D • T • L |15| D H I A [ END ]

62 17 4
                                    

AKU memandang kearah langit sebelum memandang kearah bagasi milik aku. Bagasi itu aku masukkan kedalam bonet kereta Audi milik Umi.

Aku menghela nafas berat. Entah mengapa hati aku terasa berat dengan semua ini.

Fikiran aku jauh menerawang kearah seseorang yang aku rindui. Seseorang yang jelas hanyalah seorang Putera Khayalan yang muncul sebagai kawan aku.

Bukan.

Kawan dan cinta aku.

Ia. Cinta.

Kerana, dialah yang pertama. Yang pertama buat jantung aku naik gila.

Kalau aku cerita dekat orang lain, mesti aku akan jadi bahan ejekkan atau hiburan kerana mencintai sesuatu Khayalan yang memang jelas tak wujud.

Aku menutup bonet perlahan-lahan sebelum bersandar di kereta. Mata aku dipejamkan.

Bayangan Putera Uwaisy seakan tidak pernah pudar dari kepala aku.

Entah mengapa tubir mata aku terasa panas. Bibir aku ketapkan sebelum badan aku jatuh melorot ke lantai.

Rindu.

Sungguh aku rindu. Mana mungkin aku boleh menghapuskan segala memori yang tercipta dengannya.

Putera Khayalan aku.

Kenapa semuanya terasa cepat dan hanya sementara? Kenapa aku perlu bangun? Kenapa tidak lamakan lagi aku disana?

Kenapa?

Air mata aku gugur juga akhirnya. Kedua-dua belah tangan aku naik meraup wajah.

Tiba-tiba sesuatu terlintas dibenakku.

'Aku dah bunuh dia. Apa guna aku dekat sana? '

"Astagfirullahalazim.. "Aku kembali meraup wajah aku. Bagaimana aku boleh terlupa akan hakikat yang satu ini?

Aku mengeluh. Terdiam seketika. Pelbagai persoalan timbul dibenak aku.

"Apa yang jadi dekat kerajaan Antlusia dan Nantasia? "Aku menggigit bibir bawah aku.

"Agak-agak gadis tu jumpa tak pita rakaman dekat tubuh aku? Peperangan dah berakhir ke? "Aku mulai tertanya-tanya. Air mata dikesat kasar.

Aku masih ingat lagi yang aku ada pasangkan recorder dekat pinggang aku. Ianya sebagai bukti bagi pengakuan Raja Nu'man kepada seluruh penduduk.

Aku bangun dari duduk aku. Aku menepuk-nepuk seluar bagi menghilangkan debu-debu kotor. Entah mengapa begitu banyak sekali persoalan yang memenuhi benak fikiran aku.

Aku mengeleng perlahan. Dahi ditepuk.' Ya Allah.. Kenapa aku masih terfikirkan tentang dunia yang tak pernah wujud tu.

"Wake up, Dhia! This is the reality! Apa yang kau nak serabutkan diri kau dengan semua benda tu? "Aku berkata sendirian sambil meraup wajah aku berkali-kali.

Tiba-tiba bahuku terasa ditepuk. Aku berpaling memandang kearah Umi.

"Dhia kenapa ni? Cakap sorang-sorang. Jomlah kita bertolak sekarang.Ujar umi dengan senyuman melebar.

Aku hanya sekadar mengangguk perlahan.





"DHIA, Dhia buat apa tu? " Ujar Umi lalu melabuhkan duduknya disebelah aku.

DON'T WAKE ME UP [✔]Where stories live. Discover now