Kereta Ali berhenti di dalam sebuah garaj rumah agam yang agak lama tetapi masih tampak serinya. Aku pandang sekeliling sambil mencabut tali pinggang keselamatan yang aku pakai.
"Rumah siapa ni?" Soal ku sambil membuka pintu kereta. Ali pandang aku sambil menutup enjin kereta. Dia turut membuka pintu kereta dan keluar.
"Nanti awak tahu lah... Jom masuk". Ujarnya sambil menutup pintu kereta. Aku mengangguk dan mengikut langkah kakinya.
Terkedek-kedek aku mengejar langkah Ali. Tangannya aku sambar. Dia kelihatan terkejut ketika itu tapi dia biarkan sahaja aku memaut lengannya. Aku tersengih.
"Tuan muda... ini ke puan muda?" Soal wanita itu ramah. Ali mengangguk. Aku tersenyum kearah wanita tua itu."Silakan masuk puan besar sudah menunggu". Ali dan aku disambut mesra.
"Mummy". Wanita yang duduk di ruang tamu itu memandang kami. Dia tampak elegan walau duduk dirumah.
"Duduk. Ini ke isteri kamu". Wanita itu pandang aku atas bawah. Aku tersengih lalu menghampirinya.
"Assalamualaikum... Mummy apa khabar". Aku tundukkan sedikit badan untuk menyalami tangan tua itu.
Dia hanya memandang aku tanpa rasa untuk menyambut huluran tangan aku itu.
"Nurul Zafirah... Isteri Ali mummy". Ali tarik aku yang masih terkebil-kebil menghulur tangan kearah wanita tua dihadapan ku itu untuk duduk di sisinya.
Suasana menjadi sunyi sepi. Aku pandang wajah Ali kemudian aku pandang wajah wanita itu. Wajah Ali dingin. Aku tahu mana Ali warisi wajah dingin itu, dari ibunya yang berada di hadapan kami ini.
"Minum puan besar, tuan muda dan puan muda". Suasana yang agak janggal ini disapa Bibir yang datang membawa minuman. Aku membalas senyuman wanita itu sebelum dia beredar dari ruang tamu.
"Kau tak ada wanita lain ke nak buat isteri? Dari mana kau jumpa dia?" Mata aku membulat. Ali tunduk selepas memandang aku sebentar tadi.
"Tak kisahlah Zafirah dari mana pun tapi dia ikhlas terima Ali". Tangan Ali aku gapai dan usap lembut. Wanita itu tersenyum sinis.
"Ikhlas? Takkan ada yang ikhlas dengan kita dalam dunia ni, pasti mahu habuannya.. tambah perempuan macam ni, pasti dari kampung, kolot". Mata aku sudah membulat.
Penumbuk aku genggam namun Ali pantas menarik tangan aku. Aku pandang Ali dan dia gelengkan kepala.
"Kalau mummy tak sukakan Zafirah. Biar kami balik sahaja". Ali sudah bangun lalu menari aku untuk turut sama bangun.
"Ha! Baguslah... Pergi berambus, aku pun dah meluat tengok muka kau orang berdua. Takpayah nak pura-pura bahagia padahal semua tipu belaka... Kau dengan bapak kau sama sahaja". Aku sudah tidak tahan dengan mulut lancang ibu Ali bersuara.
"Mummy, stop it. Apa mummy merepek ni? Kami pura-pura cinta? Tak ada masa nak berpura-pura. Kami bahagia kami memang bercinta". Wanita itu tertawa.
"Dia cintakan kau?" Ditunjuk Ali menggunakan jari telunjuknya. "Bapak dia pun dulu cintakan aku, sangat cintakan aku tapi bapak dia tetap tinggalkan aku untuk perempuan lain. Itu yang kau panggil cinta?" Sinis dia berkata. Aku terus maju selangkah ke depan tapi pantas ditarik Ali
"Kalau betul pun bapak suami saya tinggalkan mummy tak bermakna Ali akan tinggalkan saya. Jangan samakan semua lelaki bila mummy pernah dilukai seseorang lelaki".
"Darah yang mengalir dalam badan budak ni darah bapak dia... Darah orang yang curang... Pasti dia besar dengan darah itu. Lagi satu, budak ini pembawa malang, malapetaka, aku benci dia, benci... Pembunuh. Kau bunuh ayah aku..." Aku potong kata-kata wanita itu.
