Misi : Do Anyone Care, If A One Light Turn Out?

2.9K 179 81
                                    

Kembali ke M.A.T.A, Boboiboy sedang berlatih bersama Fang di bilik latihan M.A.T.A. Semua ejen yang lain duduk jauh jauh dari mereka berdua. Nak tahu sebab apa? Sebab Boboiboy dan Fang berlawan dah macam perang dunia ketiga. Dah macam peperangan sebenar. Mereka semua takut kena serang dengan mereka berdua.

Boboiboy : *cekak berubah menjadi pedang* *serang Fang* Hiyah!
Fang : *elak* Heh! Lemah! *serang Boboiboy*
Boboiboy : *elak* Siapa yang kau panggil lemah, hah?

Mereka berdua sambung menyerang antara satu sama lain. Ejen ejen yang lain dah menggigil melihat pertempuran antara dua ahli baru M.A.T.A. itu.

Geetha : I-ini cuma latihan.... Tapi diorang berdua dah macam berperang betul betul.......

Para ejen muda dah menggigil melihat mereka berdua bertarung.

Moon : Janji, kita jangan cari pasal dengan diorang berdua kalau masih sayang nyawa.
All-Moon : Janji.

.
.
.
.
.
____________________________________

Sudah tiba masa rehat. Boboiboy dan Fang berehat di kerusi di sudit bilik latihan itu selepas penat bertarung. Memang mereka berlawan dah macam perang dunia ketiga, tapi langsung tak ada satupun luka di badan mereka!!! Mereka berdua meminum air yang diberi oleh Ochobot.

Ochobot : Korang tadi berlawan macam dah nak kiamat aku tengok. =_=
Fang : Hehe.
Boboiboy : Sorry, Ochobot. Kami cuma terlebih teruja je. Dah lama tak berlawan macam ni, sejak Retakka ditewaskan.....

Mereka bertiga tiba tiba sahaja diam. Keadaan menjadi senyap seketika.

Fang : Kau.... Memang tak nak kembali semula, kan?

Tiba tiba, sebuah soalan keluar dari mulut penguasa bayang itu.

Boboiboy :........ Buat apa aku nak kembali, ke tempat dimana tak ada sesiapa perlukan aku lagi?

Boboiboy menjawap soalan itu, dengan nada menahan air mata.

Boboiboy : Mereka semua dah tak perlukan aku. Aku ni dah macam tak pernah wujud, di mata mereka. Aku dipinggirkan.....

Keadaan kembali senyap sekali lagi. Ia membuatkan Fang rasa tak selesa.

Fang : Eh.....
Boboiboy : Aku tak pernah ceritakan masa lalu aku, pada korang, kan?

Boboiboy melihat ke mata mereka berdua.

Ochobot : Y-ya.....

Boboiboy mengeluh berat.

Boboiboy : Aku bukan benci mereka, tanpa sebab. Aku bencikan semua manusia dalam dunia ni. Aku tak sanggup lagi.....

Boboiboy terbehenti seketika. Dia cuba kumpulkan kekuatan untuk teruskannya.

Boboiboy : Masa aku masih bersekolah rendah di Kuala Lumpur, hidup aku sengsara. Aku selalu di buli di sekolah. Mereka akan buli aku setiap hari. Aku..... Tak pernah dapat kasih sayang seorang ibu dan ayah. Mereka berdua..... Selalu sibuk dengan kerja. Aku selalu ditinggalkan di rumah..... Seorang diri.....

Setitis air mata mengalir keluar dari mata sang penguasa elemental itu. Fang dan Ochobot merasa simpati pada Boboiboy.

Boboiboy : Lepas perlawanan dengan Borara, aku balik ke Kuala Lumpur untuk bertemu mereka berdua, selepas 3 tahun tak bersekemuka..... Bila aku sampai..... Mereka tak ada di rumah lagi... Jadi, aku pun tunggu mereka berdua. Tidak lama selepas tu.... Aku dapat satu panggilan..... Korang nak tahu apa orang di telefon tu kata.....?

F

ang dan Ochobot mengangguk kepala mereka perlahan lahan. Mereka sangat penasaran dengan latar belakang seorang superhero bumi ini.

