13

699 31 0
                                    

"malam ni tak payah masak. Saya nak bawa awak keluar, ada event". Ujar Ali apabila aku menyalami tangannya.

"Annual dinner ke? Tema apa?" Aku kalau dengan event ke annual dinner ke memang laju. Dari dulu lagi masa dekat sekolah and kolej lagi.

"Masquerade". Ujarnya sepatah sambil memakai kasut kulit.

"Baju saya ada... Tapi topeng tak ada". Pintu aku peluk sambil memandang Ali yang sudah bangun dari bangku yang memang disediakan khas untuk dia pakai kasut.

"Saya uruskan hal tu". Aku tersenyum dan mengangguk.

"Hati-hati... Buat kerja elok-elok Jangan rindu saya". Aku melambai Ali yang sedang mengunci kembali mangga pintu grill. Ali jongket kening sebelum beredar.

----------

Aku sarung sehelai dress A Line berlengan panjang  dan mempunyai dua lapisan, lapisan dalam dan lapisan luar yang terbelah. Dress menggunakan material berkilat itu terletak cantik pada tubuhku. Dress berwarna silver itu menaikkan lagi seri warna kulit aku.

Bedak powder aku capai selepas menyapu serum dan  UV cream pada wajah. Lipstik warna peach aku ambil dan oles sedikit pada bibir. Selesai.

Aku pusingkan tubuh dihadapan cermin di dalam closet. Dress itu ikut beralun. Inner tudung aku pakai sebelum mencapai shawl labuh. Ku lilit kemas shawl labuh itu pada kepala ku.

Tinggal stokin dan handsock yang belum aku sarung.

Aku melangkah keluar selepas menutup lampu dan aircond dalam closet tersebut.

"Ali sudah duduk di birai katil dengan tuxedo hitam berkilat yang tersarung indah di tubuhnya. Pasti dia sedang menunggu masuknya waktu maghrib. Dia toleh memandang aku dengan wajah bersahaja.

Aku Duduk jauh sedikit darinya kerana tidak mahu membatalkan air sembahyang kami. Stokin dan handsock yang aku bawa dari closet aku sarung padan kaki dan tangan.

Kami berbalas pandangan sehingga azan berkumandang dari telefon milik Ali.

------------

"For you". Topeng muka berukir cantik berwarna silver Ali hulurkan buatku sebaik sahaja kereta berhenti di hadapan hotel mewah.

Terdapat 3 helai bulu ayam dan beberapa kuntum bunga kecil di sisi kiri topeng itu

"Thanks". Pantas topeng muka itu aku ambil dan ikat pada wajah.

Selesai mengikat tali topeng tersebut aku menoleh kearah Ali. Dia juga sedang memakai topeng dengan ukiran yang sama seperti topeng aku cuma dia punya berwarna hitam dan tiada bulu ayam atau bunga-bunga kecil di sisi kirinya.

"Done?" Soalnya dan aku mengangguk. Kami keluar dari kereta bersama-sama.

Aku memaut lengannya sebelum kami jalan beriringan masuk ke lobby hotel mewah itu.

Aku agak terpegun tapi aku buat selamba. Ali di sisi sudah menarik aku menuju ke dewan besar hotel ini.

"Mengumumkan ketibaan pemilik syarikat Inspirasi holding sdn berhad, encik Ali Saifuddin bersama isterinya, Puan Nurul Zafirah". Aku sudah terkejut bila nama aku diumumkan. Patutlah tadi orang depan pintu tu minta kad undangan kami.

"Jom". Terus Ali menarik aku yang masih terkaku berjalan diatas red carpet. Flash camera sabung menyabung.

Serius aku terkedu. Tak pernah aku pergi annual dinner macam ni, mewah, exclusif.

Kami duduk di meja yang ada kad nama kami. Aku pandang Ali dengan pandangan tidak percaya.

"Muka cover sikit... Camera man banyak ni". Terus aku tersedar dan membetulkan balik riak wajah ku.

"Apasal mewah sangat majlis malam ni? Saya tak selesa lah". Ali tersenyum nipis sambil mengusap belakang tangan kiri aku yang ada atas meja. Memberi maksud 'jangan risau saya ada'.

Selesai sahaja acara formal, mereka semua mula bergerak berjumpa rakan business yang lain termasuklah Ali dan aku tinggal seorang diri di sini.

"Zafirah". Aku yang sedang menyibukkan diri dengan telefon mengangkat wajah.

