١

95 11 4
                                    

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam." Jawab mak sebelum membuka daun pintu. Terjegul wajah masamnya di muka pintu. Sempat dia mengerling angka jam di dinding.

"Reti pon nak balik budak berdua ni. Ingatkan subuh esok baru nak balik. Nak dekat pukul 1 dah haa." Sempat mak membebel sambil menuju ke ruang tamu.

Aku dan Zharif hanya berpandangan. Zharif manayangkan riak 'kau-la-ni-punya-pasal' kepadaku. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan buat adiknya yang tercinta.

Aku hanya menjongket bahu. Sekali dengan pakej jeliran lidah untuknya. Aku menghampiri mak yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu.

"Cari apa mak? Payah nau adik tengok dok terbongkok-bongkok dari tadi." Soalku pada mak.

"Mak cari remote TV la. Nak dekat sejam aku cari ni. Korang la ni punya pasal. Semua benda nak sepah. Barang letak merata."

"Adik ni la mak. Semua salah dia. Mak kasi bantai je dia ni, mak. Orang ajak balik tak nak. Dia tak percaya orang kata mak tak jumpa remote TV. Mak pukul dia mak. Biar padan muka dia." Zharif mula memainkan peranannya sebagai iblis untuk menghasut mak.

"Ewah kau. Semua nak salahkan aku. Remote TV je pon. Kau pahal! Dah la hutang aku tahun lepas tak bayar lagi. Kau yang patutnya mak bantai!"

"TIBER! Mak tengok adik ni nak main ungkit-ungkit!" Adu Zharif.

"Hoi hoi! Eh ada yang aku bantai dua-dua ni kang. Dah la balik lambat, ingatkan dah balik tu reti la juga nak tolong mak ni. Ni tidak! Korang boleh bertekak depan mak?! Memang nak kena budak dua ekor ni. Mana hanger? Biar aku bantai dua-dua sekali. " Kata mak sebelum matanya meliar-liar mencari penyangkut baju legend.

"Ampun mak, ampun! Zharif tak buat lagi dah! Selamat malam mak, sayang mak!" Jerit Zharif sambil melaksanakan agendanya untuk melarikan diri. Laju otot kakinya mengorak langkah menaiki tingkat atas sebelum pintu biliknya ditutup dan dikunci dengan sepantas kilat.

Aku hanya tersengih manayangkan barisan gigi hadapan pada mak. 'Tak guna punya abang. Kau cari pasal dulu lepas tu kau lari. Kosabajap, aku doakan kau jatuh dalam jamban esok pagi.' Bisik hatiku sambil berhati-hati dengan mak yang semakin menghampiri.

"Mak... Letak eh mak hanger tu. Meh adik tolong cari remote TV mak tu ye. Kalau takde pon adik sanggup belikan mak remote baru. Mak letak eh hanger tu. Seriau ni mak." Kataku untuk memujuk mak.

Tanpa berlengah lagi aku mula mencari kelibat alat kawalan jauh yang canggih tetapi amat menyusahkan itu. Mak kulihat sudah kepenatan dan terus masuk tidur, meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu yang sederhana besar ini. Ku abaikan sahaja tentang pencarian remote TV.

Aku mengeluh lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Penat.

'Esok-esoklah aku cari.' Lalu aku mengorak langkah menuju bilik tidurku dengan lemah.

🌹🌹🌹

'Aku di mana?' Hati mula berbisik kebingungan.

Aku perhatikan kawasan di sekelilingku. Otak mula bekerja untuk menganalisis maklumat tentang keberadaanku. Putih. Hanya warna putih yang menjengah kornea mataku.

'Tempat apa ni?'

Saat aku berada dalam dilemma tanda tanya, aku didatangi seorang kanak-kanak perempuan. Dia mendekatiku dengan wajah yang ceria. Senyuman manis kekal terpahat pada wajahnya. Dahiku berkerut sebagai tanda aku semakin bingung dengan situasi ini.

The Greatest Failure Where stories live. Discover now