D • T • L |8| T H E • T R U E

61 18 0
                                    

30 Minit Sebelum

AKU berjalan keluar dari dewan Utama. Sakit. Sangat sakit.

Dari awal lagi aku tidak patut mengharapkan Cinta Putera Uwaisy. Aku tak layak sama sekali.

Aku mengeluh, langkah kaki aku diaturkan kearah taman istana.

Satu sosok tubuh berdiri dihadapan aku. Tiba-tiba pergerakkan aku terhenti. Aku tergamam.

Baju putih suci yang cantik menyentuh lantai. Berkulit putih.

Dan.

Berambut coklat keperangan.

Siapa dia?

Tiba-tiba wanita tersebut meluru kearah aku lalu memeluk aku. Aku terkedu. Apa yang berlaku sebenarnya ini?

Bahu aku terasa basah.

Dia.. Menangis?

Aku hanya diam. Tidak tahu harus bersuara bagaimana. Wanita tersebut meleraikan pelukan. Dia memandang aku dengan mata yang sembab.

"Dhia.. Puteri bonda.. "Aku tersentak. Aku memandangnya hairan.

Bonda?

"Mak cik... Siapa? " Tanya aku pelik.

Dia tersenyum.

Hoodie aku diturunkan. Topeng aku ditanggalkan. Tapi, tidak pula aku menghalang. Dia menyentuh pipi aku perlahan. Dia mendekatkan bibirnya ke dahi aku.

Hangat.

Aku memejamkan mata. Aku.. Aku dapat rasakan yang aku dekat dengannya.

Dia memandang aku sayu.

"Puteri. Maafkan bonda kerana tidak menghalang kamu. Percayalah, bonda amat menyayangi kamu puteri. "Kata wanita tersebut beserta senyuman. Air mata masih mengalir di tubir matanya.

Aku kehilangan kata.

"Bonda? "

Wanita itu mengangguk perlahan.

"Bonda tidak menyangka yang Puteri sakit. Bonda rindukan Puteri. Ayuh nak. Kita harus pergi sekarang. Kita kesuntukkan masa. " Kata wanita yang menggelarkan dirinya bonda.

"Pergi? Kemana? " Tanya aku hairan. Dia, ibu aku?

"Kerajaan kita puteri. Antlusia. Kita harus keluar dari istana ini. " Kata wanita tersebut.

Zappp!

An.. Antlusia?!

Aku memandangnya. Jadi aku.. Aku keturunan Ratu Mersya? Selama ini..

Aku..

Aku bermusuhan dengan..

Putera Uwaisy?

"Kita dari Kerajaan Ratu Mersya? Ki-kita bermusuhan dengan kerajaan ni? " melihat wanita itu mengangguk, aku tergaman.

Jadi.

Warna rambut aku selama ini.. Kata-kata orang sekeliling adalah benar?

"Aku bondamu puteri. Bonda ialah Ratu Mersya, puteri. Bonda adalah Mersya Dhiana, " ujar wanita tersebut. Kenyataan itu membuatkan aku kehilangan kata.

Jadi, Uwaisy bukannya kekasih Ratu Mersya? Ratu Mersya bonda aku? Aku lah puteri Antlusia? Kenapa aku berada disini? Ya Allah! Apa semua ini?!

DON'T WAKE ME UP [✔]Where stories live. Discover now