Misi : I Don't Need Anybody! (Tamat)

3K 166 163
                                    

Ali, Alicia, Rudy dan Boboiboy kini berada di bilik utama M.A.T.A. Mereka memandang ke bawah, takut untuk memandang Jeneral Rama.

Muka Jeneral Rama kini kelihatan sangat bengis. Dia sedang sangat marah.

Jeneral : Macam mana kamu berempat boleh gagal?!
All-Jeneral : ......... *tak berani lihat muka Jeneral*
Jeneral : Misi yang senang macam tu pun boleh gagal?! Kan korang dah banyak kali kalahkan diorang, kenapa sekarang boleh kalah?! Ali, kamu sentiasa sahaja gagal bila jalankan misi! Alicia, Rudy, macam mana kamu berdua boleh gagal?! Bukan ke kamu berdua ni Ejen Muda yang paling kuat antara mereka?!
Ali, Alicia, Rudy : *tunduk ke bawah sahaja*
Jeneral : Ejen Khairul. Boboiboy, macam mana kamu boleh gagal misi yang satu ini?! Selama ini, senang sahaja kamu selesaikan semua misi, kenapa yang ini kamu mesti gagal?!
BBB : *tak berani angkat kapalanya untuk lihat muka Jeneral*
Jeneral : Saya ingatkan kamu ini yang paling kuat antara mereka semua, tapi kamu sama sahaja. LEMAH.

Terkejut Boboiboy bila mendrngar perkataan terakhir yang keluar dari mulut Jeneral Rama.

Jeneral : Sudah. Kamu semua keluar sekarang. Jangan tunjukkan muka kamu semua pada saya sehingga kamu fikirkan apa yang kamu semua telah buat hari ini.

Mereka berempat pun keluar dari bilik itu dengan rasa bersalah.

Boboiboy berhenti sementara bila terdengar Jeneral seperti bercakap dengan seseorang.

Jeneral : Huh.... Kenapalah kita selalu dapat Ejen yang lemah lemah semuanya?! Tak ada ke Ejen yang berguna lagi sekarang ni? Pertama, Ejen Jenny belot kita, lepas tu, Ejen Ridzuan. Huh....

Kedengaran suara ketua teras dari dalam bilik itu.

Ganz : Ejen yang ada sekarang semuanya lemah lemah. Saya ingatkan Ejen Khairul, Alicia dan Rudy berbeza. Rupanya sama sahaja macam yang lain.
Dayang : Kita tak perlukan ejen yang lemah dalam M.A.T.A. Ejen yang lemah, semuanya SAMPAH.

Mahu sahaja Boboiboy menjerit kerana marah bercampur sedih. Tapi, dia tahan sahaja, dan pergi dari situ.

.
.
.
.
.
.
.
.

Boboiboy menguncikan dirinya di dalam biliknya. Dia bersandar di pintu bilik dan memeluk kakinya.

BBB : Semua yang aku buat selama ni.... Tak bermakna ke....? Yang penting pada mereka..... Hanyalah ejen yang kuat sahaja.... Ke? Mereka..... Sama sahaja dengan yang lain...... Mereka semua sama sahaja macam TAPOPS...... Sama sahaja macam penduduk Pulau Rintis......

Boboiboy melihat ke depan dengan tatapan menyeramkan.

BBB : Aku tak perlukan orang yang hanya pentingkan kekuatan.....

Mata Boboiboy berubah menjadi jingga menyala.

BBB : Aku tak perlukan orang yang seperti mereka.

Baju Boboiboy berubah menjadi jingga tanpa lengan. Blaze, mengawal sekarang.

Blaze : ........

Blaze keluar dari bilik Boboiboy, menuju ke bilik utama M.A.T.A.

Pintu bilik itu ditendang kuat, menyebabkan Jeneral, Ejen Ganz dan Ejen Dayang terkejut.

Dayang : E-Ejen Khairul?

Blaze memandang mereka dengan tatapan yang mengerikan. Irisnya yang menyala terang, menunjukkan yang dia sekarang memang tengah marah besar.

Blaze : Saya dah dengar segalanya.

Blaze memutar mutarkan cakera berapinya di tangan kanannya.

Blaze : Kamu semua hanya mementingkan kekuatan sahaja. Sama seperti mereka semua.....

Mereka memandang Boboiboy dengan pandangan ketakutan.

Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Where stories live. Discover now