"Bosannya!"
Aku kini sedang terbaring dalam posisi terlentang di ruang tamu. Kedua-dua belah tangan aku depakan dan kaki dikangkangkan seluas-luasnya. Untuk beberapa ketika, aku merenung kipas siling yang galak berpusing.
"Ish! Tak boleh jadi ni." Aku duduk secara mengejut. Rambut yang sudah sedia serabut, aku kusutkan lagi. Begini lah jadinya bila dah lama sangat cuti. Itu bukanlah punca sebenar aku jadi begini. Masalahnya, mana semua orang pergi?!
Hari ini hari Ahad. Sudah tentunya Zharif cuti. Bangun sahaja daripada tidur pukul 4 petang tadi, aku tidak berjaya mengesan keberadaan Mak dan Zharif. Aku mula beranggapan mereka keluar tanpa aku. Sudahnya, aku hanya tersadai di ruang tamu rumah sederhana besar ini. Jam sudah pun menunjukkan pukul 5.30 petang.
"Haih. Sampainya hati tinggal aku seorang-seorang macam ni. Kot ye pon nak dating, bagi la tahu." Keluhan berat dilepaskan untuk kesekian kalinya.
Bukannya aku tidak cuba untuk menghubungi mereka. Pesanan ringkas turut aku hantar melalui aplikasi WhatsApp. Malangnya, aku tidak menerima sebarang balasan daripada mereka.
Televisyen aku hidupkan. Jari-jemari mula menari menekan punat pada alat kawalan jauh. Siaran demi siaran dibuka namun tiada satu cerita pon yang menarik perhatianku.
Sedang aku leka menukar siaran televisyen, aku terdengar bunyi lagu aiskrim motor melalui kawasan perumahanku.
"Cina buat~
India jual~
Melayu beli~"Alat kawalan jauh aku campak jauh ke tepi. Dengan pantas aku bangkit dan berlari ke arah pintu utama rumah. Pintu dibuka sedikit untuk membenarkan suara aku dapat didengari sebelum menjerit menahan aiskrim motor.
"Aiskrim! Aiskrim!" Laungku kuat.
Sejurus itu, aku memakai cardigan hitam dan tudung sarung. Dompet aku capai sebelum mengorak langkah ke luar rumah. Selipar disarung dengan pantas.
Aku menghampiri motor aiskrim tersebut. Kanak-kanak lain yang merupakan jiran tetanggaku mula mengerumuni motor tersebut. Aku membiarkan mereka membeli dahulu. Tiba sahaja giliranku, aku meminta aiskrim Oreo.
Semasa aku hendak menghulurkan wang kepada penjual aiskrim tersebut, retina mataku menangkap satu figura kanak-kanak lelaki yang berdiri agak jauh daripada kumpulan kanak-kanak yang lain. Dia hanya memandang mereka yang sedang menikmati aiskrim dari jauh.
"Adik? Oooo adik." Penjual aiskrim tadi mula melambaikan tangannya di hadapan wajahku. Aku tersentak dan terus mengubah fokusku padanya. Penjual itu menunjukkan isyarat pada wang di tanganku. Laju aku menghulurkan wang tersebut kepadanya.
"Hehe. Pakcik, nak tambah lagi satu aiskrim." Kataku kepadanya. Wang lain dikeluarkan daripada dompet. Selesai membuat bayaran, aku menghampiri kanak-kanak lelaki tadi.
"Hai adik, kenapa tak main dengan kawan-kawan yang lain tu?" Aku bercangkung di hadapannya. Senyuman manis menghiasi wajahku. Dia hanya memandangku dengan riak pelik terpancar pada wajahnya.
Seolah-olah dapat membaca apa yang terlintas di benak kanak-kanak itu, aku membuka mulut lagi.
"Akak tinggal kat sini. Tu rumah akak." Beritahuku padanya sambil menuding jari ke arah rumahku. Dia masih lagi mendiamkan diri.
YOU ARE READING
The Greatest Failure
RandomGagal? 'Aku' yakin semua orang pernah rasa kegagalan dalam hidup. Tapi untuk seorang 'Aku', kegagalan itu sudah menjadi norma hidup. Kehidupan yang penuh dengan KEGAGALAN. Sampai satu detik, 'Aku' diacampakkan ke dalam realiti yang sama. Tetap a...