Aku terbangun secara mengejut daripada terus lena. Dengan perlahan-lahan aku membetulkan posisiku daripada berbaring kepada duduk di atas katil. Cuba mengatasi rasa pening yang bertandang. Keringat membasahi seluruh tubuhku.
Dalam kesamaran, aku cuba mencerna apa yang terjadi. Tanganku secara spontan diangkat untuk menyentuh wajah. Air mata masih bebekas di pipi. Menyedari tentang hal itu, aku mengeluh.
Otak mula menerjah kotak ingatan minda bawah sedar. Sekali lagi memaksa aku menghentam memori lama.
'Huh. Mimpi lagi.'
Tanpa sedar, bibir mengorak senyuman sinis seolah-olah aku sudah terbiasa dengan semua ini. Atau mungkin sudah terlalu penat.
Jam digital yang terletak di atas meja bersebalahan dengan katil dikerling sekilas. Pukul 3.30 pagi, masih terlalu awal. Aku menyelak selimut yang menutupi separuh tubuhku sebelum bangkit daripada katil untuk ke bilik air.
Bilik air di kamar tidurku bersambung dengan bilik abangku. Aku mencuci muka di sinki, membersihkan semua sisa air mata yang terlekat di wajah.
Seusai itu, pili air ditutup. Belum sempat kakiku melangkah keluar daripada bilik air, pintu yang menyambungkan bilik Zharif dengan bilik air dibuka.
Aku ingin keluar segera, namun niatku terbatal apabila terdengar bunyi sesuatu berdentum apabila berlaga dengan lantai. Bunyi itu datang dari arah belakangku. Serentak itu suara orang melatah kedengaran.
"Mak kau, peranakan aku jatuh! Adoiii tak guna punya lantai! Aku nak membuang pon tak senang!"
Aku berpaling dan terbentanglah di hadapanku spesies homosapien yang sudah jatuh terlentang di hadapan jamban. Tidak ubah seperti dugong yang terdampar di tepi pantai.
Mungkin disebabkan aku masih mamai, membuatkan deria ketawaku hilang. Jika tidak, mahu bergegar rumah ni dengan gelak tawaku. Jiran sebelah pon boleh dengar.
Melihatkan aku yang hanya melihat Zharif dengan pandangan kosong tanpa bertindak untuk membantunya, dia mula memarahiku.
"Kau tengok apa haa? Kot ye pon tolong la angkat aku ni. Ya Allah, struggle nak mampus." Bebelnya sambil bersusah-payah bangkit daripada lantai.
"Padan muka kau. Rasain lo. Semalam kau lari macam tu je kan daripada mak. Alhamdulillah doa aku nak kau jatuh bilik air termakbul. Syukur ya Allah." Kataku sambil mandah tangan dengan wajah yang mendongak ke atas.
"Dah la, gwa gerak lu. Pape roger mak jangan roger aku. Tataaa," sambungku lagi sambil menutup pintu bilik air. Sempat telingaku menangkap carutan Zharif yang sudah semestinya dituju buatku. Heh, peduli apa aku.
Aku memanjat katil, bercadang untuk tidur semula memandangkan masih terlalu awal untuk bangun.
🌹🌹🌹
"Adik! Bangun sekarang! Jangan nak membuta sangat! Dah nak dekat tengah hari dah ni. Tak laku pon tahi mata kau tu! Ya Allah, anak daraaa, tahulah cuti. Bawa-bawalah bangun lepastu tolong mak ni. Banyak lagi kerja aku nak buat." Bagai hendak roboh pintu bilikku diketuk mak.
Aku yang terkejut mendengarkan jeritan lantang mak, segera mencelikkan mata. Sempat aku menggeliat kecil. Belum sempat kelopak mataku tertutup kembali, kedengaran mak mula menambahkan kuasa jeritannya.
"Adik!!! Bangun cepat! Kalau tak roboh pintu ni mak kerjakan!"
"Ya, mak. Orang bangun la ni." Dengan lemah aku menjawab. Langkah diatur ke pintu bilik sebelum membukanya. Kelihatan mak sudah bercekak pinggang sambil memandang aku tajam seperti hendak tembus ke rumah jiran sebelah.
"Mak ni... Bertenang la sikit. Bagi la adik berjimba dengan katil tu sementara tengah cuti ni." Kataku sambil menenyeh mata yang terasa gatal.
"Bertenang tahi kucing kau! Dah, tak payah nak berjimba sangat. Mandi sekarang lepastu turun bawah tolong mak masak." Selepas memberi arahan, mak terus melangkah menuruni tangga. Nampak sangat tertekan tu.
