Ok. Ada dua perkara yang buat aku terkejut.
1) Dani makan sisa aiskrim yang terlekat dekat bibir aku.
2) Dani nak jadi bakal suami aku?!
Tiba-tiba?!
Like seriously...?
Aku tengah mimpi ke ni?!
"Kenapa diam je? Tak setuju saya jadi bakal suami awak? Saya tahu saya mungkin tak menepati kriteria yang awak cari." Dani berkata dengan wajah sedih. Wajah aku berubah simpati. Dia sedih pun comel.
"Tak, bukan macam tu. Tapi awak tiba-tiba nak jadi bakal suami saya bukan ke tu tiba-tiba sangat? Macam tak logik je... Saya baru kenal awak... Saya tak tahu pun latar belakang awak, status awak, dah berpunya ke belum..." Panjang lebar aku menerangkan bimbang dia salah faham.
"Adiya... Kalau saya dah berpunya, saya tak akan tawarkan nak jadi bakal suami awaklah..." Dani ketawa sambil menggeleng kepala.
Adiya?
"Kenapa awak panggil saya Adiya?" Kening aku berkerut.
"Kenapa? Salah ke? Saya nak panggil awak Adiya sebab saya rasa 'Adiya' tu lawa." Dani kenyit mata dan sengih.
Oh my!
Dia wink!
Kalau aku tengah mimpi sekarang ni aku harap aku tak akan bangun.
Tak ada siapa pernah panggil aku Adiya. Keluarga semua panggil aku Diya. Tapi mamat ni ehem Dani ni...
Hati aku rasa berbunga-bunga. Perasaan berdebar lain macam...
Ini ke yang dinamakan cinta pandang pertama...
"Apa jawapan awak?"
"Awak ada perasaan kat saya?" Sengaja aku bertanya. Manalah tahu dia main-main sahaja cakap nak jadi bakal suami aku. Yelah, manusia mana yang tak terkejut bila tiba-tiba ada orang tawarkan diri nak jadi pasangan kita pada pertemuan pertama.
"Ofkos. Saya sukakan awak jadi saya nak kahwin dengan awak." Dani merenung ke dalam anak mata aku membuatkan jantung aku berdegup dengan lebih laju. Aku memerhatikan Dani dari atas sampai bawah. Tak ada yang buruk tentang dia. Berpakaian kemas dengan baju ala-ala ceo. Rambut yang disikat rapi. Muka putih macam orang Korea. Semua perfect! Memang menepati kriteria lelaki idaman aku sangat.
Aku terfikir mungkinkah Dani ni dihantarkan oleh Allah sebagai jodoh aku?
Bibir aku mengukir senyum paling manis.
"Kalau macam tu, saya terima awak."
Mata Dani membulat.
"Betul?" Muka dia berubah teruja.
Aku mengangguk.
"Tapi kita tak perlu kahwin segera. Kita berkenalan dulu lepas dah pasti dengan hubungan kita barulah kita ke fasa seterusnya." Ujarku tak mahu terburu-buru.
"Saya faham. Jangan risau." Dani senyum.
Aku turut senyum. Alahai, tengok senyum dia saja, perut aku rasa macam ada butterflies. Aku harap dia memang jodoh aku.
Bersambung🍥
YOU ARE READING
Dream Book 1: First Love
Short StorySekadar mencurahkan cerita yang datang dari mimpi. Olahan semula mimpi menjadi sebuah cerita. Cerita pendek je jemput baca~ Sebelum Baca Mohon Faham: 1. Ayat tunggang langgang 2. BI tah pape 3. Jalan cerita mengarut&tak logik 4. Cliche 5. Vote&co...