D • T • L |14| N E W • D H I A

55 16 4
                                    

AKU melangkah perlahan-lahan memasuki kelas 4 Sains 1. Aku koma hampir sebulan dan mengalami sedikit komplikasi dalam mengingati sesuatu perkara. Kata doktorlah. Mungkin? Sebab aku memang tak ingat apa yang jadi sebelum ni selain beberapa cebisan memori.

Semua pelajar memandang aku dengan seribu satu maksud. Dan aku hanya mengendahkannya. Tiba-tiba langkah kaki aku terhenti. Aku melilaukan pandangan aku pada seluruh kelas. Dahi aku berkerut.

Mana tempat duduk aku?

"Hye Dhia! Kenapa berdiri je? " Aku pantas mencari suara yang menegur aku tadi.

Daniel.

Aku memandangnya tanpa perasaan.

"Mana meja saya? " pertanyaan aku membuatkan pelajar lain mulai berbisik-bisik. Daniel tersenyum kecil.

Dia mulai berjalan lalu menepuk meja dibahagian tingkap dihujung sekali di bahagian paling belakang.

Oh. Tersisihnya aku.

"Btw, saya cau dulu ya. " Kata Daniel sambil tersenyum lalu keluar dari kelas ini. Jap. Dia bukan classmates aku, tapi macam mana dia tahu meja aku? Banyaknya dia tahu pasal aku. Aku mulai merapati meja itu lalu meletakkan beg sandang aku disisi kerusi. Aku melabuhkan duduk aku lalu memandang seluruh isi kelas. Mereka masih setia memandang aku.

Aku rasa.

Awkward.

Insecure.

Dah kenapa ni? Tak pernah nampak orang ke apa hah? Tanpa menghiraukan mereka, terus aku mengeluarkan buku teks sejarah untuk dibaca.

Baru sahaja aku membelek muka surat pertama, terus seseorang menepuk kuat meja aku. Aku mendongak. Jap, aku macam kenal dia ni..

Shana and the gang.

Dialah pembuli tegar aku sebelum ini.

"Jatuh sungai pun boleh koma. Kau saja je kan, nak tarik perhatian Daniel! Sampai kelas pun orang hantarkan. Kerja asyik nak menyundal je kerja. "Kata gadis yang bernama Shana dengan dengusan.

"Dia mana tahu buat kerja lain selain menggatal. Nama pun Dhia kan. Sebab kau lah kitorang kena gantung sekolah. " Kata Erin dengan riak muka menyampah.

Pelajar yang lain hanya membuat kerja masing-masing. Dah lali dengan situasi ni. Tetapi, masih ada lagi yang memerhati drama sebabak ini.

"Hak alah, padahal kita mandikan dia dengan air sampah je pun.. Daniel tak guna. " Kata Bella lalu berpeluk tubuh. Tiba-tiba Erin menolak bahu Bella geram.

"Hei! Jangan cakap Daniel macam tu lah! "Kata Erin geram. Shana hanya membuat muka.

"Ia lah. Dah dia yang report kan. Orang macam tu pun suka. " Kata Bella geram. Erin mengetap bibir lalu kembali memandang aku.

"Apa? Ada masalah ke? Perangai macam budak-budak. Macam beruk pun ye jugak, " ujar aku berani.

Diorang bertiga tergaman. Pelajar lain pula sudah ramai yang menoleh. Ada yang sudah menyimpan senyum.

"Ohh.. Berani ek kau sekarang. " Kata Shana geram lalu merentap kasar rambu aku. Aku terdongak keatas. Bibir diketapkan sambil menepis kasar tangannya dari rambut aku.

"Eee.. Apa pegang-pegang ni. Jijik la aku dengan tangan kotor kau tu! Lagi satu, kau tak jijik ke pegang rambut orang macam aku ni, hah?! " Kata aku lalu bangun dari duduk. Buku teks BI ditutup kasar.

DON'T WAKE ME UP [✔]Where stories live. Discover now