Misi : Rindu?

4.1K 193 48
                                    

2 bulan telah berlalu selepas Boboiboy menyertai M.A.T.A. Semuanya berlalu dengan baik bagi Boboiboy. Semua misi yang diterima Boboiboy dilakukan dengan baik.

Jeneral : Bagus Ejen Khairul! Satu lagi misi yang berjaya!
Boboiboy : Terima kasih, Jeneral! *tabik*

Boboiboy memang tak ada masalah untuk selesaikan semua misinya, kerana ketika di TAPOPS pun, dia dapat lakukan misinya dengan baik.

Jeneral : Kalau kamu teruskan prestasi macam ni, tak mustahil kamu akan jadi seorang ejen yang berjaya!

Boboiboy hanya tersenyum mendengar kata kata Jeneral Rama.

Jeneral : Kamu boleh pergi.

Boboiboy memberi tunduk hormat sebelum keluar dari bilik itu. Jeneral Rama tersenyum. Memang dah lama dia nantikan seorang ejen yang hebat seperti Boboiboy. Hologram Ejen Dayang dan Ejen Ganz muncul di dalam bilik itu.

Dayang : Akhirnya, seorang ejen yang berguna dan kuat macam Ejen Ridzuan.....
Ganz : Malangnya Ejen Ridzuan belot kita!
Jeneral : Kita kena pastikan Ejen Khairul tidak tinggalkan M.A.T.A seperti Ridzuan. Faham?
Dayang, Ganz : Faham, Jeneral.

Beralih ke Boboiboy, di luar bilik itu.

Ali : Tahniah Boboiboy! Kau berjaya selesaikan satu lagi misi bersendirian!
Boboiboy : Terima kasih, Ali. *senyum manis*
Jet : Kau memang hebat! *tepuk bahu Boboiboy*
Boboiboy : Terima kasih, Jet.

Apa sebenarnya misi Boboiboy? Mari kita tengok.

Flash back~

Boboiboy sedang mehendap ke dalam sebuah gudang. Terdapat ramai orang berada di dalam gudang itu. Gudang itu adalah markas sebuah kumpulan penjenayah yang dikehendaki M.A.T.A. Misi Boboiboy adalah untuk merampas kembali sebuah teknologi yang dicuri oleh mereka. Jam menunjukkan pukul 8:30 malam. Semua pencuri itu keluar dari gudang. Masa itu lah Boboiboy bertindak. Boboiboy berlari ke arah barang itu, mengambilnya, dan keluar dari gudang itu. Semasa Boboiboy berlari ke arah sebuah lorong yang sunyi, sebuah cahaya disuluh kan ke arah Boboiboy.

??? : Penceroboh! Dia dah curi azurium tu! Tangkap dia!

Boboiboy telah tertangkap. Dia dikepung oleh 10 orang lelaki dewasa di seluruh tempat. Tapi, Boboiboy langsung tak cemas. Boboiboy berlari ke arah dinding dan melompat ke udara. Logo di cekak rambut Boboiboy ditekan. Cekak rambutnya berubah menjadi Tukul Thor.

(Harien : Author.......... *dah pegang pisau*
Author : Er...... Author gurau jelah....)

Cekak rambutnya berubah menjadi sebuah tukul yang besar. Tukul itu dibaling ke arah salah satu lelaki itu dan mengenai kepalanya. Lelaki itu pun pengsan. Boboiboy berputar ke bawah, dan menendang 2 orang lagi menyebabkan mereka berdua tercampak. Boboiboy menghalakan tangannya ke udara.

Boboiboy : Boboiboy Gempa! Boboiboy Taufan! Elemental Fusion! Boboiboy Sandstorm!

Boboiboy menggunakan kuasa fusionnya. Boboiboy mehentak tanah. Keluarlah pusaran taufan yang dipenuhi pasir. Ribut pasir itu berjaya mengaburkan mata pengjahat itu. Kerana ada peluang, Boboiboy pun melarikan diri.