Seorang lelaki bertuxedo putih duduk di kerusi Ali. Aku terus menjarakkan sedikit kerusi aku dari lelaki itu.

"Yes. Who are you?" Soal ku membuatkan lelaki itu tersenyum. Aku kerut dahi.

"Dani Irshad Dato' Razak". Tangan dia hulur untuk bersalam aku pandang sepi. Dia yang sudah termalu sendiri menarik tangan kembali.

"Sorry, tak kenal". Jawab aku selamba sambil kembali fokus pada telefon.

"Macam mana awak boleh sangkut dengan Ali? Diakan beku, tak layan perempuan... Kayu". Aku pandang lelaki itu sambil jongket kening sebelah. Senyuman senget aku hadiahkan.

"Saya minat lelaki beku macam ais daripada lelaki buaya darat". Ujar aku perlahan tapi tegas. Mata aku tajam menusuk mata lelaki itu.

"Dani Dato'Razak". Rasa dingin suara yang menyebut nama itu. Aku toleh ke belakang dan bangun dari duduk.

"Ali Saifuddin". Dani bangun dari duduknya dan bersalam dengan Ali. Ali menyambut huluran tangan itu dan memaut bahu aku yang sudah berdiri dengan tangan kirinya.

"Kenalkan my wife, Nurul zafirah". Ali menunjukkan aku dan aku tundukkan sedikit diri aku sebagai tanda hormat.

"Kami dah berkenalan tadi". Pura-pura ramahlah tu. Aku menjeling nya sedikit.

"Oh. Baguslah, by the way... Saya nak kenalkan awak dengan tuan punya event ni, jom". Terus sahaja aku ditarik meninggalkan Dani keseorangan.

"Nasib awak datang tepat pada waktunya... Kalau tak mahu dah lebam mata dia tu". Ali masih lagi merangkul bahu aku.

"Saya nampak tadi, tu saya datang". Ali membawa aku menghampiri beberapa orang lelaki yang sudah agak berumur.

"Tan Sri Abdul, datuk Fauzi, Tengku Saari... kenalkan isteri saya, Nurul Zafirah". Aku tundukkan sedikit badan sebagai tanda hormat.

"Pandai kamu pilih isteri Ali". Ujar Tan Sri Abdul sambil tersenyum.

"Ali ni baik budaknya, cerdik dan cergas... Untung kamu dapat dia" datuk Fauzi pula berkata. Ali sudah masih membekukan wajahnya. Aku sudah tersengih sengih.

"Melepas saya... Kalau awak tunggu setahun lagi boleh jadi menantu saya". Ujar Tengku Saari pula membuatkan mata aku terbeliak. Tapi aku masih lagi tersenyum.

"Ali dah selamat beristeri... Tengku kena cari orang lainlah". Ujarku cuba melawak. Haraplah dia tak terfikir kearah situ.

"Itulah... Susah nak jumpa budak macam Ali ni".

"Ada-ada sahaja semua... Saya dah nak kena balik ni... Dah lewat sangat ni... Isteri saya tak biasa tidur lewat". Aku ketap bibir sambil memandang Ali.

"Hahaha... Betullah tuuu". Aku cubit pinggangnya geram.

"Kamu datang ni pun dah kira untunglah... Terima kasih datang ya". Ali bersalaman dengan mereka bertiga sebelum menarik aku keluar dari kereta.

Topeng muka kami buka sebaik sahaja kaki berada di parking lot.

"Ali". Langkah kami terhenti. Kami menoleh.

"Pergi masuk kereta dulu". Kunci kereta Ali hulurkan pada aku. Aku mengangguk. Wajahnya kelihatan tegang.

"Daddy ajak datang rumah". Aku menoleh sedikit.

Langkah aku teruskan apabila aku terlihat wajah Ali yang sedang merenungku. Kunci kereta aku buka dan enjin aku hidupkan.

Aku melangkah masuk ke tempat penumpang hadapan. Ali dan lelaki asing yang berada beberapa meter dari kereta kami itu aku pandang.

"Daddy? Ayah Ali ke? Tapi siapa lelaki tu? Abang dia? Ke adik dia? Tapi Ali anak tunggal" Soal aku sendirian.

Aku terdiam apabila Ali memasuki perut kereta. Tak berani pula nak bertanya sebab wajah Ali sudah berubah keruh.

Jadi aku ambil jalan selamat, diam dan pura-pura tidur.

jejaka sejuk bekuWhere stories live. Discover now