D • T • L |5| A • G I R L

73 19 2
                                    

AKU menendang-nendang air sungai yang menjadi saksi aku lupa segala-galanya. Nama aku. Diri aku. Dan siapa aku.

Air sungai berkocak hebat saat kaki aku menendang-nendangnya. Gaun yang tersarung ditubuhku tidak membataskan perbuatan aku. Aku berada di atas batu sambil melepaskan kegeraman.

Putera Uwaisy tak faham keadaan aku. Aku umpama hidup tanpa hala tuju yang betul. Siapa aku Ya Allah. Aku terlalu ingin mengetahui tentang diri aku.

Lepas je aku kata nak berperang juga, terus Putera Uwaisy masam mencuka dan menonong pergi tanpa menoleh kearah aku. Salahkah andai aku pergi kerana ingin mencari identiti aku? Diorang kata warna rambut aku berlainan dari mereka. Aku kena tahu puncanya. Walhal warna rambut terjadi mengikut gen bukan?

Jadi aku ingin pastikan sama ada aku ini betul-betul dari kerajaan Ratu Mersya. Andai aku dari kerajaan itu, sudah semestinya kerajaan ini akan bermusuhan dengan aku.

Tapi, apa mimpi semalam? Kenapa aku asyik termimpikan gadis tu? Siapa dia? Dia ada kena mengena dengan aku ke?

Dalam mimpi semalam, gadis tu sedang menangis di luar tanah perkuburan islam. Langsung tidak melangkah masuk ke sana. Kenapa setiap kali aku bermimpi pasal gadis tu, mesti gadis tu membelangkangi aku? Mesti ada penghalang untuk aku melihat wajah gadis tu.

Kenapa setiap kali aku memandang kearahnya, aku merasakan aku begitu dekat dengannya. Siapa dia?

Dan.

Siapa aku?

Aku kembali menendang permukaan sungai. Kain dibahagian bawah gaun ini sudah kebasahan dan hampir lencun.

Kenapa Putera Uwaisy langsung tak datang jumpa aku? Aku rasa kosong. Tak tahu apa nak buat. Dia marahkan aku pasal peperangan tu kan? Ya Allah, aku nak sangat pergi kerajaan Antlusia.

Mungkin aku memang berasal dari sana.

Mungkin. Aku sudah berhenti menendang air sungai itu.

Aku mengeluh perlahan sambil melihat biasan wajahku di permukaan sungai. Ianya berombak akibat tempias kaki aku tadi.

"Siapa kau sebenarnya Dhia? Siapa sebenarnya Puteri Dhia Andrallysa? Kenapa kau tak ingat apa-apa langsung? I don't get it." Kata aku lalu menguis - nguis permukaan air dengan hujung jari kaki aku.

Tiba-tiba lagu yang kudengar didalam mimpi sebelum ini terlintas dibenakku. Atau mungkin doa.

Aku masih mengingati bait-bait perkataan itu. Dengan memejamkan mata, suara aku mulai mengalunkannya.

"Allahumma ahyina bil iman..

Allahumma amitna bil iman..

Allahumma ahsyurna bil iman..

Wa adhakhilnal jannata maal iman.. "

Aku tersenyum dalam setiap patah ku lontarkan. Mata terpejam menikmati bait -bait doa nasyid itu.

Sangat menenangkan.

"Ya Allah, hidupkan kami dengan iman..

Ya Allah, matikan kami dalam iman..

Ya Allah, bangkitkan kami dengan iman..

Dan masukkan kesyurgamu dengan iman.. "

Aku tersenyum. Doa nasyid ini ibarat sangat dekat dengan aku. Tenang dan menenangkan.

DON'T WAKE ME UP [✔]Where stories live. Discover now