Misi : Masa Lalu

2.1K 158 23
                                    

Boboiboy berjalan jalan di Cyberaya kerana mahu menolong mak cik Kantin di M.A.T.A beli barang dapur. Budak baik lah nak katakan~ Boboiboy pun masuk ke pasar raya dan membeli semua barang yang tertulis di list.

Boboiboy : Kacang kuda, roti, minyak masak, kaya, beras, telur, kicap, rebina, tayar, bangglo, kereta-

(All : AUTHOR......... *dah pegang parang, kuali kereta kebal dan macam macam lagi setiap orang*
Author : Er.... Bye! *baling bom ninja, hilang*)

Boboiboy : Kacang kuda, roti, minyak masak, kaya, beras, telur, kicap, rebina, tepung, mentega, timun, bawang, alamak, banyaknya.....

Boboiboy hanya menghembus nafas kecewa sebab banyak sangat barang yang nak kena beli. Boboiboy pun mengambil troli dan pergi ke tempat semua barang barang yang kena beli tu.

Boboiboy memeriksa sekiranya semua barang yang ada dalam list sudah ada di dalam troli.

Boboiboy : Ada, Check. Ada, Check. Ada, Cheak. Ok. Semua dah ada. Tinggal bayar je.

Boboiboy pun beratur di barisan untuk bayar. Tidak lama kemudian, giliran Boboiboy pun tiba.

Kaunter : Semuanya RM123.
Boboiboy : Nah. *bagi duit*

Setelah selesai semuanya, Boboiboy pun keluar dari kedai itu. Tiga plastik beg BeSaRrRrRrR di jinjing Boboiboy sorang sorang. Boboiboy dah tahu yang akan banyak barang yang kena beli. Tapi, dia tak sanggup minta bantuan orang lain. Yelah. Kan orang lain yang selalu minta bantuan dia. Dia tak sanggup bak susahkan orang lain dengan masalah dia.

(Author : Ok, Author nak murung dalam liang lahad jap sebab kesuci murnian hati Boboiboy dalam buku ni qwq *masuk dalam liang lahad*)

Tapi, Boboiboy tak larat angkat plastik tu sorang sorang. Yelah. Kan badan dia sekeping je, kurus, ramping mengalahkan perempuan :V. Tangan pulak macam batang penyapu. Nak minta bantuan Elemental dia, dia kan bukan dekat Pulau Rintis lagi. Dia sekarang dekat Cyberaya. Dia tak boleh tunjukkan kuasanya pada penduduk Cyberaya. Penduduk Cyberaya, korang tahu kan macam mana. Kalau nampak yang Boboiboy ada kuasa, mesti dia akan ditangkap oleh saintis dan dijadikan tikus makmal.

Nasib baik Boboiboy dah hafal semua kawasan di Cyberaya. Boboiboy menggunakan jalan sunyi yang berada tidak jauh dari kedai itu yang menuju ke Pintu Masuk M.A.T.A. Ianya jalan pintas.

Boboiboy berehat sekejap di sana kerana letih mengangkat plastik plastik beg itu.

Boboiboy : Huh.... Penatnya....

Semasa duduk di atas tanah, Boboiboy tak sedar, ada beberapa pasang mata memerhatikan Boboiboy.

Mereka pun keluar dan mengelilingi Boboiboy. Boboiboy terkejut.

Di depannya sekarang, 10 lelaki dewasa yang berbadan SADO semuanya, menatap Boboiboy dengan menyeramkan.

???1 : Hoi, budak!!! Kenapa kau di sini?! Ini kawasan kami!!!
Boboiboy : M-maaf! Saya tak tahu!
???1 : Tiada maaf bagi mu!!! Sesiapa yang masuk ke dalam kawasan kami, akan dibelasah cukup cukup!!! Geng!!!

Mendengar arahan ???1, selaku ketua mereka, mereka semua mengenggam tangan mereka.

Berlakulah aksi tumbuk menumbuk di lorong sunyi itu. Boboiboy ditumbuk di perut, dimuka, diseluruh badan. Banyak darah terpecik keluar dari mulut Boboiboy akibat tumbukkan yang kuat itu. Boboiboy tak mampu melawan. Dia biarkan sahaja tubuhnya ditumbuk habis habisan oleh geng itu.

Skip time, selepas puas menyeksa Boboiboy, mereka pun berlalu pergi meninggalkan Boboiboy yang berada di tahap sedar tak sedar. Boboiboy melihat mereka pergi meninggalkan dirinya terbaring lemah di atas tanah.

