🌹🌹🌹
"HAHAHAHAHAHA. Cayalah Apan! I is proud! Muka masing-masing tadi macam apa dah aku tengok. Power-power." Kata Qib yang masih dalam sisa tawanya. Air mata yang keluar akibat terlalu banyak ketawa dikesat.
"Aku bukan apa. Panas je hati aku dengar mulut puaka diorang tu. Suka-suka je nak kutuk kawan-kawan aku! Daddy tak suka tau. Tak suka!" Bersungguh-sungguh Arfan menzahirkan rasa ketidak puasan hatinya. Tangannya naik berpeluk tubuh dengan wajah yang semakin cemberut.
Bergema suara gelak tawa Qib di serata ruang kantin ini. Aku mengulum senyum. Terhibur aku melihat telatah mereka berdua.
Secara tidak sedar, aku semakin selesa berkawan dengan mereka. Langsung tidak terlintas dek akal bahawa golongan seperti mereka yang pernah aku pandang rendah suatu ketika dahulu, yang aku pernah benci perangai dan kelakuan mereka, sudah menjadi kawanku ketika ini.
Sekarang aku sedar. Mereka sebenarnya bukan jahat, malah jauh lebih baik daripada aku. Tengok sahaja bagaimana Arfan mempertahankan maruah rakan-rakannya sebentar tadi. Aku tak patut pandang rendah terhadap orang-orang seperti mereka.
"Puas hati aku tengok muka minah dua ekor tu tadi. Dah lama aku perati diorang tu. Mengata orang je manjang!" Qib bersuara penuh kegeraman. Dicucuk-cucuknya ayam goreng di dalam pinggan menggunakan garfu.
"Kau patutnya kenakan lagi diorang tu kaw-kaw tadi! Biar diorang rasa. Tu pon entah-entah lepasni nak pergi sekolah sorok muka dalam kain. Huh!" Sambungnya lagi. Makin galak Qib merobek-robek isi ayam tadi.
YOU ARE READING
The Greatest Failure
RandomGagal? 'Aku' yakin semua orang pernah rasa kegagalan dalam hidup. Tapi untuk seorang 'Aku', kegagalan itu sudah menjadi norma hidup. Kehidupan yang penuh dengan KEGAGALAN. Sampai satu detik, 'Aku' diacampakkan ke dalam realiti yang sama. Tetap a...