Aku pandang Ali melalui pantulan dari cermin besar dihadapan ku itu. Sekarang kami berada di bilik persalinan yang terdapat di dewan resepsi. Aku tersenyum melihat wajah beku itu menyarung songket hijau zamrud. Ya, aku berjaya memujuknya memakai pakaian berwarna lain selain hitam.
Nak tahu macam mana? Takpayahlah, panjang ceritanya. Lagi beberapa minit sahaja kami akan berarak ke dewan besar.
Majlis resepsi perkahwinan bertemakan tradisional ini adalah pilihan mama tiri Ali.
Alhamdulillah, Ali berjaya aku lembutkan hatinya agar memaafkan daddy dan mama.
"Jom... Semua dah ready ni". Muncul seseorang dari muka pintu.
Kami berpandangan sesama kami sebelum berjalan beriringan keluar dari bilik persalinan itu.
---------
Selesai sudah majlis resepsi perkahwinan kami. Dan sekarang kami sudah pulang kerumah.
Umi, abah dan adik beradik aku turut ikut pulang ke kondominium Ali.
Aish yang berada di dalam dukungan ku aku suap buah. Berselera sungguh budak gemuk ini.
Mana adik-adik aku yang lain, pastinya di dalam kolam renang di rumah ini.
Ali sedang bersembang-sembang dengan umi dan abah di ruang tamu.
Aku malas nak join jadi aku duduk dapur sambil melayan kerenah Aish yang makin membesar ini.
"Piah, asal tak join diaorang mandi". Aku yang sedang ralit melihat Aish mengunyah buah angkat wajah.
"Malaslah... Aku dah selalu dah berenang dalam kolam tu. Kau asal tak join laki kau?"
Che! Selalu sangat. Selalunya Ali yang tarik aku padahal aku tak mahu.
Along duduk di hadapan ku.
"Aku pun malas". Lama suasana diam begitu.
"Kau cuti lama ke?" Soal ku memecahkan kesunyian antara kami.
"3 hari je... Aku mana boleh cuti lama-lama, banyak kerja... Besar juga rumah kau ni... Tapi asal semua warna hitam.... Kalau warna lain pun ada silver je and cream sikit-sikit". Aku tertawa kecil.
"Itu kau kena tanya husband aku... Suka nau dia dengan warna hitam... First time aku masuk sini pun aku terkejut beruk tau". Aish pegang pipi aku bila aku lambat suap dia buah.
"Pelik ooo... Nasib bukan rumah aku.,. Eh syok tak duduk rumah besar ni?" Aku mencebikkan muka.
"Bosan... Isnin hingga Jumaat aku sensorang je sampai petang".
"Pregnant lah... Ada teman nanti". Aku jeling Along.
"Senang cakap... Ingat minta terus dapat ke". Along tertawa.
"Usaha lebihlah... Hari-hari". Mata aku membulat pandang Along. Nak kena tampar ini budak.
"Sudahlah kau... Merapu je... Jom Aish, kita pergi, tinggal ibu Aish ni". Aku usung Aish dan pinggan buah pelam keluar dari dapur.
Langkah aku atur ke ruang tamu dan duduk disebelah Ali. Aish yang tadinya ada dipangkuan aku terus panjat Ali. Nasib sahaja Ali layan juga budak ni walaupun dia dingin.
Along aku lihat sudah berjalan kearah suaminya yang sedang berendam.
--------
Aku meniarap sambil tersengih-sengih dihadapan laptop ku.
Klik! Pintu bilik yang bertentangan dengan katil tempat aku meniarap ini dibuka dan dikunci membuatkan aku gelabah.
Terus aku lipat laptop aku tanpa shut down. Ali pandang aku dengan wajah pelik.
"Tengok apa sampai bie masuk terus gelabah". Dia pandang aku dengan wajah ingin tahu tapi tetap dingin.
"Nothing, bie esok kena bangun awal kan? Baik tidur sekarang". Terus aku bangun dan membawa laptop untuk di simpan ke dalam closet ku.
"Esok kita lunch dekat luar". Kata Ali sebaik sahaja aku keluar dari closet aku.
"Boleh saja... Lega saya tak payah masak. Esok tengah hari saya datang pejabat bie ya". Aku panjat katil dan masuk dalam selimut.
"Hem". Ali pejam mata. Aku pandang dia. Beberapa saat kemudian dia sudah berdengkur halus.