Boboiboy : Thinking back then.... Semua ni sama macam dulu.... Dibuli kerana berbeza dari yang lain.... Dah lama tak rasa kesakitan bergini...

Suara Boboiboy serak akibat darah yang keluar secara paksa dari kerongkongnya.

Ya. Sebelum Boboiboy mendapat kuasa, atau tepat lagi, semasa Boboiboy berumur 8 tahun, Boboiboy masuk ke sekolah public. Sebelumnya, Boboiboy disekolahkan di rumah sahaja oleh ibu bapanya dan seorang guru yang disewa orang tuanya.

Boboiboy ada masalah membuat kawan, kerana dia tak pernah keluar rumah seumur hidupnya dulu. Dia hanya berkawan dengan pembantu rumahnya yang bernama Kak Zulaika. Tapi, Kak Zulaika meninggal akibat kemalangan semasa mahu balik dari beli barang dapur. Kehilangan satu satunya kawan baiknya, membuatkan Boboiboy selalu mengurung dirinya di dalam bilik.

Setelah berjaya memujuk Boboiboy untuk bersekolah semula, Boboiboy dimasukkan ke sekolah public. Boboiboy pada mulanya, hanya berseorangan. Sehinggalah, seorang budak sekelas dengannya. Boboiboy terima sahaja.

Tapi, Boboiboy tak tahu, rancangan budak itu. Budak itu mengajak Boboiboy ke belakang sekolah. Kerana tak mencurigai apa apa pun, Boboiboy pun pergi sahaja ke belakang sekolah. KESALAHAN YANG BESAR.

Bila dah sampai di belakang sekolah, Boboiboy dibaling telur dari segala arah dari semua murid di kelasnya. Tidak sampai di situ, setelah telurnya habis, Boboiboy dibuli oleh mereka semua. Ditumbuk, di tendang, ditarik rambut, macam macam lagilah.

Boboiboy bertanya, kenapa mereka buat begitu pada dia. Mereka kata, Boboiboy berlainan dari mereka. Kerana rambut putihnya. Boboiboy menjadi trauma dibuli. Dia selalu diejek tua dan atok di sekolah.

Kerana tak tahan, Boboiboy memberi tahu semuanya pada ibu dan ayahnya. Mereka terkejut. Kerana kasihan dengan anak semata wayang mereka, mereka meminta salah satu kawan ayahnya membuat sebuah topi, khas untuk anak mereka, iaitu topi yang Boboiboy selalu pakai. Kerana Traumanya, Boboiboy sentiasa memakai topi itu untuk menutup rambut putihnya.

Kembali ke reality, dengan tenaga sisa yang Boboiboy ada, Boboiboy berubah menjadi Solar, dan menggunakan gerakkan cahaya dan pulang semula ke biliknya. Dengan segera, Boboiboy mengambil peti pertolongan cemas dan membalut semua lukanya. Luka di pipinya di tampal dengan plaster.

Setelah itu, Boboiboy menukar bajunya kepada jaket oren lengan panjang untuk menutup balutan di tangannya.

Boboiboy : Mereka tak boleh lihat luka ni.....

Setelah itu Boboiboy pun pergi ke Kantin M.A.T.A. untuk memberikan barang varang itu pada Mak Cik Kantin.

Boboiboy : Mak cik!

Suara Boboiboy sedikit serak.

Kelihatan seorang wanita 30-an berambut coklat gelap ikal mayang keluar dari dapur. Panggil sahaja dia Mak Cik Lilian.

Lilian : Ah! Boboiboy, balik pun kamu.

Boboiboy pun memberi semua barang itu pada Mak Cik Lilian. Tapi, Mak Cik Lilian terperasan plaster yang berada di pipi Boboiboy.

Lilian : Hm? Kenala pipi kamu ada plaster?
Boboiboy : Oh, tadi Boboiboy terjatuh. Luka sikit je. Boboiboy balik ke bilik dulu ya?
Lilian : Baiklah, Boboiboy.

Boboiboy pun balik ke biliknya. Pintu di hempas perlahan. Boboiboy bersandar di pintu biliknya sambil memeluk lutut.

Boboiboy : K-kenapa..... Hisk.... Kenapa aku tak boleh rasa kegembiraan sedikit pun.... Hisk... Kenapa dunia ni kejam sangat dengan aku.... Hisk....


















989 perkataan

Author memang kejam dengan BBB :'V. Sorrylah ya, BBB. Author pergi dulu! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out! *baling bom ninja* *hilang*

Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Where stories live. Discover now