Aku sukakan rasa ini. Nyaman. Bebas dari manusia-manusia yang menyesakkan. Ya, aku memang lebih selesa begini. Berseorangan tanpa ada orang lain yang mengganggu.
Aku hanyalah seorang manusia biasa yang sukakan ketenangan. Aku bukan siapa-siapa yang istimewa untuk orang kenal aku. Aku hanyalah aku. Seorang Aaira Dhilaila.
Angin bumi Melaka yang mendayu kadang-kala membelai wajahku menyebabkan kedua-dua belah kelopak mataku terpejam. Menikmati salah satu nikmat ciptaan Tuhan yang Maha Agung.
Aku duduk di atas buaian yang disediakan menghadap laut yang terbentang di hadapanku. Laut yang gelap dengan kepekatan malam memantulkan figura bulan yang terbentuk hampir sempurna. Aku menarik nafas dalam dan menghembusnya kembali.
Tenang. Itu apa yang aku rasa. Laut sentiasa berjaya menghilangkan segala gundah gulana yang bertandang dalam hati aku. Itu lah salah satu tanda kekuasaan Allah. Allah jadikan sifat laut itu, menenangkan.
Aku langsung tidak takut keluar pada waktu begini. Sekurang-kurangnya, mak sudah tahu akan keberadaanku.
Aku mula mengayunkan buaian menggunakan kaki. Mataku terpandangkan satu figura seorang gadis yang berdiri di gigi pantai. Saat itu, aku tahu aku sedang berhalusinasi. Namun, aku biarkan ianya menguasai mindaku.
Ombak memukul pantai dengan sangat kuat. Gadis itu mula melangkah lebih jauh ke arah laut. Dibiarkan dirinya separuh tenggelam dalam air laut yang bergelora seakan-akan ia mengerti dengan perasaan gadis itu.
Tiada apa-apa riak yang terpancar pada wajah gadis tersebut seolah-olah dia sudah penat dengan semuanya. Dia hanya mahu dirinya dibawa ombak dan bersatu dengan air laut. Agar dia dibawa jauh. Jauh daripada realiti yang menyakitkan.
Aku hanya melihatnya tanpa bertindak untuk menahan gadis itu daripada terus melemaskan diri. Wajahku beku tanpa riak. Namun, hati dan perasaan tidak mampu untuk menipu empunya badan. Setitis demi setitis air mata mengalir perlahan menuruni pipiku.
Kenapa aku menangis?
Ya, gambaran yang aku lihat sebentar tadi adalah seorang aku. Ah aku berhalusinasi lagi. Atau mungkin memoriku mendesak untuk mengulang tayang tentang apa yang terjadi kepadaku beberapa tahun yang lalu. Di tempat yang sama cuma dengan perasaan yang berbeza.
Apa yang aku fikirkan dahulu? Ke mana perginya semua ilmu yang aku pernah pelajari?
Aku tahu dengan membunuh diri tidak mampu untuk selasaikan sebarang masalah. Tapi aku abaikan semuanya. Apa yang aku fikirkan ketika itu, aku mahu tamatkan semuanya. Aku penat.
Tetapi kehidupan aku tidak tamat sampai di situ sahaja. Dipendekkan cerita, mujur ada seseorang yang menarik aku daripada perbuatan yang membinasakan diri sendiri itu. Siapa yang selamatkan aku? Langsung tidak aku pedulikan. Bukannya aku tidak tahu bersyukur. Tapi itulah, sekurang-kurangnya aku terselamat daripada dosa membunuh diri.
"Menangis lagi? Berapa lama lagi kau nak duduk sini? Gatal dah bontot aku dalam kereta tu tunggu kau layan perasaan lama sangat. Udah-udah ler tu yeop, bawa-bawa la pulang ke pangkal jalan. Kata nak singgah kejap je. Ni kemain lama, sikit lagi jambang aku nak gugur kau tahu? Dah, kau tak payah nak ingat lagi benda lama tu. Tak elok sedih lama sangat. Makin buruk aku tengok muka kau ni. "
Aku hanya memandangnya dengan riak kosong. Nak tahu siapa yang membebel macam tak ada hari esok ni? Mari aku kenalkan, ni la abang tahi kucing aku, Zharif Qashaf.
Dengar sahaja cara dia membebel. Cair segala tahi telinga dalam koklea aku. Kuman pon tak berani nak hidup dalam tu.
"Kau kalau kasi aku hidup dengan aman sehari je tak boleh ke? Kau ni ada je nak dengki dengan aku", aku membalas.
"Ah takde-takde. Jom balik sekarang. Mak dah bising dah kat rumah tu, cari remote TV tak jumpa-jumpa." Tambahnya lagi.
"Sudah la kau. Alasan tak boleh nak bijak lagi. Dasar anak kutip. " Aku terus bangkit dari buaian dan berjalan melepasi abangku. Sempat aku melanggar bahunya. Sengaja.
"Apa kau cakap? Anak kutip? Eh kau tu yang mak kutip dalam tong sampah tepi longkang. Ada hati nak kata kita anak kutip. Tuih." Bebelnya lagi.
Aku hanya abaikan sahaja kata-katanya itu. Sedikit pun tidak terasa kerana aku tahu itu semua hanya kata-kata dusta yang cliché daripada adik-beradik seperti kami.
Kami berdua masuk ke dalam perut kereta dan abangku mula memandu pulang ke rumah ditemani malam yang semakin melabuhkan tirainya.
🌹🌹🌹
YOU ARE READING
The Greatest Failure
RandomGagal? 'Aku' yakin semua orang pernah rasa kegagalan dalam hidup. Tapi untuk seorang 'Aku', kegagalan itu sudah menjadi norma hidup. Kehidupan yang penuh dengan KEGAGALAN. Sampai satu detik, 'Aku' diacampakkan ke dalam realiti yang sama. Tetap a...