Misi : Puasa (Part 2)

1.8K 135 34
                                    

Kringgggg!!!!

Bunyi jam loceng memecahkan sunyi pada pagi sabtu itu. Tuan punya jam loceng pun bangun dan menutup jam itu. Jam menunjukkan pukul 4:12 pagi.

Tanpa buang masa, dia pun bangun, mengambil topi dino oren kesayangannya dan memakainya. Dia pun berlalu pergi keluar dari bilik itu.

Dia berjalan ke sebuah bilik berpintu ungu. Dia mengetuk pintu. Tiada jawapan. Dia cuba memulas tombol pintu. Berkunci. Mukanya berkerut. Tangan kanan nya berubah menjadi ais. Dia menghalakan tangannya ke arah tombol pintu. Air tiba tiba muncul dan masuk ke dalam lubang kunci tombol pintu itu dan membeku. Jadilah kunci yang dibuat daripada ais.

(Author : Sama macam scene dekat Kristal Kuasa 🤣💔)

Dia membuka pintu itu dan menolaknya. Seorang lelaki memakai baju tidur bewarna biru gelap masih tidur terbungkang di atas katil, dengan air liur meleleh keluar dari mulut. Cahaya yang datang dari pintu, mengejutkan lelaki itu, iaitu Ali, dari alam mimpi ke alam realiti.

Ali : Er..... *bangun* Huaaaaa *menguap* Eh? Boboiboy?
BBB : Hm. *angguk* Bangun. Tadi suruh kejut untuk sahur kan? Iman dah bangun dah tu. Khai, Bulat, Moon, Chris, Rudy, dan yang lain pun dah bangun untuk sahur tu. Kau basuh mula lah dulu. Nanti, jumpa dekat Kafeteria. Ok?
Ali : Ok!

Ali pun pergi ke dalam bilik mandi dan masukkan kepalanya ke dalam air yang bertakung di dalam singki. Ni baru hebat. Karang tak pasal pasal lemas dalam singki tu.

Lepas siap basuh muka, Ali pun berjalan ke Kafeteria M.A.T.A.

Di sana, semua ejen yang islam telah duduk di meja masing masing dengan makanan di dalam pinggan. Tak kan dalam meja pulak makanan tu.

Ali pun, apa lagi. Dah berlari ambil makanan di meja kafeteria dan duduk di meja sebelah Boboiboy, Khai dan Bulat.

Bulat : Hah, bangun pun. Aku ingat dah innalilah tadi.
Khai : *ketuk kepala Bulat guna senduk nasi*
Bulat : Adui!
Khai : Jaga mulut kau tu! Kalau tiba tiba jadi, macam mana?!
Bulat : Hm... *usap kepala* Yelah, mama.... *suara ejek*
Khai : Apa kau panggil aku.....? *aura mak mak pegang terompah*
Bulat : Er.... Tak de pape, tak de pape!

Boboiboy dan Ali pulak hanya melihat sahaja drama pagi di depan mereka tu. Tampa buang masa lagi, mereka pun makan makanan di depan mata mereka. Kalau tak, nangis makanan tu :V.

.
.
.
.
.

Skip time, pukul 7:30 pagi, Ali masih lagi tidur di biliknya. Yelah, kan hari tu hari sabtu. Mana ada sekolah. Jadi, tidur jelah sampai pukul 2. Nikmat oooo.

Di tempat lain pula, masih ramai lagi ejen yang masih di buai mimpi yang tak beberapa nak indah. Kepada yang bukan islam pula, seperti Alicia, sedang bersarapan di Kafeteria. Sorok sorok sikit supaya yang tengah puasa tu tak nampak dan terliur.

Alicia : *makan dengan tenang*
Jeneral : *makan dengan lahap, sorok sikit dari anak dia*

Beralih ke bilik watak utama kita, Boboiboy baru sahaja mandi. Tapi, dia tak memakai baju ejennya. Dia memakai baju tidur yang baru. Kenapa? Dia tak bercadang nak tinggalkan bilik dia. Dia nak duduk je dalam bilik dan berbual bual dengan elemental dia yang dia dah anggap macam adik beradik dia, walaupun para elemental masih lagi kaku nak panggil dia "Abang". Jadi, dia pakailah baju selesa. Tak kan nak pakai baju ejen yang buat panas tu.

Dia pun masuk ke dalam jamnya.

Beralih ke tempat lain. Sebelum tu, korang tak pelik ke? Ali tinggal di asrama M.A.T.A? Ayah dia tak risau ke anak semata wayang dia tu hilang tak balik rumah?

Sebenarnya, selepas kejadian Niki menyerang Dato Othman,
Ayah dia telah tahu pasal identiti Ali dan M.A.T.A. Ayah dia, panggil jelah Ghazali. Malas Author nak taip ayah dia ayah dia banyak kali. Ghazali pun datang berjumpa dengan Jeneral Rama, dan beritahu yang dia dah tahu segalanya. Dan dia tahu anak dia sebahagian dari M.A.T.A. Mula mula, Ghazali marah. Dia takut anak dia akan tercedera. Tapi, selepas fikir lebih dalam lagi, dia terima yang anak dia sebahagian dari M.A.T.A. Ghazali benarkan Ali tinggal di M.A.T.A, sebab dia tahu Ali akan keseorangan jika di rumah. Sebulan sekali, Ali akan pulang dan berjumpa dengan ayahnya balik.







665 perkataan

Sorry pendek. Author malas :'V. Korang, nak Author tolong buatkan cover buku untuk korang? Sini Author bagi contoh Author tolong buatkan untuk kawan Author.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau nak Author buatkan, senang je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kalau nak Author buatkan, senang je. Bagitahu je di ruang komen, dan bagi je link gambar yang korang nak ke Author melalui PM. Dan bagitahu juga tajuk buku tu. Dan, credit juga Author bila guna cover buku tu! Author akan publish cover buku tu di buku Alien Talk Author! Ok, bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Where stories live. Discover now