"Diya, kau memang degil kan? Aku dah suruh kau cari bakal suami tapi kau duduk rilek brader brader rilek."
Aku terkebil-kebil memandang Tok Wan yang sudah merah mukanya menahan amarah. Sejak bila Tok Wan bahasakan 'aku-kau' ni bukan selama ni Tok Wan cakap dengan aku guna 'kamu' ke?
"Aku tak sanggup lagi nak hadap kau. Tak sanggup nak dengar orang kampung gelar kau ni anak dara tua. Aku malu tahu, tak? Kalau kau tak nak kahwin, baik kau mati sajalah! Nampak parang ni?" Badan aku menggeletar apabila Tok Wan mulai naik hantu. Aku perhati sekeliling. Gelap. Tak sedar aku ada dalam hutan. Ya Allah, nak lari macam mana langsung tak nampak jalan keluar.
"Tok Wan bawa mengucap Tok Wan. Kalau Tok Wan nak suruh Diya kahwin, ok Diya ikut cakap Tok Wan. Diya kahwin kalau itu yang Tok Wan nak tapi tolong Tok Wan jangan apakan Diya." Aku berundur kebelakang bila Tok Wan mula mara ke depan. Badan menggigil, air mata usah cakap turun macam hujan.
"Pembohong! Aku tak percaya, aku nak bunuh kau!" Tok Wan berlari menuju ke arah aku.
Aku menutup mata.
TIDAAAKKKK
PANG!
"Aduh..." Aku memegang pipi yang pedih.
"Hah, bangun pun. Ingat dah mampus tadi. Asal kau membuta kat sini? Kita datang sini bukan nak tidur."
"Jasmin, tolong aku! Kau kena tolong aku!" Aku menggoyang-goyangkan badan Jasmin sampai dia jadi pening.
"Apahal kau ni? Gila ek?" Jasmin mengguling mata.
"Kita kena cari bakal suami untuk aku. Aku mimpi Tok Wan nak bunuh aku tadi sebab aku tak buat apa yang dia suruh." Suara aku yang cemas menaikkan kerutan di wajah Jasmin.
"Dasyat mimpi kau. Takkan Tok Wan nak buat macam tu. Kau satu-satunya cucu perempuan dia. Mimpi bukan betul sangat. Mainan tidur." Jasmin jentik dahi aku.
"Aduh. Janganlah jentik. Tapi aku rasa mimpi tu macam real. Ah, aku tak kira aku kena cari jugak kalau tak kemungkinan mimpi aku nak jadi nyata sangat tinggi." Berparut sudah dahi aku yang cun ni. Takguna punya kawan.
"Nak buat apa? Aku on je."
"Kita cari kat sini. Sekarang!"
Jasmin garu pipi.
Let's go!
*****
"Diya, kalau yang tu? Haa kat sana pun ok jugak. Yang hujung sana nampak elok."
"Jas..." Aku merenung ke dalam anak mata Jasmin yang bewarna coklat itu. Muka Jasmin kalau sekali tengok memang macam muka kacukan gitu. Maklumlah dia ada kacukan omputih. Mak dia omputih, ayah dia melayu.
"Diya dah berapa lama kita tercegat macam beruk tunggu makanan kat sini. Kau nak yang macam mana sebenarnya aku letih ah macam ni. Sebelum aku yang jadi beruk baham kau baik kau cepat." Jasmin tayang muka bosan.
"Sabarlah. Yang kau tunjuk tu langsung tak menepati kriteria lelaki idaman aku tau tak." Bukan setakat tak menepati tapi langsung tak kena. Ada ke patut dia tunjuk yang bapak-bapak pada aku. Tak pasal-pasal biji mata aku kena cungkil dek bini dorang. Aku syak dia pilih ikut citarasa dia bukan aku. Ceh, macam nak pilih ikan pulak rasanya. Heheh.
"Kau tu memang memilih sangat. Semua benda nak memilih. Makanan, pakaian, haa semua bendalah..." Jasmin cubit ketam tangan aku.
"Aduh. Sakitlah... Kau tahu tangan kau ni bisa, ngok." Aku menggosok lengan aku yang merah. Merah dah tangan aku yang putih ni. Huaa.
Jasmin jelir lidahnya yang panjang. Ei lidah cam ular. Takut saya kalau kena sengat. HAHAHAHA.
"Eh Diya. Ada aiskrimlah."
Aku tengok ke arah yang ditunjukkan oleh Jasmin.
"So?"
"Dah, kau pergi beli aiskrim kat aku."
"Eh? Asal aku pulak yang kena beli?" Aku bercekak pinggang.
"Tak nak sudah. Aku nak balik kau carilah sorang-sorang bakal suami kau tu." Jasmin ingin beredar namun dengan pantas aku menarik tangannya.
"Ish. Yelah, aku pergi beli. Bak duit." Muncung itik aku tayangkan. Geram betul dengan dia ni.
"Kau belanja."
Ewah, ewah. Dah paksa orang beli, suruh belanja pulak. Banyak cantik!
"Tunggu sini." Kataku tegas dan melangkah terpaksa ke arah penjual aiskrim. Sempat aku melihat Jasmin yang sudah sengih nakal. Cis, takguna!
Aku tengok aiskrim strawberi di tangan kanan dan aiskrim vanilla di tangan kiri dengan senyuman. Sekali-sekali melantak natang ni ok jugak. Heheh. Aku ucap terima kasih kat pak cik penjual aiskrim tu sebelum berjalan menuju ke tempat Jasmin. Dari jauh aku tengok Jasmin yang elok menyandar dengan matanya yang pejam ke sebatang pokok. Eh, eh dia ni bagus sangat eh.
BUKK!
"Sorry, sorry. Tak sengaja."
Bersambung🍥
YOU ARE READING
Dream Book 1: First Love
Short StorySekadar mencurahkan cerita yang datang dari mimpi. Olahan semula mimpi menjadi sebuah cerita. Cerita pendek je jemput baca~ Sebelum Baca Mohon Faham: 1. Ayat tunggang langgang 2. BI tah pape 3. Jalan cerita mengarut&tak logik 4. Cliche 5. Vote&co...