٦

53 9 5
                                    

"Assalamualaikum. Maaf cikgu, saya datang lambat sangat ke?"

"Eh, tak-tak. Jemput duduk. Mujur saya tak balik lagi. Penjaga Aaira ya?" Tanya cikgu dengan ramah.

"Ya, saya." Jawab si pemilik suara.

"Abang?" Aku berjalan ke hadapan kelas, mendekati Zharif demgan senyuman senget yang masih terpahat di bibirku.

"Kau buat apa kat sini?" Aku mula berbisik menyoalnya.

"Ambil kau la. Buat apa lagi." Balasnya turut dalam nada berbisik. Tidak mahu cikgu terdengar perbualan kami.

"Aaira, meh duduk sekali depan cikgu." Cikgu mula menggamit aku agar duduk bersebelahan dengan abang yang sudah mula membetulkan kerusi untuk duduk. Aku hanya mengikut arahannya.

Hanya beberapa minit diambil untuk berbincang tentang pencapaianku di sekolah. Sememangnya, aku bukanlah murid yang bermasalah. Cuma, cikgu beritahu Zharif yang aku tidak bergaul dengan ramai orang kecuali Sophea.

Keluar sahaja daripada kelas, aku memandang Zharif keliru.

"Kau tak sekolah ke? Ponteng eh?" Aku menyoalnya. Jari telunjuk dihalakan tepat di hadapan wajahnya dengan mata yang sengaja aku kecilkan.

"Suka hati aku la nak ponteng ke apa. Aku ni dah berkorban masa tenaga wang harta jiwa raga nak datang sekolah kau ni tau. Tak reti nak berterima kasih ke haa? Tambi betul." Kepalaku ditolaknya kuat.

"Ish, ye laa. Terima kasih kekanda kerana sudi mencemar duli di sekolah adindamu ini. Adinda amat menghargainya. Gila. Nasib baik kau datang do. Sikit lagi aku nak mereput."
Bahunya aku tepuk berkali-kali.

The Greatest Failure Where stories live. Discover now