"Ali, Ali... Kau akan jatuh tak lama lagi". Lelaki bersut hitam itu tersenyum sinis didalam pejabatnya.
"Engkau tidaklah cerdik mana... Tender senang begitu pun kau boleh terlepas... Sungguh kesian". Dia kembali bersuara.
"Nasib baik ibu bijak hasut ahli lembaga pengarah yang lain". Wanita itu menghirup kopi yang dihidangkan.
"Dia memang tak patut ada dalam syarikat ini. Dia hanya akan merosakkan syarikat ini sahaja". Sampuk seorang lagi wanita.
--------
"bie... you have any problems?" Ali yang termenung aku hampiri. Aku labuhkan. Duduk di sebelah kiri Ali.
"Bie di pecat". Mata aku terbuntang. Aku pandang dia yang masih menundukkan wajah.
"Macam mana boleh kena pecat". Ali aku tarik untuk pandang aku.
Dia pandang aku dengan wajah keruhnya. Mata kami bertembung. Pipi aku dia usap dengan tangan kasarnya.
--------
Pintu di ketuk dan tersembul wajah Emy. Dia berjalan kearah meja dengan nota di tangan.
"Bos, ahli lembaga pengarah telah buat mesyuarat tergempar pada hari ini jam 10 pagi nanti". Ali yang sedang menyemak kertas kerja mengangkat wajah.
"Okey". Ujar Ali sepatah. Emy mengangguk dan terus keluar dari bilik.
Ali tilik jam pada pergelangan tangan kirinya.
Lagi 10 minit tepat jam 10. Ali kemas mejanya sebelum bangun dan keluar dari bilik.
Emy bangun dari duduknya dengan buku nota dan pen ditangan.
Emy mengikuti langkah ali ke arah lif untuk pergi ke bilik mesyuarat yang berada di tingkat 5 bangunan.
--------
"Ali. Kamu seorang lelaki yang cerdik dan cergas tapi kebelakangan ni kenapa prestasi kamu menurun?" Soal datuk Qoyyum. Ali pandang lelaki tu itu tanpa kata.
"Dulu kami ingat pilihan Tan Sri Imran betul rupa-rupanya dia tersilap". Sampuk seorang lagi ahli lembaga pengarah.
"Sudah 3 kali kamu hilangkan tender berbilion ringgit... Kalau lagi sekali kamu buat begitu, habislah syarikat yang dibangunkan arwah Imran". Lelaki yang beruban disebelah Datuk Qoyyum pula bersuara. Ali diam menelurkan meja. Emy disebelah turut diam.
"Kami kecewa dengan kamu Ali". Wanita bertudung disebelah Emy pula bersuara.
"Kita tak boleh biarkan syarikat ini bankrup... Kita ikut cadangan saya tadi". Balas seorang wanita separuh abad yang tidak bertudung itu.
Datuk Qoyyum dan yang lain diam. Lelaki disebelah datuk Qoyyum mengeluh perlahan.
"Maaf Ali... Kami terpaksa pecat awak". Ali angkat wajah. Satu persatu wajah dihadapannya dia pandang.
Dia tersenyum sinis, wajah wanita tua yang tidak bertudung itu dia pandang lama sebelum bangun.
"Maafkan saya telah mengecewakan kalian semua. Terima kasih kerana buat pilihan yang tepat. Jangan risau atuk pasti takkan kecewa dengan pilihan ini kerana saya turut kecewa dengan diri saya". Ali terus keluar dari bilik mesyuarat itu diikut Emy yang masih terkebil-kebil.
--------
Wajah Ali aku pegang dan aku dongak kan. Mata kami bertentangan dan aku hadiahkan senyuman pada wajah kosong itu.
"Tak apa... Mungkin tak ada rezeki bie dekat situ... Bie boleh mohon kerja dekat tempat lain... Mungkin lepas ni bie boleh kerja bahagian yang bie suka... Macam chef ke". Ali pandang aku dengan pandangan yang agak menyeramkan. Terus aku jarakkan diri dan tertawa.
YOU ARE READING
jejaka sejuk beku
Short Storyhello! aku perkenalkan diri aku nama aku Nurul Zafirah dan ini kisah ku bersama jejaka sejuk beku. aku seorang gadis biasa lepasan STPM yang bekerja sementara menjadi cleaner di sebuah syarikat swasta bagi mengumpul duit untuk menyambung pelajaran...