BACK STAGE

44 11 1
                                    

BACK STAGE

Di sini, kita akan menemu bual beberapa watak yang akan membintangi cerita DWMU 2.

Tapi, tajuk yang lain lah kan. Tajuk masih sulit. But, ada spoiler sikit.


Author: Apa pandangan Dhia tentang cerita akan datang ni? Cer komen sikit..

Dhia: *gelak cover ayu* Dalam siri kedua, Dhia akan jadi ala-ala hot nerd macam tu lah di sekolah swasta tu. Kalau dulu, Dhia yang dibuli, tapi siri kedua ni, Dhia yang membuli. Tapi... Dhia and the gang buli 'pembuli' sahaja. Baik kan... Tapi, nama panggilan dah tukar kepada Lysa tak silap? I miss my old nickname...

Author: Well... semua kena ada kemajuan right? Okey next!

Author: So, Im. Imsyraaf right? Now tell me about your role dalam siri kedua ni.

Imsyraaf: Putera Uwaisy lah...*menjeling kearah author*

Author: *whatever* Okey Putera... Teruskan.

Imsyraaf: Jadi ala-ala lelaki berhoodie macam tu lah. Seorang yang pasif dan tak bergaul sangat. Maklumlah, dah lama tinggalkan norma hidup sebelum ni. Dan masih seorang yang hensem. *gelak riak*

Author: *Sepak Imsyraaf jauh-jauh* Tak padan dengan watak penting. Riak nauzubillah!

Dhia: Huuuu... Padan muka!

Imsyraaf: Cis...

Author: Okey, kita pergi kepada Daniel! SIAPA INGAT DIA?!

Dhia: Lelaki yang bagi baju hitam dalam tandas perempuan.

Imsyraaf: Urgh... Aku tak boleh brain... Macam mana dia rilek je masuk tandas tu.. dasar pervert...

Daniel: Nu-oh... Not that again. Tahulah watak sampingan aja waktu tu. Come on lah... Jangan kecam. Aku tolong Dhia kut.

Author: *pegang baju Daniel yang dah angkat kerusi nak baling pada Imsyraaf* Sabar biy... Biar aja dia tu.. Sebok aja..

Imsyraaf: Eww... Daniel ada scandal dengan Author! Aku nak cakap dek-- *umph!umph!* *Dhia dan Daniel tutup mulut Imsyraaf berjemaah*

Daniel: Dah ahh! Kan dah banyak spoiler ni!!

Author: Lupakan mereka, kita pergi pada Airel pulak.

Airel: *cepat-cepat lap mulut yang tercomot aiskrim* Uhuk-Uhuk! Sori-sori..

Hye! Aku watak baru yang akan muncul dan bye! *sambung makan aiskrim*

Author: Forget him, masih banyak watak baru. Cukuplah spoiler untuk korang semua. Dah, buhbye! *Tutup mata korang dan korang masih tak berhenti baca*

LIZWA WANIES | RESIGN


UPCOOMING STORY 2021

THE AFTER STORY DON'T WAKE ME UP

PREVIEW

DHIA memandang kearah pintu lokernya dengan perasaan kosong. Sungguh dia tidak menyangka yang selama seminggu dia bersekolah disini, ternyata dia berkawan dengan sekumpulan pembuli.

Ya.

Aisy, Jessica dan Xandra adalah pembuli!

Langsung dia tak sangka si comel Jessica adalah seorang pembuli. Siapa saja yang akan percaya bahawa gadis comel dan periang itu seorang pembuli yang agak menakutkan? Dan Aisy pula, dia tampak terlalu innocent untuk bergelar seorang pembuli. Kalau Xandra, mungkin Dhia tidak akan terlalu terkejut. Xandra memang agak kasar tapi itu bukan persoalannya sekarang.

Kenapa kawan-kawan barunya perlu bergelar pembuli?

Dhia mengeleng perlahan.

Sungguh, sejauh dan sebanyak mana pun dia berubah. Dia masih trauma dengan 'pembuli'. Walau hakikatnya 'pembuli' itulah yang menjadikannya Dhia yang sekarang. Atau mungkin Lysa. Ya, dia bukan lagi Dhia. Dia adalah Lysa.