Boboiboy : D-dia ka-kata..... Ya-yang..... Mak a-aku d-d-dah dibu-bunuh oleh M-mafia pada malam itu....... Hisk..... A-aku tak se-sempat n-nak ucap se-selamat tinggal.... Hisk.....

Suara Boboiboy tersekat sekat. Dia tak dapat tahan air matanya dari mengalir keluar dari matanya lagi. Memori lama yang pahit itu membuatkan hati Boboiboy sebak. Dia tak nak ingat semua tu lagi. Fang dan Ochobot terkejut mendengar kata kata Boboiboy itu. Mereka berdua berasa simpati pada Boboiboy.

Boboiboy : K-keesokkan ha-harinya..... A-ada o-orang ketuk pi-pintu rumah a-aku.... A-aku pun bukak.... Ada p-polis dekat depan rumah aku..... Dia kata..... A-ayah aku dah hilangkan d-diri.... Sama waktu d-dengan pembunuhan m-mak aku.... Hisk......

Boboiboy berusaha menahan air matanya dari mengalir semula. Tapi, dia tak berjaya. Dia tak dapat menahan luka di hatinya lagi. Dia dah simpan luka itu TERLALU LAMA. Fang dan Ochobot dah tak tahan lagi lihat Boboiboy sedih. Mereka berdua memeluk Boboiboy erat. Boboiboy terkejut dengan tindakkan mereka berdua.

Fang : Hei.... Janganlah sedih.
Ali : Ya. Janganlah sedih.

Mereka bertiga terkejut. Mereka bertiga memandang Ali. Di belakang mereka, terdapat Ali, Alicia, Rudy dan Jeneral Rama Rama. Mereka berempat dah dengar, SEMUANYA.

Ali : Kami dah dengar, semuanya.
Alicia : Janganlah risau. Kau tak keseorangan.
Rudy : Aku pun pernah rasa ditinggalkan. Kita senasib.
Jeneral : Tapi sekarang, kamu sudah berada di M.A.T.A. Kamu boleh lupakan semua kenangan pahit itu di belakang kamu. Kamu dah tak keseorang lagi. Kami semua, ada untuk kamu.
Alicia : Betul kata Jeneral. Kami semuakan, kawan kau?

Boboiboy terdiam seketika. Boboiboy melihat ke arah mereka berempat. Tiba tiba, air mata kembali mengalir dari mata penguasa elemental itu. Mereka yang berdekatan dengan Boboiboy terkejut. Boboiboy mengukir senyuman dibalik air mata itu.

Boboiboy : Terima kasih, korang....

Mereka semua menghembus nafas lega.

Ali : Sama sama. Kita semuakan kawan. Apa gunanya kawan, kalau tak bantu kawannya yang dalam kesusahan kan?
Boboiboy : Y-ya....
Jeneral : Kamu semua dah boleh bersurai.
Ali : Yes!

Mereka berempat berjalan menjauhi Boboiboy, Fang dan Ochobot dan keluar dari bilik itu. Fang, Boboiboy dan Ochobot melihat mereka semua pergi.

Boboiboy : Aku tak bagitahu semuanya lagi. Yang aku ceritakan tadi, itu hanya pemulaan.

Boboiboy berdiri. Fang dan Ochobot melihat Boboiboy dengan wajah tertanya tanya.

Boboiboy : Tapi, aku rasa korang dah tahu sambungannya. Seperti yang aku pernah kata, WHO CARE IF ONE LIGHT TURN OUT? WELL...... NO ONE CARE........

Fang dan Ochobot terkejut mendengar kata kata Boboiboy itu. Mereka pernah dengar ayat itu..... Boboiboy berjalan keluar dari bilik itu. Fang dan Ochobot masih lagi terkaku di kerusi itu.




















899 perkataan

Yay! Dah diap! Macam mana reader semua? Maaflah kalau bosan. Author dah hilang mood dan idea. TwT Bye semua! Arigato! Sayonara! Carbonara! Author here to say goodbye, roger and out! *baling bom ninja* *hilang*

Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Where stories live. Discover now