D • T • L |2| A M N E S I A

123 22 3
                                    

AKU membuka mataku. Dada aku terasa sesak. Dengan pantas aku mengangkat kepala aku dari terus terselam didalam air

Pernafasan aku tidak teratur. Aku menepuk -nepuk kuat dada aku. Aku mulai tersedak kuat. Mata serta kerongkong aku tersasa sangat pedih.

Setelah seketika, baru aku tersedar akan sesuatu. Kenapa tiba-tiba aku disini? Bukankah aku sedang lemas di sungai dekat sebuah taman tadi.' Tempat apa ni?! '

Aku tertanya - tanya saat melihat tempat asing ini. Aku mulai bangun untuk keluar dari sungai ini. Hairan tapi benar, air sungai ini terlalu cetek! Hanya separas pinggang aku sahaja.

Dengan wajah yang masih keliru, kaki dilangkah juga lalu melangkah ke arah pinggir sungai. Tiba-tiba aku mulai terasa hairan.

' Macam mana aku boleh mandi sungai dekat taman tu? Aku mandi dengan kawan-kawan aku ke? Aku tersesat dekat tempat lain ke ni? Diorang sedar tak aku dah hilang? Tapi, siapa nama kawan-kawan aku? '

Kenapa aku tak boleh nak ingat lansung ni?!

Aku mulai panik. 'Aku... Amnesia ke? Ke, aku memang berasal dari sini? Siapa aku ni? ' Aku melihat biasan diri aku di permukaan sungai. 'Aku ke ni? Cantiknya. Aku ni seorang puteri ke? Tapi, kenapa aku tidak bergaun? Atau aku ni penduduk biasa? Erh, Apa aku melalut ni?'

Aku memegang pipi aku perlahan sambil melihat biasan sendiri dipermukaan air. 'Aku, seorang puteri ke? Siapa aku? ' Kenapa aku terlampau perasan? Atau aku memang seorang puteri?

Aku tertanya - tanya sendirian sehinggalah aku terperasankan sesuatu. Aku membawa pergelangan tangan aku ke separas dadaku. Terdapat seutas gelang tangan emas putih yang menghiasi pergelangan tangan aku.

Gelang tersebut aku belek. Terdapat satu ukiran nama yang cantik terbentuk.

PUTERI DHIA ANDRALLYSA

'Apa ini nama aku? Nama aku Dhia? Dhia Andrallysa? ' Aku mulai tersenyum tipis. 'Indah. Aku mempunyai nama yang indah di dengar, bukan? Mesti aku ini ialah seorang puteri. Sangat mustahil orang biasa mempunyai nama yang indah ini. ' Aku tak tahu mengapa aku terlalu yakin akan hal ini.

Aku mulai berjalan menurut arus sungai. Aku masih bingung tentang keberadaan aku. Memori terakhir aku hanyalah terhenti di sebuah sungai dalam yang terdapat di sebuah taman. Di mana tempat itu? Aku sendiri tidak tahu.

Langkah aku terhenti saat melihat sebuah pekan yang kelihatan sungguh meriah dengan pelbagai jenis manusia. Mereka semua berambut hitam. 'Kenapa rambut aku berwarna coklat keperangan? Kenapa pakaian mereka seperti lusuh dan agak ketinggalan zaman? Tapi, baju yang tersarung dibadanku kelihatan masih baru? Sebab aku seorang puteri ke? '

Aku berpeluk tubuh kerana kesejukkan. Pakaian aku masih basah tempias air sungai tadi. Mungkin aku patut cari pakaian tukar. Takkan aku nak pakai pakaian macam ni?

Aku berjalan mendekati salah seorang dari penduduk pekan itu. Bahunya kusentuh perlahan. Dia jelas kelihatan kaget. Dia berpaling memandang aku. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia betul - betul terkejut.

"Arghh!! Penceroboh!! " laung orang tersebut. Aku tersentak. Wat de?

Orang yang berada di situ mulai kalut. Aku terpinga. 'Kenapa dengan mereka ni? Mereka takut akan aku ke? '

"Siapa kamu! Kami tidak pernah melihat manusia seperti kamu! Jangan - jangan kamu adalah pengikut Ratu Mersya! " kata salah seorang penduduk pekan. Aku mulai hairan. Namun, rasa rungsing menghimpit dadaku.

DON'T WAKE ME UP [✔]Where stories live. Discover now