D • T • L |12| E N D • O F II

61 16 43
                                    

PUTERA UWAISY melibas pedang miliknya sehingga pedang digenggaman Raja Nu'man terlepas dari pegangan. Raja Nu'man mengetap bibirnya geram.

Tiba-tiba Puteri Dhia Melina datang dan berdiri disebelah Putera Uwaisy. Pedang milik Puteri Dhia Andrallysa digenggam kemas sambil diacukan kearah Raja Nu'man.

"Menyerah sahaja wahai Iblis yang bertopengkan Manusia. Kau sememangnya tidak layak menggunakan tubuh ini!! " Jerkah Puteri Dhia Melina lantang.

Putera Uwaisy tergaman. Tetapi air mukanya dikawal sebaik mungkin. Ia, dia sudah mengetahui yang gadis sebelah ini merupakan anak kepada Ratu Mersya. Semuanya sudah terjawab saat dia mengejar gadis pemanah ini tadi.

Tetapi saat mendengarkan kata-kata gadis ini, Putera Uwaisy kehilangan kata.

Raja Nu'man ketawa berdekah.

"Jadi, kamu sudah mengetahui yang selama ini aku menetap ditubuh ini? Pintar! Tetapi kamu tidak mengetahui apa-apa! Aku hanya membantu Raja Nu'man membalas dendam kesumatnya. Dia sendiri yang menyeru aku! Dan seruannya memakan diri sendiri! "Jerit Raja Nu'man.

Putera Uwaisy mulai kebingungan. Sungguh dia tidak dapat menangkap maksud yang diperkatakan oleh Ayahandanya.

Puteri Dhia Melina mengetap bibir.

Pedang dihunus pantas kearah penyamar yang merasuki tubuh Raja Nu'man yang sekian lama dihuni tanpa sesiapa yang mengetahuinya.

Bshak!!

Pedang itu tertusuk tepat kejantung tanpa sempat lelaki itu bertindak. Darah merah membuak-buak keluar.

Putera Uwaisy terdiam melihat ketangkasan gadis ini. Peluh didahi dikesat kasar.

Tiba-tiba tubuh si Raja hancur dan menjadi debu hitam. Putera Uwaisy tergaman.

"Macam mana kamu bisa?.. ".

"Pedang. Pedang ini sudah tersalur aura yang luar biasa dari Puteri Dhia Andrallysa. Dan Sekarang, bukan masanya untuk bersoal jawab. Ayuh, bonda perlukan Aku! "

Putera Uwaisy mengangguk. Mereka berdua bergegas ketingkat atas.

Saat sahaja mereka sampai. Kedua-duanya tergaman.

Tergaman melihat apa yang terjadi dihadapan mereka.

"Hegh! Hegh! Hegh! Jangan sekali-Kali korang semua dekati aku!! "Ujar Puteri Dhia Andrallysa.

Matanya bercahaya. Kakinya tidak menjejak tanah. Malah terdapat jua siung-siung kecil dibibir merahnya.

Semua tentera Nantasia yang mengelilingi Puteri Dhia Andrallysa mengacukan senjata milik mereka.

Beast in Beauty.

Putera Uwaisy ingin mendekat tetapi dihalang oleh Puteri Dhia Melina.

"Jangan, dia lagi dalam tidak stabil. " Larang si Puteri.

Salah seorang tentera mulai menyerang Puteri Dhia, tetapi dengan tiba-tiba pedang ditangan Puteri Melina bergerak menuju kearah tangan Puteri Dhia. Puteri Melina tersentak.

Zup!

Bshak!

Pedang itu menikam tepat kearah jantung tentera itu.

"Aku dah kata jangan dekat!! " Jerit Puteri Dhia.

Semakin ramai yang mendekati, semakin galak Puteri Dhia menusukkan pedang miliknya. Bonda dah tak ada.

DON'T WAKE ME UP [✔]Where stories live. Discover now