"Adiya... Nak lauk tu..." Dani tunjuk lauk.
Aku memejam mata menahan sabar.
"Dani, ni dah kali keberapa awak tunjuk lauk itu, ini... Awak nak yang mana sebenarnya?" Suara aku jadi tinggi sebab geram. Mana taknya, aku nak makan pun tak boleh sebab dia asyik tunjuk nak lauk itu ini. Bila pilih lauk ni, nak lauk lain pulak. Pastu pilih lauk lain nak lauk yang tadi. Mana tak naik darahnya.
"Sorrylah. Saya tak tau nak makan mana satu sebab lauk Tok Wan dan umi buat semua sedap-sedap. Kalau saya makan lauk kari ikan, rasa rugi tak makan lauk udang masak lemak tu." Dani buat muka sedih.
"Then, awak makan dua-dua lauk senang. Campur je kuah tu tak pun, awak makan 2 round." Aku menjeling pastu sambung makan. Patah selera layan budak ni nasib kiut!
"Gemuklah saya makan banyak..." Dani muncung itik.
"Haa biar gemuk."
"Janganlah marah si Dani, Diya... Hormat sikit bakal suami kamu." Tok Wan sudah bersuara.
"Tok Wan, baru bakal suami... Bukan suami lagi." Balasku mengingatkan Tok Wan. Takut terlupa.
"Kamu ni bab menjawab memang nombor satu. Tak menjawab tak sah. Nanti-nanti jadi suami jugak. Kalau dari sekarang tak belajar macam manalah bila dah kahwin. Runsing Tok Wan..." Tok Wan pegang dahi.
Eh Tok Wan acah-acah pening.
"Bila dah kahwin nanti pandailah Diya kurung dia, Tok Wan..." Aku tunjuk senyuman jahat pada Dani. Dia hanya senyum.
"Tak sabarnya umi nak tunggu hari kamu kahwin. Nak tengok satu-satunya anak umi bersanding." Aku nampak tubir mata umi bergenang. Umi memang sensitif sikit.
Aku berubah sedih.
"Kalau papa ada kan bagus. Mesti papa pun happy tengok Diya menikah." Kataku sayu.
"Yang dah pergi tu biarlah pergi sayang. Umi percaya papa mesti bahagia tengok Diya menikah..." Umi menggosok tanganku.
"Dah, dah. Tak naklah sedih-sedih. Orang nak bahagia dia sedih pulak..." Tok Wan merungut cuba untuk menaikkan semangat aku semula.
Aku tersenyum ceria semula.
Papa, Diya dah nak kahwin...
"Princess, don't be sad. It hurt me..."
Aku ketawa tengok muka Dani yang berubah kelat. Haih... Dia memang prihatin sebab tulah aku sayang sangat.
"I promise." Janjiku dengan ceria. Kemudian ketawa kami meletus. Tok Wan dan umi hanya menggeleng melihat gelagat kami. Bahagianya perasaan ini...
*****
"Awak suka yang mana?" Aku tanya Dani.
"Apa sahaja yang awak suka, saya akan suka juga, princess. Lagipun jari awak pakai cincin apa-apa pun cantik." Dani kenyit mata.
Muka aku berona merah. Tomato is back! Dani buat aku malu je dahlah kakak kedai duk senyum-senyum tengok aku. Nak sweet-sweet pun tengok tempatlah.
"Ehem. Kalau macam tu saya pilih yang ini. Ok kan?" Aku mengangkat sebentuk cincin bertatahkan berlian kecil. Simple is best.
"Ok."
Aku bertepuk tangan. Seronoklah dapat pasangan yang tak banyak kerenah. Ikut je kita kata. Hohoh.
Selepas membayar, kami pun pulang ke rumah sebabkan aku sudah letih. Aku memang tak boleh jalan lama-lama jadi cepat letih dan malas. Ceh padahal muda lagi cepat letih macam nenek. Dani takyah cakaplah aktif selalu. Tak reti duduk diam. Apalah nasib saya~
*****
Aku meregangkan otot-otot yang terasa lenguh lalu baring atas katil main phone. Teringat sesuatu terus aku menaip mesej untuk Jasmin.
AdiyaNtsy🍭
Jas... Jangan lupa esok janji kita nak pergi karnival melukis ramai-ramai.
Jasminkiutmiut🦄Ye... Aku tak lupa... Eh, asal kau tak pergi dengan Dani?
AdiyaNtsy🍭
Kan aku dah cakap haritu, Dani pergi dengan class dia. Dia kan mengajar subjek seni. Yang kau macam tak nak pergi dengan aku ni kenapa?
Jasminkiutmiut🦄
Tak adalah. Biasanya kau kan sibuk berkepit dengan mamat korea celup kau tu sampai jarang spent time dengan aku. Hairan je...
Aku tersenyum. Dari mesej Jasmin boleh baca dah yang dia jeles. Tapi betul cakap Jasmin semenjak aku couple dengan Dani aku jarang keluar dengan dia. Selalunya kalau ada apa-apa mesti dia. Terasa diri macam kacang lupakan kulit. Biarlah aku spent time puas-puas dengan dia sebelum kahwin. Nanti dah kahwin, lagi susah.
AdiyaNtsy🍭
Sorry kalau kau terasa... Hah, sebab tulah aku nak spent time dengan kau esok. Kita cerita puas-puas esok. Okey, sayang?
Jasminkiutmiut. 🦄
Yelah, apa sahaja untuk kau, princess. Ceh, princess konon. Sukalah tu? Lepas ni aku nak panggil kau princess je. Princess, princess...
Aku terbatuk-batuk. Eii Jasmin ni suka sakat aku. Dani lah suka sangat panggil aku princess. Depan orang pun dia panggil princess sampaikan semua sibuk nak sakat aku.
AdiyaNtsy. 🍭
Hanya Dani je yang boleh panggil aku dengan gelaran tu, ok? Kau no no.
Oklah, bye nak tidur. Jumpa esok.Jasminkiutmiut🦄
Yelah... Bye mimpikan aku, eh bukan mimpikan Dani...
Aku tersengih menutup telefon. Memang nak mimpi dia pun heheh. Mimpi kahwin dengan dia. Cis, gatal eh Diya?
Aku tidur lena dalam senyuman.Bersambung🍥
Mesti orang pening baca cerita ni. Haha maklumlah saya baru first time buat novel pendek. Saya just letak yang penting. Yang selebihnya saya skip. Nak pendekkan cerita. Lepas ni dah bab last.
YOU ARE READING
Dream Book 1: First Love
Short StorySekadar mencurahkan cerita yang datang dari mimpi. Olahan semula mimpi menjadi sebuah cerita. Cerita pendek je jemput baca~ Sebelum Baca Mohon Faham: 1. Ayat tunggang langgang 2. BI tah pape 3. Jalan cerita mengarut&tak logik 4. Cliche 5. Vote&co...