"Cepatlah, Diya..." Jasmin tarik kuat tangan aku.
"Ish. Sabarlah..." Aku tarik muncung tak suka. Kaki aku berhenti melangkah. Tak sangka sampai jugak aku kat sini. Aku mengeluh memandang banner yang tergantung.
'Selamat datang ke karnival melukis besar-besaran'
Pft-. -
Macam skema je ayat.
"Hah, kat situ tempat daftar. Jom!" Jasmin dengan mukanya yang teruja menunjuk ke satu tempat yang ramai orang. Aku hanya mengekor dengan hati yang tak rela.
"Jas... Tak boleh ke kita balik je?" Aku berbisik pada Jasmin yang tengah menunggu borang pendaftaran untuk diisi.
"Hah, ni borang daftar. Tulis nama pastu nombor telefon." Setiausaha yang menjaga meja pendaftaran datang meletakkan borang di depan kami. Aku mula gelisah bila tengok Jasmin mengeluarkan pen.
"Jasmin..."
"Not again Diya." Jasmin pandang aku merenung aku dengan matanya yang tajam. Aku telan air liur.
"Okey, nah." Borang yang sudah diisi itu diserahkan semula.
Aku meraup muka. Tak ada peluang lagi nak lari bila dah tanda nama. Sedihnya hidup aku. Jasmin tengok aku dengan kening yang berkerut macam nenek.
"Why Diya? Ada masalah ke? Dari tadi aku tengok macam cacing kepanasan. Gelisah semacam."
"Macam aku kata, aku terpaksa ikut kau. Kau excpect aku akan meloncat gembira macam kanak-kanak ribena kat hujung sana tu?" Aku guling mata lalu tunjuk ke hujung dewan yang terdapat sekumpulan orang dewasa yang melompat-lompat macam beruk.
"Biarlah diorang. Jom kita ke tempat melukis." Jasmin tarik tangan aku. Haih, redha jelah, Diya.
"What? Kita akan lukis kat sini?" Mata aku terkebil-kebil memerhati beberapa orang yang telah mengambil tempat di padang hijau yang luas yang terpampang depan mata. Mak aih... Besarnya padang ni kalah padang sekolah.
"Yes. Jom duduk sana." Jasmin kenyit mata padaku lalu tarik tangan aku duduk bawah sebatang pokok di tepi padang. Aku boleh terima sebab tempat ni agak tersorok.
"Biar aku bentangkan tikar." Aku merampas tikar di tangan Jasmin dan membentangkannya cantik-cantik.
"Tadaa. Ni barang kita."
Mata aku membulat tengok pelbagai barang seperti pensel warna, pen warna, cat air dan krayon yang bertaburan atas tikar. Dia ni datang nak melukis betul-betul ke?
"Banyaknya kau bawa. Pensel warna sampai dua kotak, ni apa ni krayon ingat budak-budak ke?" Aku angkat krayon depan muka Jasmin.
Jasmin sengih kerang busuk.
"Ala. Buat spare. Aku tahu tujuan utama kau datang sini sebab nak cari bakal suami kau tapi aku tak. Aku datang memang niat aku nak melukis."
"Eh, aku tak ada niat pun nak cari bakal suami. Kalau bukan sebab terpaksa tak ada maknanya semua ni." Balasku sedikit geram.
"Yelah, yelah. Sekarang kita fokus lukis ya sayang." Seakan-akan Jasmin malas melayan kerenah aku dia mula melukis manakala aku masih terkebil-kebil memerhatikan suasana di padang nan luas. Pengunjung makin ramai memenuhi padang. Macam-macam ragam dapat aku saksikan melalui tempat aku duduk. Ada yang tengah makan, budak-budak menangis panas barangkali, dan ada juga yang tengah duk membawang. Oh tak lupa segala serai dan kunyit yang bergelak ketawa dengan kuat sampai taik telinga aku hampir cair. Hampir keh. Aku boleh brain sekarang kenapa dia buat dekat sini. Lembap betul otak aku baru berfungsi. Angin sepoi-sepoi mendamaikan lagi suasana walaupun bising dengan bunyi-bunyi manusia. Dua minit tiga minit aku termenung menghirup udara yang mendamaikan.
"Diya!"
"Tok Wan." Aku terkejut yang amat melihat Tok Wan yang tiba-tiba muncul berwajah bengis memegang parang. Ya Allah, kenapa Tok Wan pegang parang?
"Diya...." Tok Wan senyum jahat. Senyum yang lain macam bagi aku. Aku telan liur.
Tok Wan....
Bersambung🍥
YOU ARE READING
Dream Book 1: First Love
Truyện NgắnSekadar mencurahkan cerita yang datang dari mimpi. Olahan semula mimpi menjadi sebuah cerita. Cerita pendek je jemput baca~ Sebelum Baca Mohon Faham: 1. Ayat tunggang langgang 2. BI tah pape 3. Jalan cerita mengarut&tak logik 4. Cliche 5. Vote&co...