali sudah menghampiri aku yang sedang berjalan longlai kearah rumah kami.
"Pergi mana tadi?" Soal Ali sambil mengikuti langkah kaki aku.
"Tenangkan hati dan fikiran". Ujar aku malas sambil masuk kedalam rumah. Gayanya yang hampir meletuskan lava gunung berapi itu aku tidak hiraukan.
"Kenapa kena keluar rumah... Tahu tak bahaya... Awak tu mengandung". Suara Ali naik seoktak. Aku pusing dan pandang dia dengan tajam. Air mata aku bertakung kembali.
"Kenapa pun kalau saya mengandung... Awak bukan suka pun anak saya ni". Suara aku pun meninggi. Aku dongak pandang dia yang lebih tinggi dari aku itu.
"Bila pula saya cakap saya tak suka awak mengandung". Aku terdiam.
Memang dia tak cakap tapi kelakuan dia.
"Dari gaya awak pun saya tahulah... Jangan cakap awak masih terkejut, itu tipu... Saya tahu riak wajah awak walaupun muka awak beriak sama, mata tak boleh membohong". Aku terus berlari memanjat anak tangga.
-----------
Ali diam di meja makan seperti selalu. Aku turut diam, masih terasa hati lagi dengan kelakuan dia. Lepas aku berlari masuk bilik Ali langsung tidak hiraukan aku, malah dia keluar rumah meninggalkan aku sendirian di rumah sehinggalah maghrib menjelma.
Dia makan sedikit sahaja sebelum bangun untuk keluar. Hari ini hari Sabtu tapi dia mahu keluar. Selalunya dia akan ajak aku keluar. Mungkin marahnya ada lagi.
Aku perhati sahaja dia hilang dari pandangan mata. Tanpa aku sedari air mata jatuh membasahi pipi.
Kring! Kring!
Segera aku capai telefon yang ada di atas meja makan. Sebelum butang hijau aku tekan, Aku kesat air mata yang mengalir.
"Hello... Assalamualaikum". Sendu aku tahan. Aku tersenyum sendiri apabila mendengar suara disebalik talian.
Umi, rasanya hampir sebulan lebih tidak berjumpa. Last berjumpa masa majlis resepsi perkahwinan bagi pihak Ali.
"I'm pregnant". Ujar aku teruja. Suara umi disebalik sana turut gembira.
"Baru dua bulan". Aku terdengar suara abah di sisi umi. Pasti umi buka pembesar suara.
"Baru tahu semalam... Tak sabar nak tunggu baby lahir, harap perempuan".
"Okey umi... Nanti Piah balik sana ya... Sekarang tak boleh".
Banyak petua orang mengandung yang umi kongsikan. Dan aku hanya mengikut.
--------
Ahad, aku pandang Ali yang sedang bersantai di ruang tamu. Aku hampiri tempat duduknya.
"Saya nak pergi rumah daddy boleh". Ali yang sedang fokus dengan telefonnya memandang aku.
Dia bangun tanpa berkata apa-apa. Anak tangga dipanjat meninggalkan aku sendirian. Dan aku rasa nak menangis. Aku ketap bibir menahan tangisan.
"Tercegat apa dekat situ? Tadi kata nak pergi rumah daddy". Ali yang baru muncul dari atas menegur. Terus aku pandang dia sambil kesat air mata.
"Sekejap". Aku pula naik memanjat anak tangga dengan ceria. Cepat betul mood aku berubah.
---------
"Kenapa awak macam tak suka anak kita". Soal aku setelah kereta lama sunyi. Aku pandang dia dengan muka minta penjelasan. Ali pandang aku sekilas.
"Bila saya tak suka?" Soalnya dengan suara perlahan.
"Gaya awak".
"Saya cuma serabut... Kerja belum dapat, macam mana kita nak besarkan anak kita... Bukan saya tak suka baby tu. Sayalah lelaki paling happy bila dengar awak mengandung". Aku tersenyum gembira.
"Pasal duit jangan risau, simpanan saya masih cukup. Duit yang bie masukkan tiap-tiap bulan dalam bank pun tak terusik lagi, duit tu boleh dapat kereta sebiji cash". Ali pandang aku dengan wajah tidak percaya.
"Kenapa tak usik... Bie bagi suruh love guna beli keperluan love tiap-tiap bulan". Suara tidak puas hati disitu.
"Tak tahu nak beli apa. Semua bie dah belikan, tak ada apa nak beli. Banyak sangat duitnya, saya tak pernah dapat duit banyak macam tu. Jadi baik simpan". Terang aku.
