10(Last)

0 0 0
                                    

➡️ Bab ni akan jadi panjang sebab last. Enjoy read~

"Wah! Rindunya tempat ni..." Aku berpusing-pusing macam cinderella.

"Ceh, haritu siapa tah yang nak lari tak nak pergi..." Kata Jasmin dengan nada meleret.

"Tu dulu..." Aku memuncung bila Jasmin memerli.

"Dulu, sebelum jumpa cinta hati kan? Bila dah jumpa, rasa nak datang selalu kan?" Jasmin sengih ada makna.

Aku mengangguk mengiyakan.

"Eh, jom duduk kat bangku tu." Ajakku.

"Ni bukan tempat masa mula-mula kau bercakap dengan Dani ke?" Jasmin melabuhkan punggung di tepiku.

"Ha ah. Serious tempat ni bawak semula memori aku dan dia. Bila ingat balik rasa kelakar pulak. Tapi aku bersyukur kalau aku balik sungguh dulu mesti aku tak jumpa Dani." Aku memandang suasana karnival yang makin penuh dan sesak dengan pengunjung.

"Betul. Aku gembira untuk kau." Jasmin pegang tangan aku dan tersenyum.

Aku menepuk-nepuk tangan Jasmin.

"Kau bila lagi nak kahwin?"

Jasmin mengeluh. Dia memang tak suka berbicara tentang topik kahwin. Katanya nak enjoy dulu.

"Janganlah tanya aku pasal kahwin. Ada jodoh adalah nanti..." Jasmin beri jawapan terbaiknya. Jawapan selamat.

"Dahagalah... Kau nak air tak? Aku pergi beli." Aku mengesat peluh yang mengalir di dahi dengan sapu tangan. Cuaca hari ini memang panas.

"Boleh jugak. Aku nak air milo."

Aku bangun dan bergerak ke trak makanan dan minuman.

Sampai je kat trak minuman aku perasan seseorang yang macam aku kenal kat bawah pokok jauh sikit dari trak. Bila perhati betul-betul aku terkejut.

Dani?

Tak. Aku tak terkejut Dani ada kat situ sebab dia bagitau dia akan datang. Yang buat aku terkejut adalah perempuan tepi Dani itu. Senyap-senyap aku mendekati mereka berdua. Dah macam spy pulak rasa. Aku bersembunyi sebalik pokok yang bertentangan dengan pokok mereka duduk. Dapat aku lihat mereka bergelak ketawa dengan mesra. Hati aku rasa lain. Tak pernah aku tengok Dani segembira macam tu ketawa memanjang. Dengan aku pun kadang-kadang je dia ketawa tu pun kalau dia rasa aku lucu. Muka dia nampak lain sangat. Macam muka orang bahagia. Tak macam masa dengan aku, muka dia biasa-biasa je. Aku intai perempuan tepi Dani pula. Cantik. Cantik sangat. Dia nampak elegen berpakaian blaus merah hati dan skirt labuhnya sehinggakan pakaian tu nampak cocok dengan dia. Auranya berbeza habis dengan aku yang biasa-biasa. Muka aku pun tak selawa perempuan tu. Hati mula nak berdebar-debar. Kenapa aku rasa tak sedap hati?

Entah macam mana aku terpijak seketul batu lalu jatuh tersembam ke depan.

"Aduh... Sakitnya..." Aku mengaduh. Nasib kat sini tak ramai orang kalau tak malu 7 keturunan aku. Agaknya dapat balasan sebab intai orang aish...

Aku menyapu debu-debu yang melekat di baju selepas bangkit. Selamat sebab tak luka apa pun. Cuma badan aku kebas-kebas.

"Adiya?"

Aku mengangkat muka apabila terdengar suara memanggil namaku.

Dani!

Aku tergamam dan  berdiri kaku macam patung. Rasa takut menyelubungi. Jap kenapa aku takut  bukan ke Dani bakal suami aku?

"Betullah awak. Saya ingat orang lain tadi. Tak sangka awak pun datang jugak. Awak, kenalkan ni Adiya. Adiya, ni Bunga."

Oh. Nama dia Bunga...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dream Book 1: First LoveWhere stories live. Discover now