Kita bercinta sebab kita suka antara satu sama lain.
Sayang menyanyi antara satu sama lain.
Bila jauh rasa rindu dan sedih.
Bila dekat rasa bahagia.
Bila bersama rasa sempurna.
Kita tahu itu adalah kerana kita saling mencintai antara satu sama lain.
Mereka juga tahu.
Tapi akan kekalkah perasaan itu selamanya?
Di saat masa terus bergerak meninggalkan kita yang baru ingin melangkah satu tapak ke hadapan......
"Kau wajib ikut aku." Ulangnya yang keseratus kali. Aku mengecilkan mata memandangnya lepastu buat muka garang. Hampeh. Dia balas dengan buat muka yang sama.
"Jasmin... Aku tak nak ikut. Berapa kali aku nak cakap yang aku tak berminat tempat orang ramai macam tu." Keluhku. Kusutlah kalau ada kawan yang suka memaksa macam ni.
"Listen, Diya. Tempat aku ajak kau tu bukannya ramai sehingga cecah ribuan orang. Ada dalam ratus macam tu je. Dia anjurkan aktiviti melukis ramai-ramai kat tempat tu. Kan aktiviti ni tak pernah lagi ada orang anjur. Semua sekali dalam ratus orang tu melukis ramai-ramai sekaligus. Interesting, right? Sambil-sambil tu boleh cuci mata." Jasmin ketawa menampakkan lesung pipitnya.
"What? Cuci mata buat apa. Tak minatlah." Muka bosan aku tayangkan. Seriouslah.
"Adiya Natasya...." Jasmin senyum senget.
"What?" Aku buat muka hendak tak hendak je.
"Kau dah lupa apa yang Tok Wan suruh?" Jasmin angkat keningnya yang lawa.
"Kenapa dengan kau ni."
"Bukan Tok Wan suruh kau cari bakal suami untuk dikahwinkan ke?" Kali ni dia senyum nakal. Mata aku terbuntang.
Erk.
Pasal tu....
Perjumpaan dengan Tok Wan beberapa hari lepas terbayang semula.
"Apa Tok Wan?!" Aku terbangun kerana terkejut.
"Mak aih. Takkan tak dengar Tok Wan pot pet dari tadi kat kamu. Telinga tu Tok Wan syak dah seminggu tak korek." Dengan selambanya Tok Wan memerli.
"Tok Wan... Kenapa tiba-tiba je suruh Diya cari pasangan untuk kahwin ni?" Aku menggaru kepala yang ditutupi tudung.
"Ouh... Kamu nak Tok Wan tolong carikan? Boleh je. Kamu cakap Je nak yang macam mana. Hah, tulis kat kertas ni..." Kertas putih dihulur depanku. Aku tengok Jasmin di tepi Tok Wan dah ketawa mengekek. Ish dia ni. Bukannya nak tolong. Geram aku.
"Tok Wan, tu bukan masalahnya. The problem is kenapa kena kahwin? Diya muda lagi kut baru 23." Aku tunjuk muka kesian.
"Umi kamu dulu kahwin masa umur 18 tau. Kan, Yam?"
Aku pandang Umi yang mengangguk. Umi hanya pandang aku dengan senyuman manis.
"Tok Wan... Zaman dulu dan sekarang berbeza. Takkan Diya kena ikut cara orang dulu-dulu jugak. Diya baru start kerja. Nanti nak buat majlis kena pakai duit banyak." Tolonglah, ni dah 2020 okeh?
"Ada Tok Wan suruh lepas kamu cari bakal suami kamu tu, kamu terus kahwin? Tak ada kan... Kamu cari dulu yang sesuai, kenal-kenal dulu lepastu baru kahwin. Lagipun Tok Wan kan ada. Tok Wan boleh nak sponsor satu-satunya cucu perempuan Tok Wan nak buat majlis kahwin."
"Tok Wan, habistu Jas? Jas pun nak Tok Wan sponsor jugak macam Diya." Aku pandang dengan geram bercampur sakit hati Jasmin yang memegang tangan Tok Wan dan menciumnya. Budak ni langsung tak membantu. Umi pun sama. Huaaa.
"Cepat dapat menantu cepatlah umi dapat cucu." Umi bertepuk tangan gaya kanak-kanak riang. Dengar ayat umi terus buat aku rasa nak pengsan.
Cucu???
Tak mungkin......!
Bersambung🍥
YOU ARE READING
Dream Book 1: First Love
Short StorySekadar mencurahkan cerita yang datang dari mimpi. Olahan semula mimpi menjadi sebuah cerita. Cerita pendek je jemput baca~ Sebelum Baca Mohon Faham: 1. Ayat tunggang langgang 2. BI tah pape 3. Jalan cerita mengarut&tak logik 4. Cliche 5. Vote&co...