Aku yang masih mamai bergayut pada pintu bilik. Sekali lagi aku hampir tertidur semula di situ.
"Astaghfirullahalazim, adik!!"
Aku hampir terjatuh ke belakang apabila disergah sebegitu rupa oleh mak. Mujur aku berjaya menyeimbangkan diri. Sengihan sempat aku lemparkan pada mak sebelum dengan pantas aku menutup pintu bilik.
Cadar katil dibetulkan. Setelah itu, aku membuka tirai langsir, membenarkan cahaya mentari menerangi bilikku. Bak kata mak, biar rezeki masuk.
Ouh ya. Aku sekarang sedang cuti semester. Umur pon sudah lanjut ke angka 21 dan masih lagi dalam perjuangan menyambung ijazah dalam bidang Psychology di UITM.
Kenapa Psychology? Kenapa tak bidang lain? Untuk aku, aku punya sebab yang tersendiri. Pengalaman membawa aku ke arah itu. Aku mahu lebih mendalami ilmu tersebut. Bukan sekadar minat semata-mata.
Dan ya, masa untuk mandi!
🌹🌹🌹
Seusai membersihkan diri, aku turun ke tingkat bawah untuk membantu mak. Kaki diatur ke arah dapur. Kelihatan mak sedang sibuk berperang dengan sudip di tangan. Aku yang berada di belakang mak berura-ura untuk mengejutkannya.
Posisi tangan dinaikkan ke bahu mak. Bersedia untuk menyergah.
"Adik, jangan nak cari pasal dengan mak." Belum sempat aku melaksanakan agendaku, mak terlebih dahulu berjaya mengesan bau-bau iblis.
"Alaa mak ni, nak gurau sikit je. Ni abang dah pergi kerja ke?" Soalku.
"Dah. Dia kerja shift petang harini. Tapi katanya kerja bertimbun lagi nak kena siapkan. Tu yang awal sikit dia gerak pagi tadi." Jelas mak.
Aku hanya mengangguk ringkas. Zharif memang seorang yang agak kuat berkerja memandangkan dialah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini. Dia lah abang, dia lah ayah. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menggantikan tempat ayah sebagai ketua keluarga. Demi mencari rezeki bagi menampung keluarga kecil kami.
Mak pula sudah mencecah umur separuh abad. Oleh kerana itu, Zharif perlu bekerja dengan lebih kuat untuk persediaan bagi menghadapi masa hadapan. Aku? Aku juga ada mencari kerja sambilan. Masih dalam pencarian. Kalau ada rezeki, ada lah. Sekurang-kurangnya aku ada inisiatif untuk meringankan beban yang digalas oleh Zharif.
"Adik! Dengar tak mak cakap apa tadi? Eh budak ni. Mengelamun je kerja!" Kata mak sambil melayangkan sudip ke kiri dan ke kanan di hadapan wajahku.
"Haa? Apa dia mak? Hehe sorry-sorry, tak dengar."
"Ni bawang dengan serai dah habis. Tolong pergi beli kejap boleh tak? Ambil duit dalam bilik mak." Ujarnya lagi.
"Haa boleh je. Adik pergi beli sekarang." Jawabku.
Tanpa melengahkan masa, aku mendaki tangga menuju ke bilikku untuk bersiap. Setelah itu, kunci kereta, dompet dan telefon aku capai. Arahan mak untuk mengambil duitnya aku abaikan. Pakai duit sendiri sahaja. Aku memang begini dari kecil. Sudah terbiasa berdikari dan kalau boleh semuanya aku mahu bayar sendiri. Tidak mahu susahkan mak.
"Adik pergi dulu tau mak!" Jeritku di hadapan pintu utama rumah.
"Ok, hati-hati di jalan raya. Tengok kiri kanan sebelum melintas, pakai seatbelt. Signal jangan lupa bagi!" Sempat mak sampaikan pesanan ringkas tetapi padatnya.
'Haih mak ni, nak pergi kedai runcit aje pon.' Bisikku sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta.
🌹🌹🌹
YOU ARE READING
The Greatest Failure
RandomGagal? 'Aku' yakin semua orang pernah rasa kegagalan dalam hidup. Tapi untuk seorang 'Aku', kegagalan itu sudah menjadi norma hidup. Kehidupan yang penuh dengan KEGAGALAN. Sampai satu detik, 'Aku' diacampakkan ke dalam realiti yang sama. Tetap a...