D • T • L |9| S E C R E T

53 17 0
                                    

AKU terus bangun dari perbaringan. Tanpa amaran, air mata aku laju membasahi wajahku. Aku tertunduk sambil tidak henti-henti menangis.

Selama ini aku menyaksikan diri aku sendiri yang lemah dibuli.

Selama ini aku menyaksikan diri aku sendiri yang keseorangan.

Selama ini aku kesiankan diri aku sendiri.

Bersimpati dengan diri sendiri.

Aku tidak dapat menahan rasa lagi. Aku meraung sekuat-kuatnya.

"Arghhhhhhhh!!! " Habis bantal yang berada diatas katil aku baling kebawah. Aku meraup kasar wajah aku.

Jika apa yang aku mimpikan selama ini adalah realiti? Apa yang aku alami sekarang ini adalah apa? Ilusi? Imaginasi? Atau mimpi?

Ya Allah! Mengapa realiti aku begitu sadis?! Mengapa kau kembalikan ingatan aku yang lepas? Mengapa engkau tidak melenyapkan sahaja memori itu, Ya Allah..

Aku menepuk dada aku kuat. Badan aku mengerekot menahan sendu. Apa yang aku rasai ini?

Aku dimana? Jika mimpi aku sebelum ini adalah realiti sebenarnya, jadi situasi yang aku alami sekarang ini adalah apa?

Mimpi?

Mimpi yang panjang?

Atau aku yang tercampak ke relung waktu yang berbeza?

Aku meraup kasar wajah aku.

"Ya Allah... Andai ini mimpi, jangan Sekali-kali bangunkan aku.. Aku lebih rela terus berada di alam mimpi ini sekiranya realiti sebenar aku begitu kejam sekali... "

Setelah menuturkan kata-kata itu, terus mata aku terpejam rapat. Rapat serapat-rapatnya.

Lupakan.

Aku akan lupakan apa yang aku alami tadi. Kerana, hidup aku sekarang disini.





RATU MERSYA mengusap perlahan bingkai lukisan wajah seseorang. Aku hanya memandangnya pelik.

Ratu Mersya tersenyum. Dia memandang kearah aku.

"Inilah Ayahanda. Almarhum Andry Zulkarnain. " Aku mengangguk perlahan lalu menatap segenap wajah lelaki muda yang masih kelihatan gah. Mungkin berumur dalam akhir 20-an ataupun awal 30-an.

Aku memandang kearah Ratu Mersya. Ingin bertanya perihal Ayahandaku tetapi terbatal saat terpandangkan sejambak bunga yang mekar didalam sebuah pasu di atas meja berhampiran gambar potret ini.

Aku kenal gubahan itu. Sangat kenal. Aku berjalan mendekati pasu tersebut lalu memandang kearah Ratu Mersya.

"Bonda. Bunga ni pemberian Putera Uwaisy ke? " Pertanyaan aku dibalas dengan anggukan.

Aku mula berkerut. Andai kerajaan kami betul-betul bermusuhan, bagaimana bunga ini elok sahaja disini.

Ratu Mersya mengusap lembut rambut aku.

"Bonda sayangkan Putera. Bonda dan dia pernah rapat sebelum permusuhan ini. Dalam setahun pasti sahaja kami akan berjumpa walaupun sekali. Bonda sudah menganggap Putera Uwaisy seperti anakanda Bonda sendiri. Hanya kamu yang enggan berjumpa dengannya sebelum ini. " Kata-kata Ratu Mersya mengundang persoalan dari aku.

DON'T WAKE ME UP [✔]Where stories live. Discover now