Aku tak sangka apa yang dia kata dia kotakan. Contohnya sekarang, aku sudah elok cantik berbaju kurung moden berwarna terqouse milik umi aku dan sedang duduk diatas pelamin mini hasil kreativiti kakak aku.
"Terima kasih sebab sudi terima anak ibu". Wanita separuh abad yang cantik ini membisikkan kalimah itu sebaik sahaja aku mengucup tangannya. Aku tersenyum dan mengangguk. Air mata yang mengalir dari wajah tua itu aku lap.
"Tolong bahagiakan dia, sayang dan cintai dia setulus hati kamu. Jangan lukai dia Nurul, ibu tahu Nurul orang yang tepat". Aku mengangguk lagi. Tubuh itu aku dakap erat.
Mata aku terpandang Ali a.k.a bos yang sedang merenung aku dari pintu utama. Dia yang terperasan aku juga memandang kearahnya terus beredar.
Si ibu melepaskan rangkulan. Aku tersenyum dan kami sama-sama bangun. Tangannya pantas aku pimpin untuk keluar dan menjamu selera di khemah luar.
------
"Putih!"
"Hitam!"
"Putih!"
"Hitam!"
"Putihhhhhh!" Aku memeluk tubuh sambil memalingkan badan membelakangi encik bos. Tukang potong kain yang berada di sebelah kami sudah kehairanan."Weh! Apa korang ni bergaduh dekat sini... Malu dengan orang potong kain ni". Aku dan Ali memandang gadis yang sedang berdiri sambil memegang pembaris dan gunting itu. Dia tersenyum.
"Saya nak hitam, hitamlah". Mencerlu mata aku memandang lelaki tinggi lampai ini.
"Merepek apa kahwin pakai warna hitam... Ingat berkabung ke?" Soal aku dengan nada marah.
"Bila masa pula hitam je berkabung. Hitam elegant ok". Aku julingkan mata ke atas.
"No way... Putihlah nampak suci". Ujar aku mempertahankan warna yang aku inginkan.
"No... No... No. Adik potong kain warna hitam ni 10 meter" arah Ali tanpa persetujuan aku.
"Hey! Yang putih adik... Jangan ikut cakap abang ni... Mereng je". Aku lihat adik ni dah pening. Dia yang mula mengukur kain terhenti kerjanya.
"Saya yang bayar... Jadi ikut warna saya". Wajah bengis ditunjukkan. Ingat aku takutlah tu.
"Saya yang jahit jadi ikut warna yang saya nak". Aku bercekak pinggang memandang dia. Walaupun aku pendek dan kecil berbanding dia yang besar dan sado itu, ingat aku takut.
"Stop it. Apa kata kita ambil je dua-dua. Campur je kan senang. Putih ada hitam pun ada.
"Mana boleh nanti jadi warna taik cicak". Kami berpandangan sesama kami... Ops! Terkeluar pula ayat yang sama sebijik dengan encik tunang.
"Haish! Tutur kata dan sefahaman. Ini warna baju tak sefahaman.
"Saya nak balik... Malas nak pergi pilih warna baju nikah dengan awak". Terus tangan timah aku tarik untuk keluar dari kedai kain itu. Terkulat-kulat timah mengikuti langkah laju aku.
Tukang potong kain itu sudah terkedu melihat aku. Ali turut tercengang. Lantak situ. Malas aku nak fikir.
---------
Hari pernikahan ku tinggal lagi seminggu dan aku sudahpun berhenti kerja kira-kira sebulan yang lepas. Semua rakan-rakan kerja sedih dengan khabar itu lebih-lebih lagi di Emy. Tapi mereka berubah ceria apabila mengetahui sebab aku berhenti.
"Seriuslah zaff... Nak kahwin". Ujar Rina
"Alah! Aku baru nak Tackle kau". Aku jeling sahaja pada Ucop. Sengaja lah tu.
"Siapa bhai Bakal husband kau". Emy excited nak tahu.
"Adalah... Nanti aku bagi kad ok". Aku tertawa melihat masing-masing sudah muncung.
"Dah siap ke bajunya?" Soal umi menghilangkan segala lamunan aku. Lupa pula yang aku sedang menyiapkan tuxedo encik tunang.
Ya. Aku jahit sendiri baju nikah dan sanding kami. Nak tahu nikah aku warna apa? Nantilah time nikah korang tengok sendiri.