Dhia menggengam erat kunci loker miliknya. Loker dibuka lalu baju serta kasut sukan dikeluarkan. Dhia mengeluh perlahan. Andai sahaja dia tidak terserempak dengan mereka bertiga tadi, mungkin sampai bila-bila pun dia tidak akan pernah mengetahui tentang perkara itu.





1 jam sebelum

DHIA membetulkan kaca mata bulatnya. Tanggannya kembali ligat membuat kerja rumah yang diberikan cikgu kimia tadi. Sebilangan besar pelajar kelas 5 Violet juga membuat kerja rumah masing-masing disekolah. Waktu cikgu yang mengajar subjek ekonomi terpaksa dibatalkan kerana menghadiri mesyuarat yang dilangsungkan secara mengejut. Dengan kesempatan itu, masing-masing mula membuat kerja sendiri tanpa pengawasan cikgu.

Sedang Dhia membuat kerja rumah, tiba-tiba hatinya terdetik untuk menoleh kearah Jessica. Jessica yang baru sahaja selesai berbual dengan seseorang melalui telefonnya mulai bangun dengan wajah ketat dari kerusi. Tanpa memandang sesiapa terus sahaja Jessica keluar dari kelas. Dhia mula berkerut. Sepanjang dia mengenali Jessica, gadis itu mesti akan mengajak sesiapa diantara mereka bertiga jika ingin keluar dari kelas.

IQ orang normal seperti Dhia sudah membuat andaian bahawa Jessica keluar menonong dari kelas mungkin untuk ke tandas. Mungkin sahaja Jessica terlampau tidak tahan tadi, kerana itu gadis itu langsung tidak meminta Dhia menemaninya? Siapa tahu?

Dan sebagai seorang rakan yang baik, mungkin dia patut menemani Jessica? Tanpa berfikir panjang, terus sahaja Dhia menutup buku latihannya. Langkah mula diaturkan kearah pintu kayu bercat putih itu. Tombol pintu dipulas sebelum terus sahaja wajahnya terhantuk pada satu sosok tubuh seseorang. Dhia mengaduh sakit sebelum mengangkat wajahnya.

Airel menjongketkan sebelah keningnya. Seorang lelaki disebelahnya nya dipandang sebelum isyarat diberi dengan ekor mata. Dhia hanya memandang sekilas kearah pelajar lelaki berhoodie yang berjalan melaluinya dan terus masuk kedalam kelas tanpa memandang kearah Dhia sedikit pun.

Tiba-tiba terasa bahunya ditepuk. Dhia mendongak memandang kearah Airel.

" Kau sengaja langgar aku kan? Kau nak buat ala-ala drama melayu yang hero dan heroin dia terus tangkap cintan lepas terlanggar each other kan? Come on lah Lysa... Aku langsung tak berminat," ujar Airel selamba. Manakala kerutan didahi Dhia semakin bertambah. Dah kenapa dengan Airel ni? Sewel?

"Err... aku nak keluar ni. Boleh kau tepi sikit?" ujar Dhia sambil tersenyum janggal. Airel tersentak.

"Hah?"

Dhia menyabarkan dirinya dari menyepak anak orang. Senyum ditayang penuh kepura-puraan.

"Aku kata nak keluar. Tolong tepi sikit," ujar Dhia sambil menghela nafas perlahan. Airel tersenyum sinis.

"Aku ingat kau nak mengorat tadi. Tak apa lah. Nah lalu lah. Buat hilang mood aku aja," ujar Airel lalu terus berlalu masuk kedalam kelas. Sebelum itu sempat lagi Airel mengenyit mata kepada Dhia. Dhia yang masih terpinga-pinga disitu akhirnya membuat mimik muka.

"Mengorat? Erghhhh..." desis Dhia perlahan.

Dhia mengatur langkah menuju kearah terletaknya tandas pelajar perempuan. Baru sahaja dia ingin masuk kedalam tandas untuk mencari Jessica, tiba-tiba matanya menangkap kelibat Jessica yang baru sahaja masuk ke lorong persatuan kelab.

[ HALF CHAPTER ONE ]

DON'T WAKE ME UP [✔]Where stories live. Discover now