Misi : Perlawanan Bola Sepak

2.5K 162 23
                                    

Di M.A.T.A, Boboiboy sedang berada di biliknya. Dia masih lagi tak boleh maafkan TAPOPS. Kenapa Boboiboy marah sangat? Cuba kalau korang dipalaukan, dibuat buat tidak wujud, lepas tu kau pergi. Dan tiba tiba je, mereka datang balik ke kau dan kata, "Kami perlukan kau semula. Kau sahaja harapan kami!". Oh, tolong lah! Kau ingat aku nak sangat ke jadi superhero ni?! Aku jadi pun sebab terpaksa! Korang ingat aku kisah sangat ke dengan alien di luar sana tu?! Mereka dah lah datang tak dijemput! Suka hati nak hancurkan hidup orang!

Boboiboy menggemgam tangannya kuat di bantalnya. Dia sangat sangat marah. Dia tak minta pun untuk jadi seorang yang berkuasa dan kuat untuk menyelamatkan dunia. Boboiboy menghempaskan mukanya ke bantal. Dia menangis sepuasnya dalam diam.

Setelah puas menangis, dia keluar dari biliknya dan keluar dari M.A.T.A. Dia nak tenangkan fikirannya.

Dia telah menghafal seluruh kawasan di Cyberaya. Jadi, dia tak takut kalau dia tersesat. Dia pergi ke kedai serbaneka untuk membeli air.

Setelah dia membayar duit di kaunter, Boboiboy pun berjalan keluar dari kedai serbaneka itu. Dan ketika itulah, dia terserempak dengan Leo. 

Leo : Eh?! Boboiboy!
Boboiboy : Leo!
Leo : Apa kau buat sini?
Boboiboy : Aku beli air je. Kau pula?
Leo : Saja. Kakak aku tu tak habis habis membebel. Aku pun lari lah.
Boboiboy : Pulak. *sweatdrop* 😅
Leo : Eh, Boboiboy. Aku hampir terlupa. Kau nak tak sertai pertandingan bola sepak?
Boboiboy : Pertandingan bola sepak?
Leo : Ya. Pihak Wau sedang mencari pemain pemain muda yang berbakat untuk dijadikan sebuah kumpulan dan akan bermain di seluruh negara. Ini peluang untuk kita!
Boboiboy : Wuish! Betul ke?!
Leo : Ya! Dan ini terbuka untuk Lelaki dan Perempuan. Maksudnya, Mio pun boleh masuk!
Boboiboy : Bagus lah tu! Bagi tahu Azir dan Shin jugak!
Leo : Ok! Aku telefon dia balik rumah nanti. Aku pergi dulu! Bye!
Boboiboy : Ok! Bye!

Mereka berdua pun berjalan kembali ke rumah dan Markas masing masing.

Setibanya di M.A.T.A, Boboiboy datang berjumpa dengan Jeneral.

Boboiboy : Em.... *ketuk pintu* Jeneral. Ini Ejen Khairul. Boleh saya masuk?
Jeneral : Masuklah.

Boboiboy pun membuka pintu dan memasuki bilik utama M.A.T.A itu. Seperti biasa, semuanya berteknologi canggih dan sangat maju. Jeneral duduk di kerusi yang berada di semua meja besi yang besar.

Jeneral : Kenapa kamu mahu jumpa saya, Ejen Khairul?
Boboiboy : Saya mahu tanya, bolehkah saya mahu menyertai pemilihan bola sepak yang diadakan pihak Wau?
Jeneral : Pemilihan bola sepak?
Boboiboy : Ya. Kawan saya ajak saya memasukinya. Lagipun, saya tak ada apa apa nak buat pada masa lapang selama 2 bulan ni. Tak ada apa apa perlawanan di sekolah. Kami akan bermain di seluruh negara kalau terpilih. Jadi, boleh saya sertainya Jeneral?

Jeneral berfikir sejenak. Memang bagus kalau Boboiboy sertai pemilihan tu. Kalau dia sertai, dia adalah benda nak buat sementara Cyberaya masih aman.

Jeneral : Baiklah. Kamu boleh sertai. Saya benarkan.
Boboiboy : Betul ke, Jeneral?!
Jeneral : Ya. Kamu boleh daftar. Bila pemilihan ini berlangsung?
Boboiboy : Tiga hari lagi.
Jeneral : Hm, jadi, bersiap siap lah.
Boboiboy : Terima kasih, Jeneral!

Boboiboy pun keluar dari bilik itu. Kelihatan Fang dan Ochobot berada di depan pintu.

Boboiboy : Oh, korang. Kenapa korang ada dekat sini?
Fang : Er.... Aku terdengar perbualan kau dengan Jeneral... Aku nak ikut sekali, boleh?

Boboiboy tersenyum mendengar soalan Fang. Boboiboy memegang bahu Fang mesra.

Boboiboy : Mestilah boleh! Kau mesti akan jadi Keeper yang hebat!

Fang tersenyum. Syukurlah kawan dia tu setuju.

Fang : Lagi tiga hari kan sebelum pemilihan?
Boboiboy : Ya. Jadi, kita bersiap siap lah.
Fang : Ok.









566 perkataan

Uhuk! No comment. Maaflah dah lama tak update buku ni. 😂 Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Where stories live. Discover now