"Mummy! Apa yang mummy merepek ni". Aku tutup telinga Ali menggunakan kedua tapak tangan aku.
Aku tidak mahu dia dengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulut ibunya sendiri. Pasti hati Ali terluka sekali.
Aku terus menarik Ali keluar dari rumah agam ini tanpa menghiraukan wanita tua itu. Ali hanya diam dan mengikuti langkah ku.
Kunci kereta dalam poket seluar Ali aku ambil dan Ali aku dudukkah pada tempat duduk penumpang hadapan. Aku melangkah ke tempat pemandu.
Pertama kali aku akan memandu kereta mewah ini. Aku pandang Ali yang sudah aku pakaikan tali pinggang keselamatan. Dia masih diam tidak berkutik.
Dengan lafaz bismillah aku memulakan pemanduan.
---------
Aku menoleh ke sisi apabila mendengar esakan kecil. Ali menangis. Astagfirullah. Segera aku memberhentikan kereta di bahu jalan.
Tali pinggang keselamatan yang terlilit di badan aku dan ali, aku buka. Terus Ali menarik aku kedalam dakapannya. Aku terkedu.
Esakannya semakin kuat dan aku usap belakang badannya.
"Mummy benci saya, dia tak pernah sayangkan saya. Dia benci saya". Hanya itu ayat yang Ali ulang.
"Saya sayang awak... Saya akan sayangkan awak sampai bila-bila". Pelukan aku leraikan dan aku pegang wajahnya yang basah dengan air mata.
"Saya pembawa malang". Dia kata begitu sambil menatap mataku. Mata aku mulai berkaca. Air matanya aku lap lalu aku geleng kepala.
"Awak tuah bagi saya. Awak sentiasa bahagiakan saya". Teganya seorang ibu berkata begitu pada anaknya.
Hati aku masih sakit mendengar cacian wanita tadi. Pasti Ali lagi terluka.
---------
Aku selimut kan Ali sebelum melangkah ke balkoni. Malam ini bintang dan bulan menghiasi dada langit.
"Allah, masalah apa yang dilalui dalam hidup suamiku. Sakit apa yang dia rasa". Aku mendongak memandang bulan.
"Ali Saifuddin, akan aku munculkan sinar bahagia dalam hidup mu. Akan ku padam mimpi buruk yang mengganggu lenamu, akan aku hapus air mata kedukaan dari wajahmu kerana kau adalah kiriman terindah dari Allah buatku". Kataku dengan penuh semangat.
"Mummy. Ali tak salah... Ali minta maaf". Aku segera berlari ke dalam bilik. Dan katil aku rapati.
"Ali, awak mimpi ni". Aku peluk Ali sekejap-sekejap nya.
Sudah beberapa hari selepas insiden dirumah agam itu, Ali sering meracau-racau dalam tidurnya.
Ali terjaga. Dia terus bangun duduk dan memandang sekeliling. Aku peluk dia.
"Sorry kacau awak tidur". Ujarnya lalu aku menggeleng kepala.
"Saya belum tidur... Awak tidurlah balik". Dia mengangguk kepalanya dan kembali berbaring.
Aku selimut Ali kembali sebelum dia memejamkan mata. Aku pandang wajahnya itu.
Lama juga baru aku baring disisinya. Aku menghadap syiling rumah. Tangan aku pegang selimut yang menutupi tubuh hingga ke paras dada.
Dengkuran harus yang datang dari Ali membuatkan aku pusingkan tubuh mengiring menghadapnya.
Ali turut mengiringkan badan menghadap aku. Aku tersenyum melihat wajah polos itu.
Tenang sekali wajahnya ketika tidur, tapi aku boleh nampak dari raut wajah tenangnya itu, betapa dia terluka dengan kisah hidupnya.
Aku pejamkan mata selepas membaca doa tidur. Esok perlu bangun awal
YOU ARE READING
jejaka sejuk beku
Short Storyhello! aku perkenalkan diri aku nama aku Nurul Zafirah dan ini kisah ku bersama jejaka sejuk beku. aku seorang gadis biasa lepasan STPM yang bekerja sementara menjadi cleaner di sebuah syarikat swasta bagi mengumpul duit untuk menyambung pelajaran...