"Sikit lagi umi... Baju kurung umi dah siap tu. Cuba try. Ada dalam almari". Umi pantas berjalan ke bilik persalinan yang ada dalam bilik menjahit aku.
Beberapa minit kemudian umi memanggil aku.
"Ok tak ni". Soal umi sambil menayangkan bajunya dihadapan aku. Dia berdiri dihadapan cermin besar dalam bilik ini.
"Wah... Umi ke yang nak kahwin lagi sekali?" Umi menjeling aku.
"Banyaklah... Tu baju sanding dah siap belum?". Soal umi sambil berjalan kembali ke bilik persalinan.
"Sudah... Tinggal tuxedo je belum siap... Esok siap lah ni... Baju adik-adik PON dah siap". Terang aku. Aku berjalan kembali ke mesin jahit industri aku dan mula menjahit.
-----------
Zaff kau biar betul
Kau kahwin dengan bosWeh! Asal tak cakap
Bos tu bakal husband kauWow! Bila bercinta
Senyap-senyap yaKebabom la zaff
Boleh tundukkan nagaUish! Apalah bos nampak dekat kau zaff
Dan bermacam-macam lagi mesej dari group yang aku malas baca. Hati aku sudahlah berdebar. Lagi sehari aku akan bertukar status dari single ke wife.
Ni mesti encik tunang dah bagi kad kenduri yang aku suruh dia bagi pada staff ofis.
Datang ya hari Sabtu ni... Jumaat lepas solat Jumaat aku nikah. Siapa nak tengok PON boleh datang je
Hanya itu yang aku mampu balas. Tidak tahu nak cakap apa dengan mereka. Stokin aku capai dan sarung pada kaki. Tudung sarung aku betulkan.
Pasti sudah ramai sanak saudara yang datang membantu. Segera telefon aku tinggalkan dan berjalan keluar dari bilik.
Nampaknya ruang tamu aku sudah cantik terhias pelamin yang besarnya kira-kira 15 kaki persegi bertemakan warna pastel.
Aku berjalan pula kearah bilik tetamu yang akan menjadi bilik pengantin aku. Tombol pintu aku pulas. Nampaknya cadar belum di pasang.
Pantas aku menghampiri katil dan beg yang berisi cadar pengantin berwarna putih itu aku capai. Lincah tangan aku memasang cadar tersebut.
Selesai aku memasang cadar, hantaran yang sudah siap digubah aku angkat dan letak diatas katil. Satu persatu hantaran yang berada di hadapan almari baju aku susun dengan cermat.
Usai menyusun hantaran dan aku berpuas hati, pintu kayu kembali aku tutup rapat sebaik sahaja kaki melangkah keluar.
Langkah diatur ke luar rumah. Nampaknya khemah sedang didirikan. Besar juga halaman rumah bapak aku ni. Boleh memuatkan 8 biji khemah saiz 20 kaki.
Malas mahu melihat pekerja-pekerja menurunkan kerusi aku masuk kembali ke dalam rumah. Dapur aku tuju. Pasti semua mak-mak dan anak-anak dara berkumpul disitu kerana riuh sahaja aku dengar.
"Sampai pun bakal raja sehari kita... Ingatkan takmau keluar bilik tadi". Ah sudah. Aku hanya tersengih. Punggung dilabuhkan di sebelah umi yang sedang menghiris nipis daging lembu untuk dimasak lusa.
"Solat tadi lepastu tertidur pula... Sedar -sedar dah pukul 5.30 tu yang terus solat asar baru keluar". Umi hanya menggeleng. Pantas pisau yang berada berhampiran aku capai dan daging aku hiris nipis.
"Cepat jugak ya kau jahit baju... Aku tengok penuh satu almari tu baju untuk kenduri ni je". Aku angkat bahu dengan pertanyaan makcik aku.
"Kena rajinlah... Penat juga Tuh. Timah mana umi?".
"Dekat bilik menjahit kamulah... Tengah iron baju-baju yang ada. Dari pagi tadi juga dia dekat dalam tu." Aku mengangguk faham.
"Nanti cakap dekat awan. Esok bos nak datang ambil baju-baju dia. Minta tolong awan bagi ya". Umi mengangguk.
YOU ARE READING
jejaka sejuk beku
Short Storyhello! aku perkenalkan diri aku nama aku Nurul Zafirah dan ini kisah ku bersama jejaka sejuk beku. aku seorang gadis biasa lepasan STPM yang bekerja sementara menjadi cleaner di sebuah syarikat swasta bagi mengumpul duit untuk menyambung pelajaran...