"Banyak?". Aku angguk kepala bila dia buat muka pelik.
"Banyaklah, duit hantaran haritu pun guna separuh je... Duit simpanan love masa kerja jadi cleaner pun tak usik... Jadi bie jangan risau ya... Mengikut pengiraan love duit simpanan love tu boleh menampung hidup kita setahun kalau kita berjimat sikit". Ali tersenyum sikit.
"Untung bie dapat perempuan yang berjimat cermat ni". Aku tertawa.
Sekarang aku tahu yang Ali cuma risau anak ini lahir tanpa keperluan yang cukup bukan dia tak suka anak ini lahir.
-----------
Aku memandang sekeliling. Hanya aku sorang di tingkat 2 ini. Cepat-cepat aku pergi kearah pintu yang tersangatlah menarik perhatian aku minggu lepas.
"Buat apa tu?" Terus aku toleh ke kiri. Ali berjalan laju kearah aku.
"Awak... Saya nak masuk situ". Aku tahan diri dari bergerak kerana Ali sedang menarik tubuh aku agar jauh dari pintu itu.
"Nak buat apa masuk situ... Jom turun". Aku muncung sambil peluk tubuh. Tubuh yang aku keraskan Ali angkat.
"Mak... Okey, okey kita turun. Turunkan saya". Aku meronta-ronta untuk turun dari dukungan Ali.
"Jangan meronta nanti jatuh. Awak tu bawa anak saya". Terus aku diam sambil merenung dia geram.
"Sweet nya... Macam pengantin baru". Ujar mama dan seterusnya semua pandang kearah kami yang sedang turun tangga.
"Turunkan saya". Aku berbisik tegas. Terus Ali turunkan aku.
Aku sudah tersengih-sengih malu, Ali tayang wajah bekunya.
"Zafirah pergi mana?". Aku pandang Ali, Ali pandang aku.
"Bilik, bilik hujung tu siapa punya?" Aku jalan dan duduk di sisi mama.
Mama dan daddy berpandangan sesama mereka. Amri sudah bengis mukanya. Ana hanya diam. Ali terkejut.
"Bilik arwah Amirah Sofea". Ujar daddy. Amri bangun dari duduknya.
"Bilik adik aku yang suami kau bunuh!" Mata aku membulat. Mama dan daddy turut terkejut.
"Amri. Apa kamu melalut ni". Mama bersuara tegas.
"Ya. Dia bunuh adik, adik telan pill tidur sebab dia... Sebab adik suka dia and dia reject adik". Aku bangun.
"Mana mungkin Ali dan Amirah bersatu sedangkan mereka adik beradik". Ujarku sambil merapati Ali yang terdiam dari tadi.
"Ali dan Amirah adik beradik Amri, kamu jangan merepek". Daddy pula bersuara.
"Tapi Ali dah rosakkan adik... Adik mengandung dan dia gugurkan kandungan dia sebelum telan pill tidur, Ana pun tahu". Semua terkejut kecuali Ana. Aku pandang Ali. Mama dan daddy turut pandang Ali
"Kamu jangan main-main Amri. Ana betul ke?". Suara daddy terketar-ketar. Amri tersenyum sinis. Lambat-lambat Ana mengangguk
Aku sudah terdiam seribu bahasa. Wajah Ali biasa, beku dan dingin. Aku pandang Ana pula, sebab itu ke Ana dan Ali berpisah 3 tahun lepas? Sebab Ana tahu Ali dan Amirah ada hubungan sulit?
"Tak percaya. Tunggu sini". Amri berjalan memanjat tangga meninggalkan kami.
"Apa semua ini Ali? Soal daddy. Amri turun sambil membawa sebuah buku tebal. Buku itu di hempasan diatas meja dihadapan kami.
Itu buku yang aku cari. Aku lihat daddy ambil buku itu.
"Allahu..." Daddy pegang jantungnya.
"Daddy!". Semua pantas menghampiri daddy. Ali laju menghampiri daddynya. Aku turut mengikut langkahnya.
"Call ambulans, Amri".
Panik situasi itu.
YOU ARE READING
jejaka sejuk beku
Short Storyhello! aku perkenalkan diri aku nama aku Nurul Zafirah dan ini kisah ku bersama jejaka sejuk beku. aku seorang gadis biasa lepasan STPM yang bekerja sementara menjadi cleaner di sebuah syarikat swasta bagi mengumpul duit untuk menyambung pelajaran...