FATIHAH NABILA | AIDID AQASHAH《Tentang kita yang terikat dengan percaturan takdir》
Assalamualaikum all! Akhirnya, terbit juga novel ni ❤ Pembelian boleh dilakukan di Shopee - kakinovel_official ❤️ ada diskaun 8% yayy!! Novel ini juga akan dijual...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Spaghetti carbonara love till Jannah is..done!"
Bersama senyuman aku menuturkan ayat tersebut sambil memadamkan api. Nak tergelak pula apabila tanpa dirancang bibir memberikan nama yang lovey-dovey pada spaghetti dalam kuali tu. Maklumlah, makanan ini aku masakkan khas untuk jantung hatiku. Haruslah nama resipi pun berbunga-bunga sampai syurga. Over kan? Sesekali apa salahnya!
Tangan lincah mencapai mangkuk kaca yang bersaiz sederhana besar dari dalam kabinet. Kemudian, spaghetti yang masih berasap di dalam kuali aku sendukkan ke dalam mangkuk untuk santapan aku dan bff merangkap teman serumahku si Puteri Nellina nanti. Setelah meletakkan mangkuk yang sudah pun penuh dengan spaghetti yang masih berasap ke atas meja, aku menutupnya dengan tudung saji. Pantas kaki berlari ke arah kabinet kayu berwarna putih sekali lagi. Busy benar lagak aku saat ini. Dah macam kat dalam masterchef! Bukan apa, mengejar masa. Tiffin aluminium 3 tingkat aku capai sambil bernyanyi kecil.
"Wow..sedapnya bau! Masak apa tu???"
Nasib tak terpelanting tiffin di tangan gara-gara terkejut disergah begitu. Aku terus mengangkat wajah ke arah Nellina yang sudah lengkap bersolek.
"Spaghetti carbonara love till Jannah." Jawabku sambil ketawa.
Sempat aku mengenyitkan sebelah mata ke arahnya yang memakai kemeja oversized berwarna biru pastel itu. Terus Nellina bertepuk tangan sambil ketawa besar sampai tertutup matanya.
"Amboi, romantik nama spaghetti kau ni. I like, i like! Nak sikit boleh??" Pintanya yang sudah mula menyentuh sudip di dalam kuali. Cepat-cepat aku bergerak ke arahnya.
"Nooo! Jangan kacau yang ni." Sudip aku rampas.
Berani dia nak sentuh spaghetti buah hati aku? Nellina mulalah tenung aku dengan pandangan tak puas hati.
"Sejak bila kau jadi kedekut ni? Selama ni aku ingatkan kau lah kawan paling pemurah yang aku ada tau! Semuanya kau kasi aje aku share!"
Dia dah buat ayat sentap! Terus aku ketawa kecil. Rambut yang terjuntai ke hadapan wajah aku raupkan ke atas. Nellina..Nellina!
"Jangan nak drama sangat boleh tak, Nelli? Tu..kau punya aku dah asingkan siap-siap kat bawah tudung saji tu." Ucapku yang sudah mula menyenduk spaghetti ke dalam tiffin sambil bernyanyi kecil.
Apa agaknya komen yang akan diberikan Qashah nanti? Mulalah bibir aku tersenyum manis.
"Thank youuu..sayang kau!" Kedengaran gadis tersebut menjerit riang. Terasa pipiku dikucup dengan tiba-tiba. Rimassss!
"Eeee gelilah!" Jeritku tak puas hati. Tapi bibir tetap juga tersengih melihat gelagat gadis itu.
Sambil menyenduk spaghetti ke dalam tiffin, aku terus menjeling ke arah gadis itu.Akhir-akhir ni, Nellina nampak berseri-seri. Dulu wajahnya sering dibiarkan polos. Kini, setiap kali nak keluar dia akan bersolek cantik. Hatiku mengatakan yang Puteri Nellina sedang dilamun cinta!