D • T • L |11| E N D • O F

49 16 3
                                    

AKU memandang kearah keluarga kecil itu. Anak gadis mereka lebih kurang berumur antara 7 tahun. Mirip sekali dengan aku. Berambut coklat keperangan serta wajah persis aku. Aku dapat mengagak yang gadis kecil itu adalah aku. Entah mengapa aku begitu pasti.

Aku memandang kearah mereka. Nampak bahagia sangat. Si Ayah mendukungnya keatas bahu manakala si ibu memimpin tangan kecilnya. Aku berkerut dahi. Jika itu adalah aku, mengapa di mimpi sebelumnya aku seperti keseorangan?

Terlalu banyak teka-teki yang bermain dibenakku. Terlalu banyak puzzle yang masih belum bersambung.

"Umi! Nyanyilalah lagi.. "Rengek si gadis kecil itu. Si Ibu mengangguk sambil tersenyum.

"Allahumma ahyina bil Iman..

Allahumma amitna bil Iman..

Allahumma ahsyurna bil Iman..

Wa adhakhilnal jannata maal Iman.."

Tiba-tiba si gadis kecil itu menyambung.

"Ya Allah hidupkan kami dengan Iman..

Ya Allah matikan kami dalam Iman..

Ya Allah bangkitkan kami dengan Iman..

Dan masukkan ke syurgamu dengan Iman.."

Mereka sekeluarga mula ketawa. Ada satu rasa meresap kedalam tubuh aku. Satu rasa yang aku sendiri tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana.

Suara si ibu seperti pernah aku dengar. Aku cuba mengingati balik sehinggalah sesuatu mulai terlintas.

Ya!

Di lorong yang sunyi.

Tangisan seorang gadis.

Tangisan aku.

Rakaman suara dalam pintar.

Ya. Suara yang sama.

Dan satu kata-kata yang masih segar dibenakku.

Aku mula terduduk. Masih terngiang-ngiang tangisan duka itu. Layar ingatan mulai bermain difikiranku.

"Kenapa Umi tinggalkan anak Umi? Kenapa Umi tak bawak je orang sekali? Dah dua minggu Umi tinggalkan orang. Kalau sebelum ni, Orang boleh kuat sebab ingat yang orang masih ada Umi. Abi pun dah seminggu tak jenguk orang. Orang sayang Umi."

Aku mulai tersedar dari mimpi. Aku berkedip-kedip memandang kearah siling yang kosong itu. Aku memejamkan mata aku perlahan. Air yang suam mulai mengalir dari tubir mata aku.

Jika aku di dunia sana kehilangan orang yang penting dalam hidup aku.. Buat apa aku kembali kesana lagi?

Aku tiada sesiapa. Melainkan disini. Aku betul-betul pasti. Yang aku tidak akan kembali lagi. Aku pasti.

AKU tersentak. Mata yang terpejam mulai terbuka luas. Aku bangun dari perbaringan. Mata dililaukan ke sekeliling. Baru beberapa minit aku terlena kembali, tiba-tiba ada satu bunyi yang aneh menerjah pendengaran aku.

Aku mulai turun dari katil. Pedang di sisi katil aku capai sebagai langkah berjaga-jaga. Entah mengapa dada aku terasa berdebar kencang. Aku melangkah Perlahan-lahan kearah pintu. Tombol pintu dipulas.

Aku melangkah keluar, cuba mencari arah datangnya bunyi tersebut. Pedang dipegang kemas. Tiba-tiba satu bunyi yang kuat dan jelas datang dari tingkat bawah. Tanpa berfikir panjang terus aku melangkah turun menerusi tangga dengan berhati-hati.

DON'T WAKE ME UP [✔]Where stories live. Discover now