"Hailah husband... Cepatnya bie tidur ya". Aku pejam mata aku dan tidur juga tapi tak adalah secepat dia.
---------
Dum!
Terjaga aku dari tidur apabila terdengar hempasan pintu. Aku bangun dari baring dan menegliat kecil.
"Emy, panggil semua yang terlibat dalam projek villa kayangan ke pejabat saya sekarang... 5 minit" aku pandang Ali yang berwajah bengis di meja kerjanya.
Nampaknya dia masih tidak perasan kehadiran aku dalam bilik ini, mungkin aku kecil sangat and kedudukan sofa yang agak terlindung darinya.
Aku masih diam melihat telatahnya. Beberapa minit kemudian bunyi pintu diketuk.
"Bos, pekerja yang terlibat dengan projek villa kayangan sudah sampai". Masuk Emy selepas mengetuk pintu. Dibelakangnya terdapat beberapa orang lelaki dan perempuan berpakaian formal.
"Come". Dingin. Sejuk. Beku. Bukan suara sahaja wajahnya pun sama. Aku sudah rasa tidak sedap hati.
Emy tutup pintu kembali apabila semua mereka yang terlibat sudah berdiri di hadapan meja Ali. Aku masih duduk di sofa sambil melihat Ali. Dia bagaikan gunung berapi hendak meletus.
"Macam mana idea kita boleh sama dengan syarikat Kencana Impian?" Soal Ali dengan nada biasa namun tegas. Semua pekerja dihadapannya diam membisu sambil menundukkan wajah menekur lantai.
"Saya tanya! Macam mana idea villa kayangan boleh sama dengan syarikat Kencana Impian?!" Terus melengking tinggi suaranya. Bahu aku sudah terhinjut mendengar jerkahan itu.
"Kami... Kami tak tahu encik..." Jawab seorang lelaki memberanikan diri.
"Macam mana kamu semua boleh tak tahu?!". Potong ali. Mata aku sudah membulat mendengar suara tinggi milik Ali.
"Kami dah buat yang terbaik encik...". Sampuk seorang lagi dari mereka.
"Syarikat hilang tender ini kerana kecuaian kalian... Kalian tahu kita rugi berapa? Bukan juta tapi billion... Billion!" Fail diatas meja Ali campak ke lantai. Aku terus bangun dari duduk.
"Maaf encik..."
"Maaf! Maaf! Awak cakap... Masuk ni sudah 3 kali syarikat kita hilang tender... Awak semua tak pandai buat kerja ke?!" Jerkahan Ali membuatkan aku menghampiri mejanya.
"Bie". Semua mata terarah padaku. Dapat aku lihat betapa marahnya Ali ketika ini. Wajah dingin itu menjadi merah walaupun dia tidaklah putih mana. Ali pandang balik pekerja yang tengah berdiri kaku didepannya itu.
"Sekali lagi benda ni terjadi saya pecat semuanya dari syarikat ini... Now, get out!" Semua terkocoh-kocoh keluar apabila Ali melemparkan kertas diatas meja kerjanya.
Aku pegang bahu Ali apabila dia sudah terduduk di kerusi.
"Bie... Relax lah... Teruk sangat awak marah ni". Bahunya aku picit lembut.
"Bila sampai?" Tubuh aku Ali tarik untuk berdiri di hadapannya. Pinggang aku dia paut sambil kepala di dongak kan untuk memandang aku.
"Tadi pukul 10 pagi.. sempat saya tidur dekat sofa". Aku tunduk sedikit kepala ku apabila bercakap dengan Ali yang sedang duduk.
"Lunch?" Ali bangun dari duduknya dan tangan aku dia tarik.
" Of course.. saya dah lapar sangat ni". Aku usap perut kempis aku.
Kami jalan beriringan keluar dari bilik. Waktu rehat pekerja sudah tiba jadi kebanyakan pekerja sudah tiada di meja bekerja mereka.
YOU ARE READING
jejaka sejuk beku
Truyện Ngắnhello! aku perkenalkan diri aku nama aku Nurul Zafirah dan ini kisah ku bersama jejaka sejuk beku. aku seorang gadis biasa lepasan STPM yang bekerja sementara menjadi cleaner di sebuah syarikat swasta bagi mengumpul duit untuk menyambung pelajaran...