Misi : Pemilihan Bermula

2.2K 161 23
                                    

Setelah puas menenangkan diri di atas gunung itu, Boboiboy turun kembali ke bawah dan berjalan semula untuk pulang ke M.A.T.A.

Tapi, sebelum itu, Boboiboy singgah di kedai sebentar untuk membeli makanan. Perutnya tetiba rasa lapar. Yelah. Kan dia makan roti je tadi.

Semasa sedang mencari roti, tiba tiba, ada seseorang terlihat Boboiboy, dan sepertinya, dia mengenalinya.

??? : Eh.... Tu macam....

Sosok misteri kayak cik ponti itu pun berlari ke arah Boboiboy dan mensergahnya

??? : Boboiboy!!!

Macam nak melompat ke bulan Boboiboy dibuatnya bila sosok itu mensergah dirinya.

Boboiboy : Huh.... Kus semangat..... Ish! Buat aku terkejut je!
??? : Hehe... Sorry...
Boboiboy : Yelahhhhh. Tapi, kau ni sebenarnya siapa?
??? : Eh lupa. *tepuk dahi* Kau mana kenal aku ma. Kenalkan, aku Viktor. Kawan Ali. Ali selalu ceritakan diri kau pada aku. Selamat berkenalan.
Boboiboy : Oooo. Selamat  berkenalan juga.

Mereka pun bersalaman. Tak tahu kenapa, walaupun baru pertama kali berjumpa, tapi Boboiboy sudah berasa aman dengan Viktor.

Boboiboy : Hm, jadi? Kenapa kau sergah aku tadi?
Viktor : Hehe... *garu belakang tengkuk* Sorry ma. Aku hanya mahu pastikan yang ini kau. Takut tersalah orang sahaja ma.
Boboiboy : Hm... Yelah.... Aku minta diri dulu ya? Nak bayar roti ni.
Viktor : Ok! Bye!

Boboiboy pun berjalan ke arah kaunter dan membayar roti yang dia mahu beli tu.

Mak cik Kaunter : Semuanya RM 6 ringgit dik.
Boboiboy : Nah.

Setelah membayar duit pada mak cik kaunter, Boboiboy pun keluar dari kedai itu dan menuju ke M.A.T.A semula.

Di dalam M.A.T.A, Boboiboy mengurung dirinya di dalam bilik semula.

Kenapa dia kurung diri dia dalam bilik? Sebabnya, hati dia bermain main dengan fikirannya lagi. Tapi, kali ni, dah lama berlaku. Dah nak dekat sebulan.

Boboiboy mengalihkan fikirannya ke dalam jamnya, untuk berbincang dengan adik adiknya.

Siapa lagi kalau bukan Elemental Boboiboy.

Boboiboy membuka matanya, dan dia kini berada di dalam jamnya. Di depannya, semua Elemental melihat Boboiboy dengan wajah terkejut.

Mereka memang tak pernah berjumpa dengan Boboiboy sebelum ni. Ini adalah kali pertama. Mestilah mereka terkejut, bila tiba tiba sahaja tuan mereka ada di depan mereka.

Gempa : T-tuan...?

Mereka tergamam. Tidak mampu berkata apa apa. Mereka hanya mampu memandang wajah yang memang tidak asing lagi bagi mereka, tapi inilah pertama kali mereka berjumpa berhadapan.

Boboiboy, yang melihat riaksi mereka, hanya mampu ketawa kecil. Dia pun mendekati mereka bertujuh. Kuasa kuasa Elemental. Kuasa milik Boboiboy. Tapi, sudah dianggap sebagai keluarga bagi dia. Boboiboy menggusap perlahan kepala Gempa yang dilindungi oleh topi coklat kehitaman.

Boboiboy : Hai. Semua. Aku nak bincang sesuatu dengan korang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Skip time, keesokkan harinya, hari yang ditunggu oleh mereka berenam.

Mereka bersiap sedia, segala kelengkapan sudah disiapkan. Mereka semua pun berjumpa di Stesyen Kereta Api Cyberaya.

Leo : Hm.... Mana diorang ni?

Leo dan Mio sudah tiba lebih awal di stesyen itu. Kes budak budak rebina terlebih umur kurang kasih sayang yang terlalu excited katanya.

Mio : Hish! Mana diorang ni?! Dah hampir 1 jam kita tunggu ni!

Yes. Diorang memang jenis tak reti sabar. Segalanya mahu disiapkan awal awal. Memang tak mustahil yang mereka antara pelajar paling penting di sekolah dari sudut akademi dan kokurikulum.

Beberapa minit kemudian, barulah kelihatan kelibat Boboiboy, Fang, Azir dan Shin.

Leo : Hah! Tu diorang!

Mereka berempat pun mendekati mereka berdua. Mula dah mulut celoteh Mio.

Mio : Kenapa korang lambat?! Dah nak dekat 1 jam tau kitorang tunggu korang!
Boboiboy : Eh? Lambat? Tapi, baru pukul 8. Kan ni masa yang kita janji?

Azir, yang memang dah masak dengan perangai 2 ekor kembar tu, menepuk bahu Boboiboy, untuk mengalihkan perhatian Boboiboy padanya.

Azir : Hm.... Diorang berdua ni, memang jenis tak reti nak sabar. Semuanya nak buat awal awal. Sampai, masa kerja sekolah yang cikgu bagi 1 minggu untuk siapkan, 2 hari je diorang siapkan dan bagi pada cikgu. =w=
Boboiboy : Pulak? 😅

Leo dan Mio, yang mendengar Azir berkata bergitu, hanya mampu bersiul menahan malu.

Kereta api pun sampai di stesyen itu. Setelah kereta api berhenti, mereka pun masuk ke dalam kereta api itu.






643 perkataan

Hai hai! Sorrylah sebab episode kali ni pendek. Idea lari tak nak kawan dengan Author :'D. Tunggu episode seterusnya, Arigato. Sayonara. Satu langit kita berlindung. Satu planet kita hidup. Author here to say goodbye, roger and out.


Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Where stories live. Discover now