Flash back off~

Boboiboy : Aku nak pergi dulu. Bye!
Jet, Ali : Bye!

Boboiboy berlalu pergi dari situ. Rupa rupanya, Boboiboy pergi ke atap bumbung yang sama seperti episode terakhir Season 1. Di sana, ada Fang dan Ochobot.

Fang : Bagus Boboiboy. Misi yang ke 5 pun berjalan lancar seperti biasa.
Boboiboy : Terima kasih Fang! *senyum comel*
Fang : Hehe. Sama sama. *gosok rambut Boboiboy kasar*
Boboiboy : Hei! Habis rambut aku! 😣 *betulkan balik rambut dia*
Ochobot : Haduh, korang ni. Memang tak pernah nak bebaik dengan cara normal. ( ̄▽ ̄;)
Fang : Alah, kau ni Ochobot. Macam lah kau tak kenal kami. Kami kan Frienemy. Memang lah tak pernah nak berbaik dengan normal. (* ̄︶ ̄*)
Ochobot : Yelah yelah. =_=

Mereka memandang langit malam yang dihiasi bintang bintang yang menyinari malam itu dia atas bumbung itu. Permandangan yang cantik itu memang tak akan tak boleh buat orang terpukau bila melihatnya. Tiba tiba, Boboiboy bersenandung dan bernyanyi.

Boboiboy : Hm~ A shining star~ Shining bright all night~ They always there with me when I'm alone~

Tiba tiba, Fang bernyanyi bersama Boboiboy.

Fang : You are my star~ always shine my life~ so~ don't go~

Boboiboy mula mula terkejut bila mendengar Fang bernyanyi bersamanya. Tidak lama kemudian, Boboiboy tersenyum. Mereka bertiga bernyanyi bersama.

Fa, Bo, Ocho : Oh~ You are my shining star~! You the only thing I have~! So, please! I only ask for one thing~ Don't~ Go~........

Mereka melihat sesama sendiri.

Fa, Bo, Ocho : Hahahahaha!
Fang : Hm........... Korang. Korang...... Rindu tak dengan Pulau Rintis?

Boboiboy dengan Ochobot melihat ke arah Fang.

Boboiboy : Kenapa kau tanya?
Fang : Aku cuma..... Rindu. Dah 2 bulan kita tak kembali ke Pulau Rintis.
Ochobot : Betul jugak kata kata Fang tu. Kita dah lama tak pulang ke Pulau Rintis.

Mendengar kata kata Fang dan Ochobot, dahi Boboiboy berkerut.

Boboiboy : Kalau korang nak pulang ke Pulau Rintis, pulang lah. Tapi aku tak nak ikut.

Fang dan Ochobot terkejut mendengar kata kata Boboiboy.

Ochobot : B-Boboiboy? Apa maksud kau?
Boboiboy : Aku tak nak kembali semula ke Pulau Rintis. Aku tak nak kembali semula ke tempat yang telah buat aku rasa diketepikan. *bisik* Sama macam rumah lama aku........

Fang dan Ochobot memandang sayu ke arah Boboiboy. Fang bangun dan memegang bahu Boboiboy.

Fang : Hei, kami tak paksa kau untuk kembali. Kalau kamu rasa tak selesa, kau tak perlu pergi.

Fang memeluk Boboiboy. Boboiboy terkejut. Ochobot pun peluk Boboiboy. Boboiboy terkaku seketika. Tidak lama kemudian, Boboiboy memeluk mereka kembali.

Boboiboy : *bisik* Terima kasih sebab dah jadi kawan aku, korang........
Fang, Ochobot : Sama sama.....













822 perkataan

Uhuk! Sorry lah bosan. Author cuba jadikan episode ni panjang, tapi jadi bosan pulak. 🙁 Terima kasih dah baca cerita ini! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Where stories live. Discover now