BBB dan Fang pergi ke padang sekolah untuk berlatih untuk pemilihan bola sepak 2 hari lagi.
Fang : Eh..... Hari ni kan cuti? Macam mana kita nak masuk ke dalam sekolah?
BBB : Jangan risau lah. Aku kan ada dekat sini.
Fang : Ok...?Mereka pun sambung berjalan sehingga sampai di depan pagar sekolah.
BBB : Pak Cik!
BBB melambaikan tangannya ke arah pegawai keselamatan sekolah, Pak Cik Hassan, yang baru sahaja ingin keluar dari pondok pegawainya.
Hassan : Eh? *toleh* Eh?! Boboiboy!
Pak Cik Hassan pun berjalan mendekati mereka berdua.
Hassan : Eh? Ni siapa Boboiboy? Kawan kamu ke? Pak Cik tak pernah nampak pun sebelum ni.
BBB : Ya, pak cik. Ni kawan saya, Fang. Pak cik tak pernah nampak dia sebab dia memang bukan sekolah sini. Dia.... Sekolah di luar Cyberaya.
Hassan : Oooo. Selamat berkenalan, Fang. Nama Pak cik, Hassan. Pak cik Pak Guard di sekolah ni. *senyum nampak gigi*
Fang : Selamat berkenalan, pak cik. *senyum*
Hassan : Oh, ya. Korang datang ni, sebab nak guna padang sekolah kan?
BBB : Ya, pak cik!
Hassan : Wokeh! Kawan kawan kamu pun dah sampai dah tu.Dengan segera, Pak Cik Hassan pun membuka pintu pagar sekolah. Boboiboy dan Fang pun masuk ke dalam kawasan sekolah.
BBB : Terima kasih, pak cik!
Hassan : Sama sama.Mereka berdua pun terus berjalan untuk ke padang sekolah.
Fang : Boboiboy, macam mana Pak Cik boleh tahu yang kita nak guna padang sekolah?
BBB : Kau tak tahu ke? Aku, Mio, Leo, Azir dan Shin adalah tulang belakang kepada semua pasukan olahraga sekolah. Semua pertandingan olahraga yang diadakan sekolah, semua kami masuk. Dah, kami selalu menang. Oleh kerana pencapaian kami, kami dibenarkan menggunakan padang sekolah untuk berlatih.
Fang : Ooo..........Fang hanya meng "o" kan sahaja apa yang dikatakan Boboiboy. Memang tak boleh dinafikan lagi, Boboiboy memang jago dalam olahraga, sejak sekolah rendah dan pertama kali mereka berjumpa. Boleh jadi menakutkan jugak kalau main bola dengan si topi dino ni. Boleh patah tulang dibuatnya.
Mereka pun sampai di padang sekolah. Kelihatan Mio, Leo, Azir dan Shin sudah berada di padang itu.
BBB : Korang!
Boboiboy berlari ke arah mereka, diikuti Fang dari belakang.
Azir : Eh? Boboiboy! Sampai pun.
BBB : Hehe... Sorry. Ketua asrama aku tu tak bagi aku keluar awal.
Shin : Tak apa. N-ni siapa?
BBB : Oh, ni kawan aku, Fang.
Fang : Hai.
BBB : Aku bawa dia, sebab dia ni pun nak masuk pemilihan tu jugak. Dia ni keeper yang hebat tau.
Mio : Wuishhh! Bagus tu! Stiker dah ada, defend dah ada, pemain sayap dah ada, keeper pun dah ada! Kita kena berharap je kita diterima masuk.
Leo : Jadi, apa lagi? Jom lah berlatih!
All-Leo : Jom!Mereka pun sediakan semua yang perlu. 8 buah tayar diletakkan di atas padang oleh Boboiboy.
Fang : Eh.... Untuk apa tayar tayar ni?
BBB : First, kita kena pandai menggelak lawan. Lawan akan sentiasa datang pada kita yang ada bola untuk merampasnya. Pada peringkat awal, kita guna tayar tayar ni dulu. Lari secepat mungkin di tayar ni, satu kaki satu kaki masuk tayar, dan jangan sampai jatuh! Kerana Fang adalah keeper, kita tak perlukan kau dalam kes ni. Kita akan berlatih tangkap bola kejap lagi.
Fang : Oooo, ok.Mereka pun teruskan dengan latihan mereka. Hampir sahaja mereka cedera sebab tersadung. Nasib baik tak luka.
BBB : Bagus! Percapaian terbaik! Kita akan teruskan dengan keeper. Sedia, Fang?
Fang : Sedia!Fang bersedia dengan posisi menghalang bola tu. Boboiboy pun tendang bola itu sekuat hati ke arah Fang. Bola meluncur di udara dengan sangat pantas. Fang pun bersedia dan,
Fang : Hmp!!!
Bola itu berjaya ditangkap dengan sebelah tangan sahaja. Habis Leo, Mio, Shin dan Azir terlopong melihat kekuatan tangan Fang.
Azir : Fuyooooo!!! Kuat betul tangan kau Fang! Memang layak jadi Keeper! *tepuk bahu Fang* 😁
Fang : Terima kasih.... Er....
Azir : Oh, lupa! Nama aku Azir. Yang rambut putih tu Shin. Yang kembar tu, Mio dan Leo.
Fang : Ok!Mereka pun teruskan latihan mereka semua.
Tapi, mereka tak sedar, ada seseorang memerhatikan mereka semua di sebalik semak.
??? : Hm.....
Lelaki itu pun pergi dari situ.
657 perkataan
Siapa agaknya lelaki tu ya? Huehue..... Bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!
YOU ARE READING
Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete)
FanfictionDisebabkan Boboiboy sudah menyertai M.A.T.A, TAPOPS semakin susah untuk mengalahkan penjahat kerana ketiadaan Boboiboy. Mereka kena cari jalan untuk pujuk Boboiboy untuk kembali ke TAPOPS. Berjayakah mereka? Temuinya di buku ini!